Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Kenapa kita semua kena makan sayur?
Untuk pengetahuan anda semua, tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk terus kekal sihat.
Ajaibnya, kebanyakan nutrien di atas ini wujud di dalam sayur-sayuran yang seterusnya akan bawa banyak manfaat terutama dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan anda.
Menurut ramai pakar lain juga, sekurang-kurangnya separuh daripada pinggan hidangan anda itu perlu diisi dengan manfaat dan khasiat sayur sayuran. Persoalannya, sayur jenis apa yang terbaik?
Ini antara contoh jenis sayur yang terbaik!
Anda juga ingin dapat nutrien daripada jenis sayur yang terbaik? Ikuti beberapa contoh berikut ini:
#1. Cendawan
Untuk pengetahuan anda semua, cendawan memang tinggi dengan protein, kalsium, zat besi serta vitamin B dan D. Disebabkan itu pula, tumbuhan ini memang bagus untuk otot dan tulang.
Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sangat bagus untuk ibu hamil ekoran kandungan folat tinggi yang mampu menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin lantas mengelak bayi lahir cacat.
Apa yang lebih menarik, ia adalah sayur yang mungkin paling menarik perhatian golongan anak kecil ekoran tekstur dan rasa yang menarik. Ibu bapa boleh jadikan ia sayur pertama si kecil anda.
Didik anak untuk mula makan sayur sejak kecil.
#4. Kailan
Jangan tidak tahu bahawa kailan adalah sayur yang digelar paling sihat di dunia! Ini kerana sayur ini bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral bahkan juga sifat antioksidan berupa lutein dan betakarotena yang mampu melindungi sel dari radikal bebas.
Disebabkan itu pula, tubuh badan individu mungkin akan kurang risiko untuk mengalami masalah keradangan sekali gus menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, kanser dan lain-lain.
#5. Jangan terlepas khasiat sayur kubis ini!
Merupakan sayur yang paling popular di dunia, kubis terkenal dengan rasa yang agak pahit ekoran tinggi dengan zat glukosinolat yang mampu membantu mencegah kanser. Tambahan itu lagi, ia sudah tentu tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral.
Menurut kajian, kubis yang telah difermentasikan seperti hidangan kimchi mampu menguatkan sistem imun, penghadaman serta pencernaan. Dalam erti kata lebih mudah, ia bagus untuk tubuh badan khususnya perut.
Ini adalah disebabkan kandungan karbohidrat dan protein yang amat tinggi. Antara lain manfaat sayur ini adalah ia mampu menguatkan tulang, membina otot, menambah antibodi dan lain-lain.
#7. Pak choy
Pak choy atau lebih popular dengan nama sawi putih di dalam kalangan orang kita ini kaya dengan vitamin K, zat besi, kalsium dan fosforus yang kesemuanya bagus untuk tulang yang sihat.
Dalam pada itu, ia juga kaya dengan mineral selenium jika mahu dibandingkan dengan sayur lain. Selenium mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan dan mengurangkan risiko kanser.
Konklusi
Memang ada banyak khasiat sayur sayuran dan di atas hanya beberapa contoh yang kami dapat berikan. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor serta pakar pemakanan anda ya!
[embed-health-tool-bmr]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.