Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa jika apendiks pecah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Apa itu sakit apendiks?
Dalam istilah perubatan, kesakitan ini dikenali sebagai radang apendiks (appendicitis).
Ia bukanlah sejenis penyakit tetapi satu keadaan di mana pundi apendiks (vermiform appendix) tersumbat dan bengkak.
Apendiks adalah kantung kecil dan nipis yang mempunyai kepanjangan sekitar 5 hingga 10 cm. Ia dihubungkan dengan usus besar, di mana najis terbentuk.
Mengenali simptom radang apendiks
Masalah kesihatan ini adalah satu keadaan biasa.
Tanpa mengira usia, sesiapa sahaja boleh mengalami sakit apendiks. Tetapi umumnya, ia kerap berlaku kepada individu remaja berusia antara 10 hingga 20 tahun.
Appendicitis biasanya bermula dengan sakit yang datang dan pergi pada bahagian tengah perut (abdomen).
Dalam beberapa jam, kesakitan itu bergerak ke sebelah kanan bawah di mana pundi apendiks terletak dan berterusan menjadi teruk.
Perbuatan batuk atau berjalan boleh membuatkan kesakitan semakin teruk.
Jika anda mempunyai sakit apendiks, simptom lain yang mungkin dialami adalah:
Appendicitis mungkin dianggap sebagai masalah kesihatan lain seperti:
Bagi wanita, simptom yang sama dengan kesakitan apendiks boleh jadi petanda masalah ginekologi seperti kehamilan ektopik, sakit haid atau penyakit radang pelvis (PID).
Apakah punca sakit apendiks?
Masih tidak dapat diketahui dengan jelas puncanya.
Dalam kebanyakan kes, ia mungkin disebabkan terdapat sesuatu yang menghalang pintu masuk ke pundi apendiks.
Sekiranya penyumbatan menyebabkan keradangan dan bengkak, ia boleh meningkatkan tekanan dalam appendicitis dan boleh pecah.
Oleh sebab punca kepada masalah kesakitan ini masih tidak difahami sepenuhnya, tiada cara jaminan untuk pencegahan.
Tapi bagaimana jika anda melengah-lengahkan masa untuk melakukan rawatan apendiks, apakah risiko yang mungkin dialami?
Baca juga:
Komplikasi masalah kesihatan jika apendiks pecah
Sekiranya sakit appendicitis dibiarkan atau dirawat lambat, ia boleh pecah dan mengakibatkan jangkitan yang berisiko mengancam nyawa.
Peritonitis
Jika vermiform appendix telah pecah, lapisan perut (peritoneum) akan dijangkiti bakteria yang boleh menjejaskan organ dalaman tubuh.
Gejala peritonitis merangkumi:
- Rasa sakit perut yang teruk dan berterusan
- Berasa sakit
- Suhu tinggi
- Degupan jantung laju
- Sesak nafas
- Bengkak abdomen
Jika keadaan ini tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan masalah jangka panjang, bahkan boleh mengundang maut.
Rawatan untuk peritonitis biasanya melibatkan pengambilan antibiotik dan pembedahan membuang apendiks.
Abses
Adakalanya abses boleh terbentuk pada pundi apendiks pecah.
Ia adalah nanah yang menyakitkan terbentuk ketika tubuh berusaha melawan jangkitan.
Dalam kes jarang berlaku, abses boleh terjadi sebagai komplikasi kepada pembedahan membuang apendiks.
Masalah ini boleh dirawat dengan antibiotik. Namun dalam kebanyakan kes, nanah perlu dikeringkan dahulu daripada abses.
Sekiranya abses dijumpai semasa pembedahan dilakukan, bahagian ini akan dibersihkan dengan teliti dan diberikan antibiotik.
Rawatan sebelum apendiks pecah
Jika anda mempunyai appendicitis, rawatan terbaik adalah untuk mengeluarkannya secepat mungkin.
Prosedur pembedahan ini dikenali sebagai appendicectomy atau appendectomy, selalunya dilakukan sebagai pembedahan laparoskopik.
Beberapa potongan kecil akan dilakukan pada abdomen untuk membolehkan alat bedah khas dimasukkan.
Pembedahan terbuka, di mana potongan lebih besar pada abdomen akan dilakukan jika pundi appendicitis pecah atau sukar untuk mengaksesnya.
Individu yang menjalani pembedahan ini memerlukan tempoh beberapa minggu untuk proses pemulihan sepenuhnya.
Sebaiknya, dielakkan sebarang aktiviti berat untuk tempoh 6 minggu setelah pembedahan terbuka.
Risiko pembedahan elak apendiks pecah
Seperti prosedur pembedahan lain, pembuangan apendiks juga mempunyai beberapa risiko seperti:
Jangkitan luka
Walaupun diberikan antibiotik sebelum, semasa dan selepas pembedahan, masih terdapat risiko untuk berlaku jangkitan.
Pendarahan
Pendarahan di bawah kulit yang menyebabkan pembengkakan (hematoma). Ia biasanya akan baik dengan sendiri.
Tetapi jika ada kebimbangan, berjumpalah dengan doktor.
Parut
Kedua-dua jenis pembedahan apendiks, sama ada kecil atau terbuka akan meninggalkan parut pada bahagian potongan dilakukan.
Pengumpulan nanah
Dalam kes jarang berlaku, jangkitan disebabkan apendiks pecah boleh menyebabkan abses setelah pembedahan dilakukan.
Hernia
Boleh berlaku pada kawasan potongan pembedahan.
Anestetik
Penggunaan anestetik umum semasa pembedahan juga menyebabkan beberapa risiko seperti reaksi alahan dan penyedutan kandungan perut (inhaling stomach content) yang membawa kepada pneumonia (radang paru-paru).
Tetapi komplikasi serius seperti ini sangat jarang untuk berlaku.
Kesimpulan
Umumnya, tiada cara untuk mencegah sakit apendiks daripada berlaku. Namun pastikan anda mendapatkan rawatan sebelum apendiks pecah.
Walau bagaimanapun, mengamalkan pemakanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin boleh mengurangkan risiko kecenderungan untuk mengalami masalah kesihatan ini.
[embed-health-tool-bmr]