Apa Fungsi Apendiks & Betulkah Cili Boleh Sebabkannya Tersumbat Lalu Jadi Radang Apendiks?
Di bilik pembedahan seluruh dunia, pembedahan membuang apendiks yang disebut sebagai appendicectomy adalah pembedahan paling kerap dijalankan. Apendiks adalah sejenis serangan radang apendiks (atau appendicitis) sehingga terpaksa membuang organ tersebut.
Bunyinya seperti organ ini adalah sekadar hiasan dan pautan tambahan (namanya pun apendiks) tanpa fungsi yang jelas. Betulkah andaian itu?
Fungsi appendiks
Disebabkan kekerapan organ ini dibuang, ada pihak yang mengatakan bahawa fungsi apendiks adalah untuk dibuang dan sebagai sumber pendapatan kepada doktor.
Sudah tentu ia hanyalah gurauan dan tidak tepat sama sekali. Tidak mungkin sesuatu bahagian atau organ di dalam badan manusia wujud tanpa fungsi.
Mengapa radang apendiks adalah sangat kerap berlaku?
Radang apendiks atau appendicitis berlaku apabila organ tersebut tersumbat.
Memandangkan ia hanya terbuka pada satu bahagian sahaja, manakala bahagian satu lagi tertutup, cecair, makanan atau najis terkumpul di dalamnya sehingga mengundang jangkitan serta radang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen