home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa Itu Gastroenteritis: Kenali Gejala, Punca Dan Rawatannya

Apa itu Penyakit Gastroenteritis?|Simptom-simptom Gastroenteritis |Punca Gastroenteritis|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apa Itu Gastroenteritis: Kenali Gejala, Punca Dan Rawatannya

Apa itu Penyakit Gastroenteritis?

Penyakit Gastroenteritis adalah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Beberapa individu mungkin berfikir mereka mengalami selesema perut namun istilah yang tepat adalah gastroenteritis.

Kebanyakkan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya, berhubung dengan individu yang berjangkit.

Masalah yang paling biasa dengan gastroenteritis adalah penyahhidratan atau dehidrasi. Ini berlaku apabila anda kehilangan terlalu banyak cecair akibat daripada muntah dan cirit birit.

Penyakit Gastroenteritis adalah kondisi yang biasa terjadi pada bayi, kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Simptom-simptom Gastroenteritis

gastrik

Biasanya tanda dan gejala bagi penyakit gastroenteritis adalah:

  • Sakit yang luar biasa atau kejang
  • Cirit birit
  • Loya dan muntah-muntah
  • Turun berat badan
  • Demam
  • Kesejukan atau sakit kepala

Semua gejala ini boleh berlaku pada hari pertama hingga ke hari ketiga selepas berjangkit, dan selalunya kekal sehingga satu ke dua hari, atau mungkin boleh berpanjangan sehingga ke 10 hari.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut hubungi doktor jika mengalami perkara tersebut:

  • Selalu buang air besar dalam masa 24 jam atau najis berdarah
  • Muntah-muntah selama lebih dari 2 hari atau muntah berdarah
  • Jika anda dinyahhidratkan (tanda-tanda seperti dahaga, mulut kering, air kencing warna kuning gelap, air kencing yang sikit atau tidak kencing, pening kepala)
  • Demam panas mencecah 40 darjah C (104 darjah F) atau lebih

Untuk bayi dan kanak-kanak, anda patut hubungi doktor jika anak mengalami tanda seperti:

  • Demam panas mencecah 38.9 darjah C (102 darjah F)
  • Kelihatan cerewet atau mudah marah
  • Kelihatan lesu atau lemah
  • Cirit-birit berdarah
  • Ada tanda-tanda dehidrasi
  • Muntah-muntah selama beberapa jam
  • Lampin tidak basah dalam 6 jam
  • Susah tidur

Punca Gastroenteritis


Gastroenteritis boleh disebabkan jangkitan virus, bakteria atau parasit. Ia selalunya tersebar melalui minuman atau makanan tercemar dan berhubung dengan individu berjangkit.

Untuk jangkitan virus, jenis virus paling biasa yang menyebabkan gastroenteritis adalah norovirus dan rotavirus.

Untuk kes yang jarang berlaku, bakteria yang menyebabkan gastroenteritis adalah E.coli dan salmonela. Ini biasanya dijumpai dalam ayam yang tidak dimasak atau telur.

Faktor-faktor Risiko

Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit gastroenteritis seperti:

sakit-perut-di-bahagian-bawah

  • Orang tua, bayi dan kanak-kanak biasanya memiliki sistem imun yang lemah lalu membuatkan mereka mudah terdedah dengan jangkitan.
  • Ada beberapa keadaan yang boleh merendahkan sistem imun seperti HIV dan AIDS. Begitu juga ketika menerima rawatan kemoterapi.
  • Jika kawasan anda miliki akses air bersih yang terhad, anda juga berisiko mendapat gastroenteritis.
  • Apabila kurang menjaga kebersihan diri.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gastroenteritis didiagnosis?

Untuk memberikan anda diagnosis yang betul, doktor mungkin melakukan ujian-ujian berikut:

  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal
  • Mengambil sampel najis untuk mengenal pasti bakteria atau parasit.

Bagaimana pesakit Gastroenteritis dirawat?

Pilihan rawatan bagi gastroenteritis selalunya memerlukan rehat yang cukup dan penghidratan.

Doktor juga mungkin menetapkan perubatan untuk melegakan dan menguruskan gejala-gejala anda. Untuk kes yang melibatkan jangkitan bakteria, maka antibiotik mungkin diberikan.

Jika mengesyaki anda mengalami gastroenteritis, anda patut:

  • Berhenti makan untuk beberapa jam supaya perut dapat berehat.
  • Minum banyak air.
  • Perlahan-lahan makan makanan yang senang dicerna seperti pisang atau bubur nasi.
  • Elakkan susu, alkohol, kafein, makanan keras atau berlemak.
  • Dapatkan rehat yang cukup.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin membantu anda mengatasi gastroenteritis:

  • Ikuti arahan doktor dengan betul
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Minum banyak air
  • Kerap membasuh tangan anda, terutamanya selepas menggunakan tandas
  • Mula ambil makanan lembut dan senang dicerna
  • Amalkan kaedah kebersihan yang betul ketika mengendalikan makanan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi mendapatkan rawatan terbaik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012 Print version. Page 293
Porter, R. S., Kaplan, J. L., Homeier, B. P., & Albert, R. K. (2009). The Merck manual home health handbook. Whitehouse Station, NJ, Merck Research Laboratories. Print version. Page 145
Gastroenteritis. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/viral-gastroenteritis/basics/definition/con-20019350. Accessed July 14, 2016.
Gastroenteritis. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000252.htm. Accessed July 14, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria Disemak pada 31/03/2021
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x