backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Jangan Buat Tak Tahu Kalau Najis Kerap Keluar Darah, No.5 Itu Paling MENAKUTKAN!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

Jangan Buat Tak Tahu Kalau Najis Kerap Keluar Darah, No.5 Itu Paling MENAKUTKAN!

Eh, najis berdarah? Sebab apa ia berlaku dan adakah keadaan ini serius? Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Antara punca najis berdarah

Pendarahan najis boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia juga menjadi tanda amaran diberikan oleh tubuh mengenai tahap kesihatan diri anda.

Walaupun ia memberi isyarat masalah kesihatan yang serius tetapi ia jarang berlaku. Terdapat beberapa kemungkinan keadaan sekiranya tinja berdarah.

Buasir (Haemorrhoids)

Buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku. Ia boleh berkembang di luar atau di dalam dubur yang muncul sebagai benjolan kecil yang mana kadang-kadang ianya berdarah semasa berlaku pergerakan usus atau ketika mengelap.

Buasir juga dirujuk sebagai ‘piles’, yang mana boleh mempengaruhi seseorang pada pelbagai peringkat umur tetapi dikaitkan dengan beberapa faktor risiko berikut:

  • Kehamilan
  • Sembelit dan ketegangan kronik
  • Cirit-birit kronik
  • Ketegangan semasa pergerakan usus atau duduk di tandas terlalu lama
  • Obesiti
  • Rendah serat dan diet tidak seimbang
  • Penuaan

najis berdarah

Fisur dubur (Anal fissure), punca tinja berdarah

Sesiapa yang pernah mengalami fisur dubur akan tahu keadaan yang menyakitkan itu. Ia selalunya disebabkan oleh sembelit dan ketegangan.

Fisur dubur ini cenderung didiagnosis dengan mudah kerana biasanya ia kelihatan semasa pemeriksaan.

Fisur dubur ini sering sembuhkan dengan sendiri. Tetapi diet tinggi serat dan mengelakkan dehidrasi akan membantu menyembuhkan dengan lebih cepat dan melegakan ketidakselesaan yang disebabkannya.

Selain itu, ubat tahan sakit juga boleh membantu.

Ulser peptik

Ia adalah mitos bahawa ulser disebabkan oleh tekanan. Malah hingga 90% kes disebabkan oleh jangkitan bakteria (Helicobacter pylori), dan selebihnya biasanya daripada ubat-ubatan seperti steroid atau NSAI.

Tekanan boleh memperkembangkan simptom terutama jika ia menyebabkan anda menukar diet dan gaya hidup anda seperti pengambilan banyak kafein, rokok dan alkohol.

Salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko ulser peptik adalah dengan berhenti merokok.

Ini kerana merokok mempunyai kaitan dengan beberapa masalah kesihatan dan boleh mempengaruhi tubuh menguruskan tahap asid gastrik.

Baca juga:

Punca najis berdarah #Divertikulosis

Divertikulosis menggambarkan kehadiran diverticula yang merupakan struktur seperti kantung yang terbentuk melalui titik-titik kelemahan pada dinding otot usus, iaitu pada titik di mana saluran darah melalui dinding.

Pendarahan dari divertikulum terjadi ketika pembuluh darah kecil terletak di dalam divertikulum terkikis dan berdarah ke dalam kolon.

Divertikulitis adalah nama bagi keradangan kantung-kantung berkenaan.

Ia boleh menyebabkan kesakitan yang sangat teruk, kesakitan berselang serta perubahan kepada tabiat usus dan juga demam.

Walaupun biasanya tidak menyakitkan, anda mungkin mengalami pendarahan najis yang mengejutkan.

najis berdarah

Kanser kolorektal

Darah dalam najis boleh menjadi simptom kanser di sepanjang saluran pencernaan.

Kanser kolon dan kanser dubur adalah dua jenis yang boleh menyebabkan pendarahan. Kadang-kadang tidak kelihatan kepada mata kasar sehingga berlakunya pendarahan yang lebih teruk.

Oleh kerana najis berdarah boleh menjadi tanda keadaan kesihatan yang serius, sesiapa yang menyedari terdapat darah pada tinjanya adalah disarankan untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjutan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan