backup og meta

Perut Sebu Lepas Makan Tapi Angin Tak Nak Keluar? Cuba 5 Tip Ini Untuk MUDAH Sendawa!

Perut Sebu Lepas Makan Tapi Angin Tak Nak Keluar? Cuba 5 Tip Ini Untuk MUDAH Sendawa!

Kita semua mesti akan rasa tidak senang duduk selepas makan terlalu banyak ekoran perut sebu, tambah lagi jika sudah cuba macam-macam cara namun sangat susah sendawa.

Rasa tidak selesa akibat perut sebu ini adalah disebabkan oleh angin yang terperangkap di dalam perut dan tidak mampu untuk keluar di atas sebab tertentu.

Persoalannya, apakah punca anda sangat sukar sendawa dan adakah wujud sebarang tip untuk memudahkan angin daripada perut itu keluar? Jom teruskan membaca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Apa punca anda susah sendawa?

Meskipun fungsinya kerap kali terabai, individu masih perlu untuk sendawa bagi mengeluarkan angin daripada tubuh badan khususnya pada angin yang terperangkap di perut.

Ya, ia memang benar merupakan antara kelakuan tubuh badan yang tidak boleh dikawal namun masih ada individu yang sangat sukar sendawa tanpa tahu sebabnya.

susah sendawa

Untuk pengetahuan anda, susah bersendawa itu terjadi ekoran injap yang ada di dalam kerongkong (sfingter esofagus) ini hilang upaya untuk melepaskan udara.

Disebabkan itu, angin yang terperangkap di dalam perut perlu dikeluarkan menerusi laluan yang sama namun dengan tekanan lebih kuat untuk bersendawa.

Jika tidak, rasa ketidakselesaan akibat perut sebu ini takkan lega sehinggalah angin tersebut terkeluar. Persoalannya, bagaimana cara untuk mudah sendawa?

[embed-health-tool-bmi]

Bagaimana cara untuk mudah sendawa?

Rasa tidak selesa angkara angin di dalam perut ini sudah pasti akan menjejaskan kehidupan seharian anda meskipun ia dianggap tidak begitu serius.

Buat anda yang selalu bertanya kenapa susah sendawa, berikut adalah cara untuk mudah bersendawa yang boleh dicuba:

#1. Tingkatkan tekanan dengan minuman

Minum minuman yang mengandungi soda seperti air bikarbonat boleh meningkatkan tekanan angin dalam perut lantas membuatkan ia lebih mudah keluar.

Jika ia masih tidak berkesan, anda boleh cuba minum air kosong gelas penuh sambil menahan nafas dan mencubit hidung bagi memastikan udara tidak keluar.

#2. Tingkatkan tekanan dengan makanan

Makan makanan yang mengandungi gas boleh meningkatkan tekanan angin dalam perut lantas membuatkan ia lebih mudah keluar. Antara contoh makanan tersebut:

susah sendawa

  • Buah epal
  • Buah pir
  • Buah pic
  • Sayur lobak
  • Gula-gula getah
  • Gula-gula kenyal
  • Gula-gula keras
  • Roti gandum penuh

Tip jika susah sendawa #3. Bergerak dengan pantas

Gerakan tubuh badan boleh memberi tekanan angin dalam perut dan mendorong ia naik ke atas sehingga menyebabkan injap terbuka lantas membuat anda sendawa.

Jika anda sedang duduk, segera berbaring atau berdiri (dan sebaliknya) serta anda juga boleh cuba melakukan gerakan dengan berbaring atau berdiri dengan pantas.

Selain gerakan-gerakan ini, anda juga boleh cuba berjalan, berjoging, berlari atau melompat seperti mana yang dilakukan dengan lompat bintang untuk bersendawa.

Baca juga:

Tip jika susah sendawa #4. Bernafas dengan betul

Cara anda bernafas juga mungkin akan membuat anda sukar sendawa terutamanya jika anda hanya cuba bernafas tanpa sebarang kawalan yakni teknik yang salah.

Oleh itu, sila lakukan beberapa tip ini sebagai panduan cara bernafas setiap kali sukar sendawa:

  • Bernafas sambil duduk dengan tegak
  • Sedut udara melalui mulut sehingga anda rasa ada gelembung udara pada kerongkong
  • Hembus nafas menerusi mulut dengan cara tutup bahagian mulut atas dengan lidah anda
  • Ulang sehingga anda mula merasakan angin hendak keluar daripada kerongkong

#5. Ambil ubatan tertentu jika perlu

Sekiranya anda telah cuba 4 cara mudah sendawa di atas tadi namun masih belum berjaya, sila berjumpa doktor untuk mengambil antasid dengan kandungan kalsium karbonat.

Tip untuk elak perut sebu angkara angin

Perut terasa berangin adalah kondisi yang biasa hilang dengan sendiri seiring perjalanan waktu, dan sendawa merupakan satu teknik untuk melegakannya.

Namun, sendawa itu hanya usaha yang memberi kelegaan sementara sahaja dan apa yang lebih menakutkan adalah perut sebu boleh membawa mudarat lain.

susah sendawa

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami perut sebu bersama kondisi ini:

  • Cirit-birit
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut yang teruk
  • Sakit dada yang teruk
  • Perubahan warna najis
  • Penurunan berat badan

Sesungguhnya mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubat jadi anda mungkin mahu tahu beberapa tip untuk elak perut sebu angkara angin yang terperangkap itu.

Sekiranya anda mengalami masalah susah sendawa, sila pastikan anda elak makan terlalu laju.

Paling penting, sila cuba untuk bersenam setiap kali selepas waktu makan agar tahap kesihatan anda secara keseluruhan dapat dijamin dengan lebih baik lagi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to Make Yourself Burp, https://www.newhealthadvisor.org/How-to-Make-Yourself-Burp.html, Accessed Jul 15 2021.
  2. Best Ways On How To Make Yourself Burp, https://healthclubfinder.org/how-to-make-yourself-burp/, Accessed Jul 15 2021.
  3. Making yourself burp, https://www.ibsgroup.org/threads/making-yourself-burp.27558/, Accessed Jul 15 2021.
  4. Constant forced belching, feeling of air stuck in chest/throat (Acid Reflux/GERD diagnosed), https://patient.info/forums/discuss/constant-forced-belching-feeling-of-air-stuck-in-chest-throat-acid-reflux-gerd-diagnosed–614987, Accessed Jul 15 2021.
  5. How to make yourself burp, https://how.co/ht/quiz-how-to-make-yourself-burp-90667/, Accessed Jul 15 2021.

Versi Terbaru

03/02/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Perut Kembung Bukan Sebab Masuk Angin Sahaja, Ia Mungkin Petanda 6 Penyakit Ini!

Pelik Sendawa Tak Berhenti Walau Dah Berjam Berlalu? Ini 5 Pencetus Ia Terjadi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan