Pernahkah kalian alami situasi di mana sedang asyik mengunyah gula gula getah namun tanpa sedar tertelan chewing gum?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah kalian alami situasi di mana sedang asyik mengunyah gula gula getah namun tanpa sedar tertelan chewing gum?
Jika ya, ia pasti akan menimbulkan rasa cemas dan panik kerana menyangka ia akan melekat dalam perut anda!
Ini merupakan satu persoalan yang mungkin masih ramai belum tahu akan jawapan sebenar.
Jadi, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.
Chewing gum pada mulanya dicipta dengan berasaskan getah dari pokok Sapodilla di Amerika Tengah dengan dicampurkan perisa.
Kini, ia telah ditambah dengan pelbagai lagi bahan lain seperti resin, pemplastik, polimer, perisa, pewarna dan pelembut.
Tujuan ia dicipta bukanlah untuk dijadikan sebagai makanan sebaliknya hanya sekadar pencuci atau pemanis mulut selepas makan.
Seperti mana yang mungkin semua orang sudah tahu, gula gula getah dicipta sebagai pemanis mulut yang perlu dikunyah dan bukan ditelan.
Pun begitu, mungkin juga akan berlaku situasi di mana anda sedang asyik mengunyah lalu tertelan ia secara tidak sengaja.
Walaupun sangat tidak disarankan, kalian mungkin tidak perlu terlalu risau jika terjadi perkara ini kerana ia tidak berbahaya.
Untuk pengetahuan anda, tubuh badan memang tidak mampu menguraikan gula gula getah yang ditelan di dalam perut.
Pun begitu, ia berkeupayaan untuk keluar daripada usus besar bersama dengan tinja dengan melalui sistem pencernaan.
Kebiasaannya, ia akan keluar daripada tubuh badan anda melalui lubang dubur kira-kira 40 jam selepas ditelan (sama seperti makanan lain).
Namun, ada beberapa perkara penting lain yang kalian perlu tahu.
Meskipun kami kata kejadian ini tidaklah begitu berbahaya, janganlah ia dibuat secara sengaja kerana ada juga risikonya.
Ini lebih-lebih lagi jika kalian menelan chewing gum dalam kuantiti yang besar pada tempoh waktu yang sangat pendek.
Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan penyumbatan yang kronik pada usus besar anda.
Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, ubatan mahupun pembedahan untuk mengeluarkan ia daripada tubuh badan anda.
Apa yang paling penting adalah kesedaran bahawa gula gula getah ini mungkin mendatangkan bahaya jika ia masuk ke dalam perut.
Mungkin bagi anda yang sudah cakna mengenainya, ia tidak akan mendatangkan masalah.
Namun lain pula ceritanya bagi golongan kanak-kanak terutamanya yang masih lagi kecil.
Ini kerana chewing gum ini dicipta dengan rasa manis yang sangat menarik perhatian lebih-lebih lagi buat anak kecil anda.
Sebagai ibu bapa, kalian perlu senantiasa mengingatkan mereka untuk tidak mengambilnya selagi belum faham akan bahayanya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen