Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam, Pesakit Gastrik Kena Patuhi 6 Pantang Larang Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Gastrik adalah salah satu penyakit berkaitan perut yang biasa berlaku kepada individu selain pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

Dalam kalangan masyarakat kita terutamanya yang beragama Islam, ia sering kali menjadi punca seseorang itu tidak mampu untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Pun begitu, ia juga boleh berlaku kepada setiap individu tidak kira waktu, usia, bangsa dan agama. Jadi, kita semua perlu tahu akan pantang larang gastrik yang perlu dipatuhi.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Baca lebih lanjut tentang Sistem Penghadaman di sini.

Apa itu gastrik?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit tentang penyakit berkaitan perut ini terlebih dahulu.

Gastrik Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai

Gastrik atau lebih dikenali sebagai gastritis dalam bahasa perubatan adalah kondisi di mana berlaku keradangan pada perut.

Keradangan ini terjadi akibat jangkitan bakteria yang juga boleh menyebabkan ulser pada perut.

Terdapat 2 jenis gastrik yang boleh berlaku kepada individu iaitu gastritis akut – berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda serta gastritis kronik – mempunyai petanda dan muncul dalam jangka masa panjang.

Sekiranya menghidapi penyakit ini, penderita mungkin akan mengalami beberapa gejala seperti berikut:

  • Sakit pada perut
  • Muntah-muntah
  • Mual seperti mahu termuntah
  • Sebu terutamanya selepas makan

Dalam beberapa kes, gastrik boleh mengakibatkan ulser yang seterusnya menjadi pencetus kanser perut.

Namun kebiasaannya ia tidaklah begitu serius dan boleh sembuh jika cepat mendapatkan rawatan.

6 pantang larang gastrik yang perlu dipatuhi!

Menurut saranan yang dikeluarkan Jabatan Gastroenterologi & Hepatologi, Hospital Umum Singapura (SGH), gastrik boleh dicegah dengan mematuhi 6 pantang larang gastrik berikut:

#1. Makan dengan sedikit tetapi lebih kerap

Ramai yang beranggapan bahawa gastrik akan berlaku jika tidak makan dalam satu tempoh yang lama. Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk makan dengan lebih banyak.

Ini adalah perbuatan yang kurang tepat kerana ia hanya akan membuat kalian mengalami kembung perut. Sebaliknya, sila makan dengan sedikit tetapi lebih kerap.

Sebagai contoh, penderita gastritis disarankan untuk mengambil kira-kira 5 ke 6 hidangan sehari berbanding 2 ke 3 hidangan untuk memastikan perut kalian sentiasa terisi.

#2. Makan tepat pada waktu dan jangan bertangguh

Ya, memang benar bahawa tidak makan dalam satu tempoh yang lama akan mencetuskan keradangan pada perut. Jadi, sila makan tepat pada waktu dan jangan bertangguh.

Pastikan kalian makan tepat mengikut waktu yang sama setiap hari. Jika kalian bersarapan pada pukul 7 pagi semalam, hari ini dan esok juga harus pada masa yang serupa.

Jika tidak, ia akan mengakibatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada waktu yang tidak sama dengan waktu kalian makan. Inilah yang akan mengakibatkan gastrik.

#3. Ambil makanan dan minuman yang sihat

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mencetuskan simptom gastritis?

Antaranya adalah makanan yang pedas, berasid, bergoreng atau berlemak. Bagi minuman pula, air berkarbonat adalah musuh utama penderita gastrik. Jadi, tolong elakkannya.

Sebaliknya, sila ambil makanan dan minuman yang sihat dan bernutrisi. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan perut malahan juga kesihatan tubuh badan anda secara total.

gastrik

#4. Kawal stres juga adalah pantang larang gastrik

Jangan terkejut dengan pantang larang ini ya? Ini kerana sebarang tekanan yang berlebihan akan menghasilkan lebih banyak jus gastrik di dalam perut anda.

Oleh itu, lakukanlah lebih banyak aktiviti yang merelakskan seperti yoga atau meditasi di samping kerap bersenam untuk memastikan gastritis tidak terjadi.

#5. Berhenti merokok

Rokok mempunyai pelbagai bahan kimia tidak sihat yang boleh mencetuskan peningkatan asid dalam perut anda sekali gus melemahkan sistem imunisasi perut.

Kesannya, anda mungkin akan lebih mudah mendapat gastritis atau lebih teruk lagi kanser perut. Jika tidak mahu ini berlaku, berhentilah sebelum terlambat.

#6. Kurangkan pengambilan alkohol

Bukan rokok sahaja, minuman keras beralkohol juga boleh mendatangkan kesan yang sama. Selain memabukkan, ia juga akan melemahkan sistem imunisasi perut.

Dengan penambahan kes pemandu mabuk yang banyak meragut nyawa tidak berdosa kini, jadikanlah ia sebagai alasan untuk kalian kurangkan atau berhenti mengambilnya.

Konklusinya, penderita gastrik tidak boleh beranggapan bahawa ia adalah penyakit yang akan datang dan pergi tanpa perlu bertindak apa-apa.

Ya, ia mungkin benar gastritis boleh sembuh sendiri. Pun begitu, 6 pantang larang gastrik ini wajar dipatuhi untuk kesihatan perut anda yang lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Orang Gastrik Tak Boleh Minum Kopi? Ini 12 Makanan Boleh Ambil & Mesti Elak Jika Ada Gastritis

Penderitaan akibat penyakit gastritis ini dapat dikurangkan melalui beberapa makanan untuk gastritis. Apakah makanan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gastrik 16/02/2021 . 3 minit bacaan

Dada Selalu Sakit, Tak Semestinya Petanda Pedih Ulu Hati! Jaga-jaga, Ia Mungkin Serangan Jantung!

Tahukah anda, ramai yang ingat sakit dada yang mereka alami ialah pedih ulu hati disebabkan simptom GERD. Tapi, mereka sebenarnya terkena serangan jantung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan Jantung, Sakit Jantung 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pusat Kesihatan, Sistem Penghadaman 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Penyakit Ulser Peptik: Info Lengkap Mengenai Simptom, Punca & Rawatan

Apabila pakar gastroenterologi menggunakan istilah ‘ulser’, lazimnya mereka merujuk kepada masalah ulser peptik. Persoalannya, apakah ia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Sistem Penghadaman, Ulser Perut 12/01/2021 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

susu untuk gastrik

Minum Susu Baik Untuk Legakan Masalah Gastrik, Betul @ Tidak? Ini Jawapannya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/02/2021 . 3 minit bacaan
asid dalam perut

Jika Ada 14 Tanda Ini, Bermakna Anda Alami Masalah Asid Refluks! Awas, Bayi Juga Berisiko

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
cara merawat gastrik angin

Apa Kata Cuba 8 Kaedah Ini Untuk Atasi Masalah Gastrik Anda, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

Nak Tahu Cara Atasi Pedih Ulu Hati? Jom Cuba 6 Kaedah Ini, Barulah Lega!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan