Tawarkan pesakit makanan kegemarannya yang tanpa lemak atau rendah lemak seperti jus buah-buahan, minuman tenaga, susu tepung tanpa lemak atau smoothies, pencuci mulut susu, ais krim rendah lemak, sup yang jernih (sejukkan semalaman dan keluarkan lemak yang membeku di atas sup), bubur kisar dengan susu tanpa lemak dan gula untuk meningkatkan pengambilan tenaga dan makanan lain yang pesakit itu bersedia untuk makan. Hidangkan dalam jumlah kecil tetapi lebih kerap jika mereka hanya dapat minum atau makan hidangan kecil pada satu masa.
2. Gunakan penggantian makanan cair
Kini terdapat pelbagai pengganti makanan bertenaga dan berprotein tinggi bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuh pesakit. Walaubagaimana pun, anda perlu berbincang dengan doktor pesakit terlebih dahulu supaya bahan-bahan yang terkandung dalam produk penggantian berkenaan tidak menjejaskan fungsi hati pesakit.
3. Makanan yang perlu dielakkan
Elakkan memberi pesakit makanan berikut:
- Susu penuh krim, yoghurt, krim, keju krim dan keju berlemak
- Biskut, kek, pai, tart dan lain-lain dengan kandungan tinggi lemak
- Coklat
- Tidak lebih daripada tiga biji telur seminggu
- Salad berlemak, mayonis, krim masam
- Avokado
- Lemak, daging goreng, ikan berlemak, kulit ayam, semua daging diproses dan sosej, ikan tin dalam minyak
- Kacang, mentega kacang
- Kerepek kentang, sayur-sayuran dalam mentega atau sos putih / keju
- Makanan ringan berminyak atau sangat pedas
- Semua penyediaan makanan yang meningkatkan jumlah lemak yang terkandung dalam makanan, seperti menggoreng dalam mentega, marjerin atau minyak. Sebaliknya gunakan kaedah rebus, kukus dan panggang.
4. Vitamin, mineral dan elektrolit tambahan
Bincangkan jenis vitamin dan mineral yang anda boleh berikan kepada pesakit dengan doktor yang merawatnya. Doktor mungkin menetapkan suplemen yang melindungi fungsi hati.
Pesakit yang menderita dehidrasi kerana muntah berulang perlu meminum campuran elektrolit. Dalam kes-kes yang serius, pesakit mungkin perlu dimasukkan air (drip) untuk menampung air badan dan elektrolit. Memantau pengambilan cecair pesakit dan jika anda mengesyaki mereka mengalami dehidrasi, segera menghubungi doktor.
Rawatan diet hepatitis kronik dan sirosis
Kesan jangka panjang jangkitan hepatitis boleh menjadi kronik. Jadi pesakit perlu sentiasa mendapatkan rawatan pakar. Pesakit dengan hepatitis kronik dan kerosakan hati memerlukan diet khas supaya kerosakan hati lebih lanjut dan kekurangan zat makanan jangka panjang dapat dicegah.