Jadi, jangan terkejut jika masalah ini kerap berlaku sebelum, selepas dan semasa anda melakukan hubungan seks. Jangan risau, ia merupakan sesuatu yang normal!
Ada juga wanita yang melaporkan episod kentut vagina yang lebih kerap semasa hamil atau ketika menghampiri menopaus.
Tetapi, bagaimana pula dengan anak dara? Walaupun mereka tidak pernah melakukan seks, masalah kentut faraj masih juga berlaku. Sebenarnya, dara atau tidak, semua wanita boleh mengalami kentut faraj.
Selain hubungan seks, ada beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca kentut faraj anak dara. Antaranya:
1. Masalah pada lantai pelvis
Semua wanita mempunyai lantai pelvis yang berbeza dan unik. Oleh sebab itu, ada wanita yang lebih cenderung mengalami masalah kentut faraj lebih daripada orang lain.
Walau bagaimanapun, jika anda kerap mengalami masalah ini, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Kadangkala, kentut vagina menandakan kondisi seperti inkontinens urin dan tinja. Untuk mengelakkan masalah ini, kaum Hawa digalakkan untuk melakukan senaman yang dapat menguatkan otot lantai pelvis. Salah satunya ialah senaman kegel!
Baca juga:
2. Penggunaan tampon dan cawan menstruasi punca kentut faraj anak dara
Jangan terkejut, penggunaan tampon dan juga cawan menstruasi boleh menjadi punca kentut faraj! Penggunaan produk ini boleh menyebabkan angin terperangkap di dalam vagina.
Namun, apabila wanita bersenam atau bergerak, atau ketika produk tersebut dicabut dari vagina, angin yang terperangkap akan keluar dalam bentuk kentut vagina.
3. Kentut vagina ketika bersenam

Selalu alami kentut vagina ketika bersenam? Aduh, malunya!
Tidak dinafikan, banyak senaman – terutamanya yang melibatkan regangan – akan menyebabkan wanita lebih mudah untuk mengalami kentut vagina.
Jadi, bunyi ‘poof’ ketika bersenam bukanlah sesuatu yang merisaukan. Tetapi, ia mungkin akan menyebabkan anda rasa malu!
Namun, jika ada senaman tertentu yang menyebabkan anda lebih kerap mengalami kentut vagina, apa kata berhenti sebentar daripada melakukan senaman tersebut. Cuba lakukan senaman lain yang tidak melibatkan terlalu banyak regangan.
Punca kentut faraj anak dara 4: Baru lepas melakukan pemeriksaan vagina
Sebarang prosedur yang dilakukan ketika pemeriksaan vagina boleh menyebabkan angin masuk dan terperangkap di dalam faraj.
Selepas melakukan pemeriksaan, mungkin ada wanita yang akan mengalami kentut faraj lebih kerap daripada biasa.
5. Anda mempunyai fistula vagina

Fistula vagina merupakan satu kondisi yang menyebabkan ada bukaan di antara vagina dan organ lain seperti pundi kencing, kolon atau rektum. Kondisi ini boleh menjadi punca kentut faraj anak dara.
Wanita yang mempunyai masalah fistula vagina mungkin akan mengalami inkontinens urin dan tinja.
Fistula vagina boleh berlaku selepas melahirkan anak, disebabkan kecederaan tertentu, pembedahan atau jangkitan. Wanita mungkin perlu melakukan pembedahan untuk memperbaiki kecederaan ini.
Walau bagaimanapun, jarang sekali kentut ini menandakan fistula vagina. Namun, jika anda mempunyai simptom-simptom lain, terutamanya jika kentut faraj anda berbau busuk, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen