Masalah rahim jatuh ini boleh boleh berlaku kepada sesiapa. Jadi kaum hawa, anda perlu mengetahui apakah simptom dan punca rahim jatuh ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Masalah rahim jatuh ini boleh boleh berlaku kepada sesiapa. Jadi kaum hawa, anda perlu mengetahui apakah simptom dan punca rahim jatuh ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Nama lain bagi keadaan ini adalah Prolaps anterior; juga dikenali sebagai sistosele (cystocele), berlaku apabila tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding vagina wanita menjadi lemah dan membengkak, yang membolehkan pundi kencing tersembul masuk ke vagina.
Prolaps anterior juga dipanggil prolaps pundi kencing.
Ketegangan otot yang menyokong organ pelvis (panggul) anda boleh menyebabkan prolaps anterior.
Ketegangan seperti ini berlaku semasa kelahiran melalui faraj atau dengan sembelit kronik, batuk yang teruk atau mengangkat berat.
Prolaps anterior juga cenderung menyebabkan masalah selepas menopaus, apabila tahap estrogen semakin menurun.
Untuk prolaps anterior yang ringan atau sederhana, rawatan selain pembedahan selalunya berkesan.
Dalam kes-kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan vagina dan organ-organ pelvis lain dalam kedudukan yang betul.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda-tanda umum bagi prolaps anterior adalah:
Tanda-tanda dan simptom selalunya ketara selepas berdiri untuk jangka masa yang lama dan mungkin hilang apabila anda berbaring.
Dalam kes rahim jatuh yang ringan, anda mungkin tidak dapat melihat sebarang tanda atau gejala.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Prolaps boleh terjadi dengan banyak sebab. Penyebab utama adalah tekanan pada “lantai penyokong” ini ketika melahirkan anak. Wanita yang mengalami banyak kehamilan, kelahiran melalui vagina, atau mengalami proses bersalin yang panjang atau sukar, berada pada risiko yang lebih tinggi.
Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan prolaps ialah:
Terdapat banyak faktor risiko bagi prolaps anterior, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Prolaps boleh dikenal pasti dengan sejarah klinikal dan ujian pelvis. Pemeriksaan ini boleh dilakukan semasa anda berbaring, meneran, menekan, atau berdiri. Penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mengukur betapa seriusnya prolaps dan bahagian-bahagian vagina yang jatuh.
Ujian dan kajian imbasan lain juga boleh dilakukan untuk memeriksa lantai pelvis, seperti:
Rawatan bergantung kepada sejauh mana keterukan prolaps anterior anda dan sama ada anda mempunyai sebarang keadaan lain yang berkaitan, seperti rahim yang masuk ke saluran vagina (prolaps uterus/prolaps posterior).
Kes-kes ringan – mereka yang mempunyai sedikit atau tiada simptom yang jelas – biasanya tidak memerlukan rawatan. A
nda boleh memilih pendekatan tunggu-dan-lihat, dengan beberapa lawatan susulan kepada doktor anda untuk melihat jika prolaps anda semakin teruk, bersama dengan langkah penjagaan diri, seperti latihan senaman yang menguatkan otot lantai pelvis anda.
Sekiranya langkah penjagaan diri tidak berkesan, rawatan prolaps anterior mungkin melibatkan:
Pesari vagina adalah cincin plastik atau getah yang dimasukkan ke dalam vagina anda untuk menyokong pundi kencing.
Doktor atau penyedia penjagaan kesihatan anda akan menyesuaikan pesari anda, menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membersihkan dan memasukkannya kembali dengan sendirinya.
Ramai wanita menggunakan pesari sebagai alternatif sementara untuk pembedahan, dan ada yang menggunakannya apabila pembedahan didapati terlalu berisiko.
Doktor anda boleh mengesyorkan penggunaan estrogen – biasanya krim, pil atau cincin vagina – terutama jika anda sudah mengalami menopaus.
Ini adalah kerana estrogen, yang membantu mengekalkan otot panggul kuat, menurun selepas menopaus.
Baca juga:
Jika anda mempunyai gejala yang ketara dan tidak menyelesakan, prolaps anterior mungkin memerlukan pembedahan.
Sekiranya prolaps anterior anda disertai oleh inkontinens stres – iaitu kehilangan air kencing secara tidak sengaja semasa aktiviti berat – doktor anda boleh mengesyorkan salah satu daripada beberapa prosedur untuk menyokong uretra (penggantungan uretra) dan mengurangkan simptom inkontinens anda.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani prolaps anterior:
Senaman Kegel menguatkan otot lantai pelvis, yang menyokong rahim, pundi kencing dan usus.
Lantai pelvis yang diperkuatkan akan memberikan sokongan yang lebih baik untuk organ pelvis dan kelegaan daripada simptom yang berkaitan dengan prolaps anterior.
Untuk melakukan senaman Kegel, ikuti langkah berikut:
Buat tiga set 10 ulangan senaman setiap hari.
Sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda untuk maklum balas sama ada anda menggunakan otot yang betul.
Senaman Kegel mungkin paling berkesan apabila mereka diajar oleh ahli terapi fizikal dan diperkuat dengan biomaklum balas (biofeedback).
Biomaklum balas melibatkan menggunakan peranti pemantauan yang membantu memastikan anda mengetatkan otot yang betul dengan intensiti yang optimum dan jangka masa yang sesuai.
Sebaik sahaja anda telah mempelajari kaedah yang betul, anda boleh melakukan senaman Kegel secara mudah pada bila-bila masa sahaja, sama ada anda duduk di meja anda atau berehat di sofa.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen