backup og meta

Jangkitan Saluran Air Kencing VS Penyakit Batu Karang: Apa Dia Perbezaannya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/05/2023

Jangkitan Saluran Air Kencing VS Penyakit Batu Karang: Apa Dia Perbezaannya?

Penyakit batu karang dan jangkitan saluran kencing (UTI) mungkin memberi kesan terhadap saluran kencing dan kerap menyerang individu yang bergelar lelaki, tetapi kedua-dua penyakit ini adalah jauh sekali berbeza antara satu sama lain.

Walaupun masih terdapat persamaan kecil antara keduanya, terdapat banyak lagi faktor luaran dan dalaman yang membezakan kedua-dua jenis penyakit ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

Definisi jangkitan saluran kencing dengan batu karang

  • Batu karang

Sakit batu karang adalah kewujudan mineral yang tidak normal di buah pinggang.

Ia juga dikenali sebagai nephrolithiasis dan lithiasis buah pinggang di mana ebanyakan batu karang terdiri daripada garam asid dan mineral.

Beberapa faktor menyumbang kepada pembentukan sakit batu karang adalah apabila air kencing berkumpul, mineral menjadi kristal, mengakibatkan pembentukan batu.

Walaupun keadaan ini selalunya tidak menyebabkan kerosakan kekal pada tubuh, pengaliran batu ginjal melalui saluran kencing mungkin sangat menyakitkan.

jangkitan saluran kencing

  • Jangkitan saluran kencing (UTI)
  • UTI adalah jenis jangkitan yang boleh menjejaskan ureter, uretra, pundi kencing dan buah pinggang. Keadaan perubatan lebih cenderung kepada wanita.

    Jangkitan ini biasanya akan melibatkan bahagian saluran kencing yang lebih rendah seperti uretra dan pundi kencing.

    Selain itu juga, infeksi ini lazimnya terjadi disebabkan oleh jangkitan daripada bakteria.

    Secara anatomi, uretra iaitu tiub kecil yang berfungsi melepaskan air kencing di luar badan terletak berhampiran pembukaan dubur.

    Akibat jaraknya yang dekat, bakteria dari usus besar dapat masuk ke dalam saluran kencing dengan mudah melalui uretra sehingga menyerang pundi kencing.

    Apabila tidak dirawat, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang.

    Oleh kerana uretra wanita lebih pendek, mereka lebih terdedah untuk mendapat UTI berbanding lelaki.

    Perbezaan di antara 2 jenis penyakit urologi ini

    batu karang

    Konklusinya, kedua-dua penyakit ini mungkin lebih kurang sama namun berbeza dan berbahaya buat anda.

    Jika anda mendapati bahawa terdapat beberapa simptom-simptom penyakit-penyakit ini pada diri anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dalam bentuk ubat jangkitan saluran kencing.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/05/2023

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan