Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan dan menjejaskan ibadah puasa mereka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan dan menjejaskan ibadah puasa mereka.
Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis sepanjang sebulan berpuasa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Gastritis adalah nama merujuk kepada keadaan melibatkan keradangan lapisan perut.
Ia boleh menjadi 1 akut (berlaku secara tiba-tiba) atau kronik (dari masa ke masa).
Gastrik boleh berlaku disebabkan faktor berbeza, seperti:
Pemakanan juga cenderung menjadi antara punca penyebab berlakunya gastrik.
Bagi mereka yang mengalami gastritis, anda harus menyedari setiap makanan yang diambil akan memberikan perbezaan kepada keadaan kesihatan.
Sudah tentu, penjagaan aspek pemakanan dalam bulan Ramadan menjadi lebih penting dalam membantu mengelakkan terjadinya gastrik ketika anda sedang berpuasa, bukan?
Mengambil makanan tertentu pada waktu bersahur dan berbuka pastinya akan dapat membantu mengawal dan mengatasi masalah gastritis yang dialami.
Tetapi apakah makanan yang digalakkan untuk diambil sepanjang bulan Ramadan ini bagi individu penghidap gastrik?
Walaupun ada keadaan tertentu rawatan perubatan diperlukan bagi merawat gastritis, namun simptomnya boleh dikurangkan melalui pemakanan.
Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu menguruskan gastritis dan disarankan untuk diambil sepanjang bulan Ramadan ini, seperti:
Pilihan makanan rendah lemak dan gula, ia dapat mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan.
Pilihan yang baik adalah termasuk:
Brokoli sangat baik untuk mereka yang mengalami gastritis.
Ini kerana selain menjadi sumber serat yang baik, ia mengandungi sulforaphane tinggi – sebatian yang dapat membunuh bakteria H.pylori.
Jus buah tidak disyorkan kerana kadar gula tinggi dan asid tinggi tanpa serat. Namun, jus dan smoothie sayuran sangat digalakkan.
Jus labu, contohnya, sangat kaya dengan nutrien serta dapat mengurangkan keasidan gastrik dan membantu lapisan perut sembuh lebih cepat.
Mempunyai sifat antiradang semula jadi dan adalah 1 rawatan semula jadi masalah pedih ulu hati serta masalah gastrousus lain.
Anda boleh tambahkan hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia ketika bersahur bagi meredakan simptom.
Jika anda tidak gemarkan nasi untuk bersahur, jadikan oat sebagai pilihan.
Makanan tinggi serat ini dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah.
Pengambilan roti gandum juga 1 pilihan yang baik buat penghidap gastrik.
Apa yang dikatakan buah-buahan sitrus? Buah seperti lemon, limau atau kiwi tergolong dalam kelompok ini, jadi elakkan.
Pilihlah buah-buahan seperti tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang cenderung untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid.
Hmmmm…pasti menyelerakan kalau dapat makan tembikai sejuk pada waktu berbuka, bukan?
Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain adalah rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks.
Protein membantu memperbaiki kerosakan yang dilakukan gastritis pada lapisan perut.
Penting untuk anda memilih protein tanpa lemak, kerana lemak daripada produk haiwan – kecuali ikan dengan omega-3, hanya akan memburukkan keadaan gastrik.
Putih telur adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah gastrik. Sebaiknya, hindari kuning telur.
Ini kerana ia adalah tinggi lemak dan boleh mencetuskan sindrom refluks dalam badan.
Sumber bagi lemak sihat termasuklah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.
Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans serta gantikannya dengan lepak tidak tepu yang lebih sihat.
Makanan tinggi lemak sihat – asid omega-3, seperti salmon, sardin, biji chia dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut.
Bahkan ia mempunyai kesan pencegahan terhadap gastritis berpunca oleh H.pylori serta gangguan gastrik lain.
Jika anda penghidap gastrik, makanan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi.
Kefir ialah minuman yang dibuat daripada susu melalui proses fermentasi.
Cara pembuatannya adalah dengan memasukkan butiran kefir ke dalam susu kambing atau susu lembu.
Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang melawan bakteria H.pylori, di samping dapat memperbaiki sistem imun.
Makanan dan minuman probiotik juga membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan.
H.pylori adalah sejenis bakteria, maka untuk melawannya sudah tentu memerlukan sesuatu bersifat antibakteria.
Flavonoid terkenal dengan sifat antibakteria dan boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.
Makanan seperti bawang putih, bawang, kranberi dan saderi merupakan sumber flavonoid yang baik. Manakala contoh makanan antibakteria adalah madu, halia dan kunyit.
Gastritis merujuk kepada keradangan lapisan perut, maka penghidap gastrik perlu memakan makanan yang dapat mengurangkan keradangan dari masa ke masa.
Elakkan makanan yang cenderung mencetuskan masalah keradangan seperti:
Dalam masa yang sama elakkan tekanan yang berlebihan dalam mengurangkan masalah gastrik anda.
Belajarlah teknik pernafasan mendalam, urutan, meditasi serta yoga sebagai cara pengurusan stres.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen