backup og meta

Sapu Minyak & Urut Bukan Solusi Sakit Tumit Kaki, Ada Yang Perlu Pemeriksaan Pakar!

Sapu Minyak & Urut Bukan Solusi Sakit Tumit Kaki, Ada Yang Perlu Pemeriksaan Pakar!

Sakit tumit, sakit tumit kanan dan kiri atau plantar fasciitis merupakan salah satu daripada aduan perubatan yang lazim diterima oleh doktor.

Antara punca bagi masalah ini adalah keradangan pada ligamen yang dikenali sebagai plantar fascia.

Ia merupakan ligamen yang menghubungkan tumit kaki kepada struktur pada bahagian hadapan kaki.

Selain daripada menyokong bentuk lengkung pada tapak kaki, ia juga bertindak sebagai penyerap impak luar.

Jika tekanan yang dikenakan pada struktur ini melebihi kapasiti normal, ia boleh menyebabkan kekoyakan, keradangan dan sakit pada bahagian tumit.

Bagi yang didiagnosis dengan masalah ini, anda perlu tahu ada beberapa alternatif yang boleh diamalkan bagi melegakan kesakitan.

Kenapa kita sakit tumit?

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Wanita lebih berisiko alami sakit tumit kanan dan kiri berbanding dengan lelaki

sakit tumit kanan

Perbezaan risiko di antara lelaki dan wanita untuk alami plantar fasciitis tidak banyak.

Walau bagaimanapun, ibu hamil mudah mendapat masalah ini memandangkan mereka mengalami peningkatan berat badan ketara terutamanya pada trimester terakhir.

Berat dan tekanan berlebihan yang dikenakan kepada ligamen plantar fascia semasa berdiri boleh menyebabkan gejala sakit tumit kanan dan kiri.

Ia juga berbeza sepanjang hari. Pada waktu pagi kebiasaannya kesakitan berada pada tahap paling tinggi.

Perkara ini disebabkan oleh tempoh masa baring yang panjang semasa tidur.

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat masalah sakit tumit kiri dan kanan:

Pemeriksaan dan diagnosis oleh doktor untuk kenal pasti sakit tumit kanan dan kiri

sakit tumit kanan

Mungkin ramai yang tidak terfikir untuk berjumpa dengan doktor apabila sakit kaki.

Ada yang hanya menyapu minyak angin atau berjumpa dengan tukang urut bagi melegakan kesakitan tersebut.

Memang tidak dinafikan, pada kebanyakan kes, rawatan di rumah boleh melegakan masalah sakit tumit.

Namun, jika kesakitan tersebut hadir semula, pemeriksaan oleh doktor penting bagi memastikan tiada masalah kaki lain yang mendorong terjadinya plantar faciitis.

Pemeriksaan fizikal oleh doktor lebih kepada untuk mengenal pasti punca sakit tumit kanan dan kiri.

Ia bagi memastikan sakit tersebut tidak disebabkan oleh masalah lain.

Amaran! Sewaktu pemeriksaan tersebut berlangsung, anda akan berasa sakit. 

Doktor akan menilai kekuatan otot dan memeriksa fungsi saraf melalui:

  1. Refleks otot
  2. Kekuatan otot
  3. Deria sentuhan kaki
  4. Koordinasi
  5. Keseimbangan

Penggunaan mesin imbasan X-ray atau MRI boleh digunakan bagi melihat sekiranya terdapat punca lain seperti tulang retak dan sebagainya.

Pemeriksaan secara menyeluruh ini penting bagi memastikan diagnosis yang dibuat mengambil kira semua aspek tanpa terlepas pandang sebarang punca sakit tumit yang lain.

Rawatan dan tip bagi melegakan kesakitan

sakit tumit kanan

Apa petua hilangkan sakit tumit?

Bagi mereka yang baru pertama kali merasai sakit tumit, rawatan awal atau petua hilangkan sakit tumit bagi melegakan kesakitan boleh dibuat di rumah.

Antaranya adalah:

  1. Rehat sebagai petua hilangkan sakit tumit
  2. Gunakan ais untuk tuam tempat yang sakit.
  3. Ambil ubat tahan sakit yang dijual di farmasi.
  4. Gunakan pendakap kaki (braces) sebagai petua hilangkan sakit tumit.

Jika rasa sakit itu datang kembali atau ia menjadi bertambah teruk, anda perlu rujuk kepada doktor.

Rawatan menggunakan suntikan steroid kepada ligamen terlibat boleh mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tumit.

Penggunaan alat ultra bunyi boleh membantu doktor untuk mengesan lokasi terbaik suntikan.

Kadangkala, mereka akan menggunakan alat yang mengeluarkan aliran elektrik bagi memastikan ubat steroid itu masuk ke dalam otot.

Jangan risau, ia tidak menyakitkan.

Fakta

Terapi fizikal juga penting dalam mengawal tahap kesakitan bagi masalah sakit tumit.

Ahli terapi fisio boleh mengajar anda beberapa teknik senaman bagi mengurangkan kesakitan di samping menguatkan otot berhampiran.

Aktiviti yang memberikan impak tinggi kepada kaki seperti berlari perlu dilakukan dengan teknik yang betul sebagai pantang larang sakit tumit. 

Pun begitu, jika sakit berterusan sehingga 6 hingga 12 bulan, pembedahan merupakan terapi terbaik.

Konklusi

Pada kebanyakan kes, punca sakit tumit kanan dan kiri tidaklah serius.

Rawatan awal di rumah atau suntikan steroid boleh meredakan kesakitan.

Namun, jika sakit berterusan sehingga lebih daripada 6 bulan walaupun sudah mendapatkan rawatan, kaedah pembedahan boleh dipertimbangkan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Plantar fasciitis. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/plantar-fasciitis/symptoms-causes/syc-20354846). Diakses pada 29 Julai 2020.
  2. Management of plantar fasciitis in the outpatient setting. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4853481/). Diakses pada 29 Julai 2020.
  3. Plantar Fasciitis. (https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/plantar-fasciitis-and-bone-spurs). Diakses pada 29 Julai 2020.
  4. Plantar Fasciitis. (https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14709-plantar-fasciitis). Diakses pada 29 Julai 2020.
  5. Plantar Fasciitis. (https://medlineplus.gov/ency/article/007021.htm#:~:text=The%20plantar%20fascia%20is%20the,it%20is%20called%20plantar%20fasciitis.). Diakses pada 29 Julai 2020.

Versi Terbaru

19/08/2024

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Awas, Ini 4 Punca Sakit Pergelangan Tangan Boleh Terjadi!

Bergetar Tulang Rusuk Apa Maksudnya? Ini Fungsi Tulang Rusuk Pada Lelaki Dan Wanita!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan