Warga emas adalah antara golongan yang sering mengalami kekurangan nutrisi harian untuk keperluan tubuh badan 1. Namun, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah menerusi pengambilan diet seimbang yang mengandungi susu untuk orang tua berkhasiat yang diperkaya dengan nutrien penting.
Berikut adalah cara-cara untuk memilih susu orang tua yang sesuai untuk keperluan mereka.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Otot dan Tulang, sila dapatkannya di sini.
Mengapa susu penting untuk warga emas?
Susu merupakan salah satu sumber nutrisi penting untuk semua golongan usia, termasuklah warga emas.
Ia memainkan peranan penting dalam diet warga emas kerana minuman ini menyediakan nutrien penting untuk membantu memenuhi keperluan harian menjaga kesihatan mereka pada usia lanjut.
Dalam menghadapi perubahan pola pemakanan dan penurunan selera makan warga emas, susu untuk orang tua yang diperkaya merupakan salah satu cara yang mudah dan efektif untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.
Susu boleh menjadi salah satu komponen penting dalam diet warga emas untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhan.
5 perkara yang perlu ada bila memilih susu untuk orang tua
Memilih susu yang sesuai sebagai salah satu sumber makanan dalam diet seimbang harian untuk warga emas adalah penting dalam menyokong meningkatkan kualiti hidup mereka.
Ini kerana, bukan semua susu adalah sama dan setiap jenis susu itu mengandungi kandungan atau nutrisi yang berbeza.
Untuk memilih susu yang bersesuaian, anda boleh lihat panduan di bawah ini:
#1. Dilengkapi nutrien penting
Warga emas memerlukan nutrien tertentu dalam jumlah yang lebih tinggi berbanding orang dewasa yang lebih muda 2.
Antaranya seperti kalsium dan vitamin D kerana kedua-duanya penting untuk memelihara tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis 3 4.
Selain itu, warga emas juga memerlukan lebih banyak protein kerana ia penting untuk pemeliharaan dan pembaikan tisu tubuh, yang cenderung merosot seiring peningkatan usia 5 6.
Oleh itu, susu untuk tulang orang tua yang baik perlulah mengandungi nutrien utama seperti kalsium, vitamin D dan protein dalam kuantiti yang secukupnya untuk menyokong kekuatan tulang dan otot mereka.
#2. Pilih susu untuk orang tua yang mengandungi kolagen dan vitamin C
Untuk pengetahuan anda, kolagen merupakan protein utama dalam sendi dan tulang.
Ia membantu menjaga kekuatan dan kelenturan sendi manusia 7.
Vitamin C pula adalah antioksidan yang penting untuk proses sintesis kolagen dan juga membantu dalam penyerapan zat besi 8 9.
Susu yang mengandungi nutrien penting seperti kolagen dan vitamin C dapat membantu warga emas untuk menyokong kesihatan sendi.
#3. Susu untuk orang tua perlu mengandungi prebiotik dan zat besi
Prebiotik seperti inulin memberi manfaat kepada sistem pencernaan dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus 10.
Ini kerana, inulin adalah sejenis serat makanan yang membantu melancarkan sistem penghadaman, dan merupakan “sumber makanan” untuk bakteria baik dalam usus kita 11.
Selain itu, zat besi juga penting untuk mencegah penyakit anemia yang biasa berlaku dalam kalangan warga emas 12 13.
Pemilihan susu yang mengandungi prebiotik dapat membantu menjaga sistem pencernaan, manakala zat besi adalah penting dalam menjaga sistem imun warga emas 14.
#4. Pilih susu untuk orang tua kurang laktosa
Ramai warga emas mengalami intoleransi laktosa yang membuatkan mereka sukar untuk mencerna laktosa 15.
Untuk pengetahuan anda, laktosa adalah sejenis gula semula jadi yang terdapat dalam susu.
Susu rendah laktosa atau susu yang telah diuraikan laktosanya membolehkan warga emas menikmati kebaikan susu tanpa mengalami kesukaran untuk mencernanya.
#5. Mestilah kaya vitamin B
Vitamin B, termasuklah B2, B6 dan B12 adalah penting untuk proses metabolisme tenaga badan dan pemeliharaan fungsi saraf yang sihat 16 17.
Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan keletihan dan menyumbang kepada perkembangan masalah kognitif dalam kalangan warga emas 18 19.
Oleh sebab itu, pengambilan susu yang diperkaya dengan vitamin B dapat membantu warga emas dalam membebaskan tenaga daripada makanan dan penting untuk menyokong fungsi otak.
Susu yang tepat penuhi keperluan nutrisi warga emas
Tidak dinafikan, mungkin agak sukar untuk warga emas memenuhi keperluan nutrisi harian mereka menerusi diet harian.
Oleh sebab itu, susu untuk orang tua yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan ini merupakan pilihan bijak.
Di pasaran, terdapat pelbagai jenis susu dengan pelbagai formula.
Namun, tidak semua jenis susu ini mengandungi kebaikan seperti yang diinginkan.
Anda boleh cuba susu seperti Anlene Total 10 mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh warga tua.
Susu ini diformulasi secara saintifik dengan 28 ramuan bermanfaat seperti:
- Kalsium dan vitamin D: Dua gelas susu Anlene Total 10 membantu memenuhi 100%* kalsium dan vitamin D yang diperlukan sehari. (*berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium dan vitamin D, wanita berusia 51 – 65 tahun)
- Tinggi protein: Susu Anlene Total 10 mengandungi kandungan protein tinggi daripada sumber whey, kasein dan soya
- Kolagen dan vitamin C: Kedua-dua nutrien ini sangat penting dalam menyokong kesihatan termasuk sendi 7
- Vitamin B2, B6 dan B12: Susu ini juga diperkaya dengan vitamin B yang penting untuk membebaskan tenaga daripada makanan 16
- Inulin: Sejenis prebiotik yang menyokong persekitaran usus yang baik
- Zat besi dan zink: Zat besi dan zink yang terdapat dalam susu ini membantu menyokong sistem imun warga emas 14
- Kurang laktosa dan tiada sukrosa tambahan: Susu Anlene Total 10 kurang laktosa dan tiada sukrosa, menjadikannya pilihan yang lebih sihat untuk warga emas
Kami menyarankan pengambilan susu seperti Anlene sebagai salah satu daripada diet harian. Anlene | Jenama susu dewasa No.1 yang disyorkan oleh profesional kesihatan 20.
BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1
Kesimpulan
Dalam memilih susu untuk orang tua, sangat penting untuk mempertimbangkan komposisi nutrisi dan keperluan khas mereka. Anlene Total 10 boleh menjadi pilihan yang bijak kerana susu ini menawarkan banyak kebaikan. Bantulah warga emas anda dalam menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot, serta menyokong kesihatan tubuh mereka secara keseluruhan.