Lobus belakang terletak di bahagian otak yang belakang. Ia membantu anda memahami sesuatu gambar. Ini adalah fungsi kedua lobus ini. Mereka menghubungkan gambar yang anda lihat dan gambar di dalam memori anda.
Lobus temporal
Lobus temporal terletak di sisi lobus hadapan dan parietal. Lobus ini berfungsi memproses memori dan deria rasa, bunyi, penglihatan, bau dan sentuhan.
Membuat rangkaian hubungan
Otak terdiri daripada sel yang banyak, tapi sel yang paling penting digelar neuron. Semua isyarat perlu melepasi neuron, dan akan diterjemah kepada perasaan, perangai, pergerakan, pemikiran, deria dan memori.
Neuron terdiri dari tiga bahagian:
- Sel badan yang memastikan kemandirian neuron dan mengawal fungsi.
- Dendrit : kelihatan seolah rangkaian kepada sel badan. Rangkaian ini menerima isyarat daripada neuron lain. Isyarat akan perlu melepasi dendrit dan sel badan.
- Axon: selepas isyarat melepasi sel badan, mereka akan melepas axon dan pergi ke neuron-neuron lain, sel otot, sel jantung, sel hati. Mereka juga akan melalui sel lain di dalam badan bahagian penting yang dipanggil sinaps. Kepanjangan axon bergantung kepada jarak untuk membawa isyarat.
Neurotransmiter utama
Apabila neuron menerima mesej, mesej itu akan melalui dendrit ke sel badan dan akhir sekali axon. Di hujung axon, terdapat sinaps. Apabila sesuatu isyarat tiba di hujung axon, ia akan melepaskan satu poket kecil yang menghasilkan kimia yang dipanggil neurotranmiter. Neurotransmiter ini akan ke reseptor di dalam dendrit sel yang terdekat. Kemudian proses ini berulang semula. Di akhirnya, neurotransmiter akan memberi isyarat ke sel lain. Sel tersebut ialah sel hati, sel kulit, atau membuat penhantaran mesej yang baru. Berikut merupakan neurotransmiter utama untuk penghantaran isyarat:
- Serotonin merupakan neurotransmiter monoamin yang mengawal mood atau tidur anda. Ia juga menyempitkan saluran darah dan mengawal suhu badan.
- Dopamin mengawal pergerakan dan emosi.
- Asid gamma-aminobutyric mengawal aktiviti otot idan membantu untuk melihat.
- Glutamat merupakan neurotransmiter yang lazim yang digunakan untuk menghantar isyarat. Ia memainkan peranan penting dalm pembentukan otak dan membantu peredaran elektrik dalam kalangan neuron
Otak merupakan anggota badan paling penting. Otak berfungsi untuk mengawal minda dan badan anda. Cara otak berfungsi adalah dengan mengeluarkan isyarat. Isyarat- isyarat ini akan bergerak ke pelbagai bahagian di dalam badan, membuat pergerakan untuk melakukan sesuatu dan perangai anda.
Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen