backup og meta

5 Aktiviti Kuatkan Fizikal & Mental Orang Tua Anda, Barulah Kekal Bertenaga Dan Sihat!

5 Aktiviti Kuatkan Fizikal & Mental Orang Tua Anda, Barulah Kekal Bertenaga Dan Sihat!

Kekal aktif setiap hari bukan hanya disarankan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, tetapi juga melibatkan golongan warga emas. Ini kerana, tubuh badan yang aktif akan menyokong kesihatan mental dan fizikal mereka. Namun, disebabkan kekurangan tenaga dan fungsi badan yang semakin menurun, ia menghalang mereka daripada terus menjalani gaya hidup aktif. Jadi, apakah aktiviti untuk warga emas yang sesuai untuk menyokong kesihatan fizikal dan mental orang tua? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Otot dan Tulang, sila dapatkannya di sini.

Mengapa warga emas perlu kekal aktif? 

Untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental warga emas atau orang tua kekal optimum, mereka perlu dilibatkan dengan gaya hidup yang aktif setiap hari. 

Ia adalah kunci untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik. 

Terdapat beberapa manfaat gaya hidup aktif terhadap warga emas. Antaranya seperti mencegah atau memperlahankan masalah kesihatan yang boleh berlaku seiring dengan usia 1

Masalah kesihatan yang biasa dialami warga emas adalah seperti osteoporosis iaitu sejenis penyakit tulang yang boleh menyebabkan risiko tulang reput 2

Begitu juga dengan osteoartritis; penyakit sendi yang menyebabkan sakit sendi, menyukarkan pergerakan atau menyebabkan risiko mudah terjatuh dan lain-lain lagi 2

Sarcopenia juga boleh berlaku dalam kalangan warga emas, di mana jisim dan kekuatan otot menjadi semakin berkurangan. Ini boleh meningkatkan risiko warga emas untuk terjatuh, patah tulang selain kelemahan badan 3

Selain itu, aktiviti untuk warga emas yang berbentuk fizikal boleh membantu menguatkan tulang, otot dan sendi agar mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa perlu bergantung kepada orang lain 1

Bukan itu sahaja, aktiviti seperti senaman juga boleh membantu meningkatkan keseimbangan dan koordinasi badan. Ini boleh mengurangkan risiko orang tua daripada terjatuh 4

warga emas berjoging

Fungsi kognitif otak juga akan bertambah baik, sekali gus mengurangkan risiko demensia jika mereka kekal aktif 4

Jadi, apakah aktiviti untuk warga emas yang bermanfaat?

5 aktiviti untuk warga emas

Gaya hidup yang aktif tidak semestinya melibatkan aktiviti-aktiviti berintensiti tinggi seperti berlari, berenang atau mengangkat berat. 

Orang tua anda masih boleh kekal aktif menerusi program kesihatan untuk warga emas yang disesuaikan dengan kemampuan tubuh mereka. 

Antara aktiviti untuk warga emas yang boleh mereka sertai ialah:

#1. Senaman ringan

Senaman ringan seperti berjalan kaki atau regangan badan tidak hanya meningkatkan kekuatan otot dan stamina, tetapi juga memperbaiki keseimbangan dan fleksibiliti. 

Ini penting untuk mencegah risiko terjatuh dan cedera yang biasa berlaku dalam kalangan orang tua. 

Namun, senaman ringan sahaja tidak mencukupi. Pengambilan makanan  seperti minum susu berprotein tinggi boleh membantu menyokong perkembangan dan pemulihan otot. 

Kesannya, warga emas berkemampuan melakukan senaman ringan dengan lebih efektif. 

Walau bagaimanapun, senaman yang dilakukan mestilah mengikut kemampuan dan tidak secara berlebihan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

senaman untuk warga emas

#2. Aktiviti untuk warga emas: Menanam sayur atau bunga

Berkebun boleh berfungsi sebagai satu terapi fizikal dan mental. 

Kajian ada menyatakan, aktiviti berkebun membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan fizikal dan psikologi warga emas 5

Proses menanam dan menjaga tumbuhan boleh meningkatkan kekuatan dan ketangkasan tangan selain motor halus mereka 5 6

Selain itu, melihat keindahan taman bunga atau menuai sayur segar dari kebun sendiri boleh memberikan kepuasan dan kebahagiaan.

#3. Aktiviti seni atau kraf

aktiviti kraftangan

Aktiviti seni seperti mewarna, menjahit, atau membuat kraftangan bukan sahaja merangsang otak dan meningkatkan kreativiti, tetapi juga memberikan peluang kepada orang tua mengekspresikan diri mereka.

Ini membantu warga emas berasa lebih berhubung dengan diri mereka sendiri. 

Mereka juga akan berhubung dengan komuniti di sekitar apabila aktiviti untuk warga emas ini dilakukan secara bersama-sama dengan rakan seusia mereka.

Selain itu, melibatkan diri dalam kraftangan juga dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan selain ketajaman visual dalam kalangan warga tua 7.

Pengambilan makanan seperti susu yang kaya dengan vitamin A boleh membantu menyokong perkara ini. Vitamin A memberikan khasiat yang amat penting untuk fungsi mata.

#4. Bersosial atau terlibat dengan aktiviti komuniti

Menyertai kelab atau kumpulan komuniti membolehkan warga emas untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman sesama ahli. 

Ini boleh meningkatkan kesihatan sosial mereka. Interaksi sosial seperti ini sangat penting untuk kesejahteraan emosi dan mental, seperti mengurangkan rasa kesepian atau pengasingan.

#5. Aktiviti untuk warga emas: Bermain permainan tradisional

Bermain permainan tradisional seperti congkak dan dam bukan sahaja menggalakkan stimulasi mental tetapi juga memperkuatkan ikatan sosial. 

Permainan seperti ini melibatkan strategi dan konsentrasi otak. Ia sangat baik untuk menjaga ketajaman mental orang tua 8

Aktiviti untuk warga emas seperti sukaneka juga boleh membantu fizikal dan mental mereka.

Nutrien penting agar warga emas boleh aktif beraktiviti

Dalam memastikan kesihatan keseluruhan warga emas terpelihara, diet seimbang adalah sangat penting bagi membekalkan mereka dengan khasiat yang diperlukan setiap hari. 

Apatah lagi ketika melakukan sebarang aktiviti untuk warga emas

Antara nutrien penting bagi warga emas adalah seperti kalsium dan vitamin D yang boleh didapati daripada susu. 

Selain itu, mereka juga memerlukan protein yang biasanya terdapat dalam makanan seperti ikan dan juga ayam. 

Warga emas juga perlu mengambil zat besi yang banyak terdapat dalam makanan seperti daging, ikan, sayuran berdaun hijau dan kekacang. 

Walau bagaimanapun, mungkin sukar bagi warga emas untuk memastikan diet harian adalah seimbang setiap hari. 

Namun, anda tidak perlu runsing kerana keperluan nutrisi warga emas ini boleh dilengkapi dengan pengambilan susu seperti Anlene Total 10 sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Susu ini dilengkapi dengan 28 jenis ramuan bermanfaat untuk kesihatan warga emas. 

Antaranya:

  • Kalsium dan vitamin D: Membantu menyokong kepadatan dan kekuatan tulang 9. Ini penting untuk menyokong mobiliti tubuh untuk bergerak bebas dan penuh keyakinan dengan risiko kecederaan yang minimum. Dua gelas susu Anlene Total 10 membantu memenuhi 100%* kalsium dan vitamin D yang diperlukan sehari. (*berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium dan vitamin D, wanita berusia 51 – 65 tahun)  
  • Tinggi protein: Susu Anlene Total 10 juga mengandungi protein tinggi (daripada whey, kasein dan soya). Protein penting untuk menyokong perkembangan dan kekuatan otot badan 10
  • Kolagen dan vitamin C: Kedua-duanya adalah kombinasi penting untuk menyokong sendi yang sihat 11 12. Kesihatan sendi yang baik membolehkan warga emas bergerak dengan lebih selesa, sekali gus berkemampuan menjalani aktiviti harian dengan mudah tanpa kesakitan
  • Vitamin B2, B6 dan B12: Vitamin ini membantu dalam proses penghasilan tenaga badan 13. Ia penting untuk kekal aktif dan bertenaga
  • Zat besi dan zink: Gabungan kedua-dua mineral penting ini membantu dalam menyokong  sistem imun 14 15. Sistem imun yang baik adalah penting dalam melindungi mereka daripada jangkitan penyakit ketika beraktiviti
  • Kurang laktosa dan tiada penambahan sukrosa: Pilihan susu yang lebih mudah dihadam untuk warga emas, khususnya yang mengalami intoleransi laktosa

Kami menyarankan pengambilan susu Anlene | Jenama susu dewasa No.1 yang disyorkan oleh profesional kesihatan 16

BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

Kesimpulan

Galakkan orang tua anda melakukan rutin gaya hidup sihat seperti aktiviti untuk warga emas yang dicadangkan di atas. 

Anda tidak perlu bimbang kerana susu Anlene Total 10 boleh membantu melengkapkan nutrisi harian yang diperlukan oleh warga emas setiap hari. 

Anlene Total 10 lebih daripada sekadar susu. Ia adalah teman setia yang menyokong warga emas menjalani hari-hari mereka dengan penuh semangat, kekuatan, dan kesihatan. 

Dengan nutrisi yang pelbagai dan seimbang, setiap cawan Anlene Total 10 membantu menuju usia emas yang berkualiti, penuh kebahagiaan dan kesejahteraan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How much physical activity do older adults need?. https://www.cdc.gov/physicalactivity/basics/older_adults/index.htm#:~:text=It%20can%20prevent%20or%20delay,without%20becoming%20dependent%20on%20others. Diakses pada Oktober 23, 2023. 
  2. Osteoarthritis vs Osteoporosis: What Are the Differences?. https://www.ncoa.org/article/osteoarthritis-vs-osteoporosis-what-are-the-differences. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  3. Sarcopenia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/23167-sarcopenia. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  4. 5 Benefits of Exercise for Seniors and Aging Adults. https://thegreenfields.org/5-benefits-exercise-seniors-aging-adults/. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  5. Park, S., Lee, A., Son, K., Lee, W., & Kim, D. (2016). Gardening Intervention for Physical and Psychological Health Benefits in Elderly Women at Community Centers. Horttechnology, 26, 474-483. https://doi.org/10.21273/HORTTECH.26.4.474. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  6. Park, S., Shoemaker, C. A., & Haub, M. D. (2009). Physical and Psychological Health Conditions of Older Adults Classified as Gardeners or Nongardeners. HortScience horts, 44(1), 206-210. Retrieved Oct 31, 2023, from https://doi.org/10.21273/HORTSCI.44.1.206. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  7. Creative Arts and Aging: The Benefits of Art Therapy. https://friendshipcenters.org/creative-arts-and-aging-the-benefits-of-art-therapy/. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  8. Playing Traditional Games Protects Your Thinking Skills As You Age, Says New 68-Year Study. https://www.goodnewsnetwork.org/playing-traditional-games-protects-your-thinking-skills/. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  9. O’Brien, K. (2009). Combined calcium and vitamin D supplementation reduces bone loss and fracture incidence in older men and women.. Nutrition reviews, 56 5 Pt 1, 148-50. https://doi.org/10.1111/J.1753-4887.1998.TB01740.X. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  10. Bauer, J., & Diekmann, R. (2015). Protein supplementation with aging. Current Opinion in Clinical Nutrition and Metabolic Care, 18, 24–31. https://doi.org/10.1097/MCO.0000000000000124. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  11. Kumar, S., Sugihara, F., Suzuki, K., Inoue, N., & Venkateswarathirukumara, S. (2015). A double-blind, placebo-controlled, randomised, clinical study on the effectiveness of collagen peptide on osteoarthritis.. Journal of the science of food and agriculture, 95 4, 702-7. https://doi.org/10.1002/jsfa.6752. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  12. Colletti, A., & Cicero, A. F. G. (2021). Nutraceutical Approach to Chronic Osteoarthritis: From Molecular Research to Clinical Evidence. International journal of molecular sciences, 22(23), 12920. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8658017/.  Diakses pada November 2, 2023.
  13. Vitamin B. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/vitamin-b. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  14. Li, G., Pone, E., Tran, D., Patel, P., Dao, L., Xu, Z., & Casali, P. (2012). Iron Inhibits Activation-induced Cytidine Deaminase Enzymatic Activity and Modulates Immunoglobulin Class Switch DNA Recombination*. The Journal of Biological Chemistry, 287, 21520 – 21529. https://doi.org/10.1074/jbc.M112.366732. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  15. Prasad, A. (2020). Lessons Learned from Experimental Human Model of Zinc Deficiency. Journal of Immunology Research, 2020. https://doi.org/10.1155/2020/9207279. Diakses pada Oktober 23, 2023.
  16. Tinjauan IQVIA dalam kalangan 225 profesional kesihatan (doktor, pakar bedah ortopedik, pakar diet dan pakar pemakanan) di negara-negara Asia Tenggara terpilih bermula 15 Disember 2022 hingga 31 Mac 2023 (Sumber: Anlene Client Brief). Diakses pada Oktober 23, 2023.

Versi Terbaru

24/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pastikan 5 Perkara Ini Sebelum Anda Beli Susu Untuk Orang Tua!

5 Rutin Ini Bantu Kurangkan Risiko Tulang Patah & Reput, Jom Amalkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan