Adakah anda tahu bahawa tahap tekanan atau stres dan diet anda sebenarnya amat berkait rapat?
Apabila warga emas berasa letih dengan pelbagai aktiviti atau perkara, mereka mungkin cenderung untuk mengambil snek yang kurang sihat untuk menenangkan diri mereka.
Jika ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda memberikan mereka pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan sebagai jenis snek sihat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan penting dalam pemakanan yang sihat.
Anda juga boleh menambahkan kandungan ikan sebagai salah satu sumber protein sihat untuk otak warga emas.
Ikan dengan kadar asid lemak omega-3 yang tinggi sebenarnya dapat mengurangkan gejala atau simptom stres yang dialami.
Pengurusan stres 3: Dengarkan muzik atau lagu kepada mereka
Sekiranya anda mendapati datuk dan nenek anda mengalami stres, minta mereka duduk, berehat dan mendengar muzik.
Mendengar muzik yang menenangkan dapat mengurangkan tahap kortisol, iaitu sejenis hormon yang sering dikaitkan dengan berlakunya stres pada diri.
Selain itu, mendengar muzik juga dapat menurunkan tekanan darah.
Cuba pasangkan mereka dengan bunyian suara alam yang menenangkan seperti gelombang laut atau bunyi kicauan burung.
Minta mereka pejamkan mata, berehat dan anggap bahawa mereka sedang duduk bersantai di pantai, menikmati hari persaraan mereka.
Pengurusan stres 4: Bermain dengan haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan boleh memberikan keselesaan yang menenangkan kepada pemiliknya.
Ini kerana haiwan peliharaan sangat menyeronokkan, selain menjadi peneman yang penyayang yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan mental.
Sekiranya datuk dan nenek anda belum pernah memiliki haiwan peliharaan, pertimbangkan untuk mendapatkan jenis haiwan peliharaan yang sesuai untuk mereka seperti kucing.
Bermain bersama haiwan peliharaan boleh menjadi salah satu daripada kaedah terapi bagi mengurangkan stres dalam kalangan warga emas.
Pengurusan stres 5: Mengajak mereka bersenam
Selain daripada memberikan faedah kepada paru-paru, kepadatan tulang dan kepanjangan umur, aktiviti senaman juga mempunyai kesan yang amat positif terhadap kesihatan otak.
Senaman yang dilakukan dapat membantu mengurangkan tahap stres seseorang individu tersebut terutamanya terhadap warga emas.
Satu kajian yang dilakukan di University of Illinois dengan jelas menunjukkan bagaimana senaman aerobik yang sederhana tetapi kerap dilakukan dapat meningkatkan kesihatan kognitif kita secara keseluruhan.
Warga emas yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah berjalan selama 40 minit tiga hari seminggu selama satu tahun.
Pada tahun itu sahaja, para peserta kajian dapat melihat peningkatan sebanyak 2% ukuran hippocampus mereka.
Hippocampus adalah kawasan otak yang terlibat dalam ingatan dan pembelajaran.
Sebaliknya, warga emas yang tidak bersenam akan mempunyai penurunan saiz hippocampus mereka sebanyak 1 hingga 2% setiap tahun.
Kesimpulan
Jika anda lihat bahawa datuk atau nenek anda sedang berada dalam keadaan tertekan atau stres, ajak mereka untuk lakukan salah satu daripada perkara yang telah dinyatakan di atas ini.
Cara mengawal stres yang dicadangkan ini sedikit sebanyak boleh memberikan kesan positif terhadap datuk dan nenek anda dalam mengawal stres yang dialami.
Kongsikan cara mengawal stres untuk warga emas ini kepada rakan atau ahli keluarga yang lain sekiranya anda rasa ia amat bermanfaat untuk kesihatan mental datuk dan nenek mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen