home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Mengenai Kesakitan (Bahagian 1)

Mengenai Kesakitan (Bahagian 1)

Kesakitan adalah sesuatu yang sangat kompleks dan emosional.

Kadangkala, apa yang menyakitkan buat individu, hanya mendatangkan ketidakselesaan kepada individu lain. Tindak balas ini juga boleh berubah-ubah mengikut konteks dan situasi.

Ia tidak dapat dielakkan dan sebenarnya diperlukan dalam aspek kehidupan kita. Dalam erti kata yang lain, kesakitan adalah satu bentuk ukuran yang menjadi indikator badan anda sedang berada dalam bahaya. Sebagai contoh:

  • Anda secara tidak sengaja tersentuh periuk panas tanpa sebarang lapik (anda akan segera menarik tangan anda untuk mengelakkan mudarat yang lain).
  • Anda merasai sakit ketika tulang anda patah (anda secara automatik tidak akan menggerakkan bahagian itu untuk mengelakkan mudarat yang lain)

Ini merupakan contoh mengapa kita memerlukan rasa sakit. Namun begitu, kesakitan ini diharapkan tidak kerap berlaku dan jika berlaku sekalipun, ia hanyalah buat sementara waktu sahaja.

Jika kesakitan itu berlanjutan lama, ia boleh menjejaskan kehidupan dan aktiviti seharian kita. Ia juga boleh mengganggu dan menghantui kita sehingga tahap individu sanggup berbuat apa sahaja untuk menghentikannya.

Salah satu cara terbaik untuk mengatasi atau mencegah rasa sakit adalah menguatkan badan anda agar menjadi lebih stabil, meningkatkan mobiliti agar anda lebih mudah bergerak serta meningkatkan sistem kawalan motor dan tindak balas badan agar sistem saraf anda mampu mengawal sebarang tindak balas kesakitan. Gabungan kesemua aspek ini akan menjadikan badan anda lebih kuat dalam menghadapi rasa sakit.

Kurses ‘Element’ kami akan membantu anda membina ketiga-tiga aspek ini untuk mendapatkan asas melawan kesakitan yang kukuh.

Anda mungkin boleh meluangkan masa bertahun-tahun mempelajari mengenai kesakitan yang sangat kompleks dan bagaimana ia akan menjejaskan badan kita, namun artikel ini akan memberi ringkasan dan pengenalan yang jelas mengenai asas dan nasihat yang anda boleh gunakan untuk melawan kesakitan.

Apakah itu kesakitan? Perbezaan antara kesakitan akut dan kronik

Kita semua pasti pernah merasai pelbagai jenis rasa sakit pada suatu ketika dalam kehidupan dan anda pasti tahu perbezaan di antara tersandung ibu jari kaki dengan rasa sakit pada belakang badan yang tidak akan hilang dengan mudah.

Berikut merupakan apa yang anda perlu tahu mengenai perbezaan jenis kesakitan ini.

Kesakitan akut

Kesakitan akut ini tidak akan kekal lama dan anda kebiasaannya tahu akan puncanya. Situasi tersentuh periuk panas dan patah tulang merupakan antara contoh kesakitan akut. Ia akan berlaku dan mendatangkan kesan dengan sangat cepat. Selain itu, ia juga akan menghantar amaran mengenai kerosakan tisu badan kepada otak melalui saraf.

Dipukul, terjatuh atau sebarang perbuatan terhadap badan anda akan mendatangkan rasa sakit. Kita semua mengetahuinya kerana ia berlaku pada setiap masa.

Artikel ini tidak akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kesakitan akut kerana ia kebiasaannya akan sembuh sendiri dan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian dalam aktiviti seharian. Sebagai contoh, jika anda berasa tidak selesa pada belakang badan anda selepas melakukan aktiviti, anda mungkin hanya memerlukan rehat yang mencukupi untuk membiarkannya sembuh sendiri.

Satu perkara yang menarik mengenai kesakitan akut adalah bagaimana sistem saraf pusat memproses kesakitan dalam senario yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, jika anda terjatuh dan terluka ketika sedang berjoging sambil mendengar muzik, anda mungkin tidak akan perasan bahawa anda tercedera sehinggalah anda habis melakukan aktiviti itu.

Dalam situasi yang lain, jika anda sedang melakukan kerja di pejabat dan mengalami luka akibat bucu kertas, anda akan merasai kesakitannya dengan serta-merta.

Kesakitan adalah sejenis mesej yang dihantar kepada anda daripada sistem saraf pusat dan ia boleh berubah-ubah mengikut pelbagai jenis faktor. Bergantung kepada situasi, sejarah dan pelbagai perkara yang pernah atau sedang beraku dalam hidup anda, mesej mengenai kesakitan ini akan ditafsir secara berbeza.

Kesakitan kronik

Kesakitan yang berlanjutan seperti ‘tennis elbow’ memerlukan lebih perhatian yang rapi.

Kesakitan kronik kebanyakannya adalah rumit untuk difahami, berlanjutan sehingga melebihi 12 minggu, kompleks dan tanpa penyelesaian yang mudah.

Kesakitan jenis ini banyak dihadapi oleh individu terutamanya pada bahagian belakang, leher dan pelbagai lagi kesakitan yang ekstrem. Ada di antara mereka dapat menyelesaikannya dengan cepat dan ada juga yang memakan masa bertahun-tahun setelah melalui pelbagai jenis rawatan.

Tempoh masa 12 minggu digunakan sebagai indikator kerana ia adalah tempoh pemulihan sebarang kesakitan yang normal dan selepas tamat tempoh itu, rasa sakit itu sepatutnya sembuh sendiri. Namun begitu , proses ini selalunya tidak akan berlaku secara tepat dan betul buat kebanyakan individu.

Kebanyakan rasa sakit akan berlanjutan lebih lama berbanding tempoh ini walaupun ujian x-ray atau apa-apa imbasan menunjukkan tisu badan telah pulih sepenuhnya. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana ia merupakan tempoh pemulihan secara semulajadi dan ia sememangnya akan memakan masa untuk kembali pulih seperti sediakala.

Disebabkan itu, artikel ini akan menjelaskan mengenai kesakitan dengan lebih lanjut dan seterusnya membantu anda jika anda sendiri berada dalam situasi seperti yang digambarkan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Morteza Tafakory Disemak pada 03/12/2019
x