Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Kontraktur Dupuytren adalah penyakit yang menyebabkan nodul, atau knot, untuk terjadi di bawah kulit jari dan telapak tangan anda. Hal ini boleh menyebabkan jari anda menjadi terperangkap di tempatnya. Ia biasanya menjejaskan jari manis dan jari kelingking serta menyebabkan sendi proksimal dan pertengahan, iaitu yang paling dekat dengan tapak tangan anda, menjadi bengkok dan sukar untuk diluruskan. Rawatan keadaan ini berbeza bergantung kepada keparahan nodul tersebut.
Sekiranya anda berumur antara 40 hingga 60 tahun, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi Kontraktur Dupuytren Tenosynovitis berbanding dengan kumpulan umur yang lain. Keadaan ini lebih biasa berlaku pada lelaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Adalah didapati bahawa Kontraktur Dupuytren biasanya berlaku dengan perlahan, selama bertahun-tahun. Keadaan ini biasanya bermula sebagai penebalan kulit di telapak tangan anda. Apabila ia berlaku, kulit di telapak tangan anda mungkin kelihatan berkerut atau terungkap. Sekumpulan tisu yang pejal boleh terbentuk di telapak tangan anda. Bonjolan ini mungkin sensitif terhadap sentuhan tetapi biasanya tidak menyakitkan. Di peringkat Kontraktur Dupuytren yang seterusnya, tali kord tisu terbentuk di bawah kulit di telapak tangan dan boleh merebak ke jari anda. Apabila tali ini menjadi ketat, jari anda mungkin ditarik ke arah telapak tangan anda, kadang-kadang dengan teruk.
Jari manis dan kelingking adalah yang paling kerap terkena, walaupun jari tengah juga boleh terlibat. Hanya ibu jari dan jari telunjuk yang jarang terjejas. Kontraktur Dupuytren boleh berlaku di kedua-dua tangan, walaupun sebelah tangan biasanya terkena lebih teruk.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Sehingga sekarang para doktor tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan Kontraktur Dupuytren. Tiada bukti bahawa kecederaan tangan atau pekerjaan yang melibatkan getaran pada tangan menyebabkan keadaan ini.
Walaupun punca penyakit ini masih belum diketahui, risiko anda untuk mendapat keadaan ini meningkat jika anda:
Anda harus mengambil perhatian bahawa penggunaan tangan yang terlalu banyak, seperti bekerja dalam pekerjaan yang memerlukan gerakan tangan berulang, dan kecederaan tangan tidak meningkatkan risiko anda untuk menyebabkan keadaan ini.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disyorkan oleh doktor anda. Dalam kebanyakan kes, doktor boleh mendiagnosis Kontraktur Dupuytren dengan melihat keadaan dan memeriksa tangan anda. Doktor anda akan membandingkan kedua-dua tangan anda antara satu sama lain dan menyemak kerutan pada kulit telapak tangan anda. Doktor juga akan menekan pada bahagian tangan dan jari anda untuk memeriksa knot yang tebal atau band tisu.
Doktor anda juga mungkin akan menyemak untuk melihat sama ada anda boleh meletakkan tangan anda dengan rata di atas meja atau permukaan rata yang lain. Kegagalan untuk meratakan jari anda sepenuhnya menunjukkan bahawa anda mempunyai Kontraktur Dupuytren.
Malangnya, tiada ubat untuk Kontraktur Dupuytren, tetapi ada rawatan yang tersedia. Anda mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan sehinggalah anda tidak berupaya lagi menggunakan tangan anda untuk tugas harian. Rawatan bukan surgikal boleh didapati, termasuk suntikan steroid, yang boleh menghalang perkembangan kontraktur, dan pensplinan.
Dalam beberapa kes yang lebih teruk, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan. Rawatan pembedahan melibatkan memutuskan kord yang menarik jari-jari anda. Rawatan terbaik ditentukan dengan keterukan keadaan anda :
Needling
Needling melibatkan penggunaan jarum untuk memutuskan tali kord. Kontraktur sering kembali, tetapi prosedur itu boleh diulang.
Kelebihannya ialah penggunaan jarum boleh dilakukan beberapa kali dan ia mempunyai masa pemulihan yang sangat singkat. Manakala, kelemahannya ialah ia tidak boleh digunakan pada setiap kontraktur kerana jarum boleh merosakkan saraf berdekatan.
Suntikan Enzim
Xiaflex, suntikan kolagenase, akan melemahkan kord. Doktor anda akan memanipulasi tangan anda untuk memutuskankan kord pada hari selepas suntikan diberikan. Ini adalah prosedur pesakit luar dengan masa pemulihan yang singkat.
Kelemahannya pua adalah ia hanya boleh digunakan pada satu sendi setiap kali dan ada kemungkinan untuk keadaan ini berulang. Jarak antara rawatan itu mestilah sekurang-kurangnya satu bulan.
Pembedahan
Pembedahan membuang tisu kord, tetapi ia mungkin perlu dilakukan pada peringkat kemudian apabila tisu kord dapat dikesan. Sekali-sekala, adalah sukar untuk mengeluarkan kord tanpa membuang lapisan kulit.
Kelemahan pembedahan adalah bahawa ia mempunyai tempoh pemulihan yang panjang dan memerlukan terapi fizikal untuk mengembalikan gerakan dan fungsi tangan sepenuhnya. Jarang sekali, tisu kulit juga boleh dikeluarkan semasa pembedahan, yang memerlukan graf kulit untuk menutupi kawasan tersebut.
Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi keadaan ini:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Dupuytren’s contracture. http://www.healthline.com/health/dupuytrens-contracture#Symptoms2. Accessed February 7, 2017.
Dupuytren’s contracture. http://www.webmd.com/a-to-z-guides/features/dupuytrens-contracture-causes#1. Accessed February 7, 2017.
Dupuytren’s contracture. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dupuytrens-contracture/basics/lifestyle-home-remedies/con-20024378 . Accessed February 7, 2017.