backup og meta

Risau Akan Risiko Sakit Jantung? Elakkan 7 Makanan Ini Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 02/02/2023

    Risau Akan Risiko Sakit Jantung? Elakkan 7 Makanan Ini Untuk Atasinya

    Jika anak anda didiagnosis dengan penyakit jantung berlubang, anda perlu mematuhi arahan doktor dan tidak memberikan makanan yang dilarang untuk penyakit jantung.

    Secara amnya, makanan yang baik untuk jantung boleh memberikan kebaikan kepada mana-mana masalah kesihatan yang berkait dengan organ tersebut.

    Perkara yang merunsingkan berkaitan dengan penyakit jantung berlubang adalah penghidap kebiasaannya merupakan kanak-kanak yang masih memerlukan khasiat makanan optimum untuk membesar.

    Situasi ini agak mencabar bagi ibu bapa berikutan mereka perlu mengenal pasti jenis makanan yang dilarang untuk penyakit jantung.

    Perkara yang sama boleh berlaku kepada orang dewasa yang didiagnosis dengan penyakit jantung berlubang dan masalah jantung lain.

    Baca artikel ini untuk mengetahui makanan yang dilarang untuk penyakit jantung secara umumnya dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.

    #1 Makanan 3 serangkai; gula, garam dan lemak

    Lemak bukanlah satu-satunya sumber nutrien yang boleh menyebabkan penyakit jantung menjadi semakin teruk.

    Gula dan garam juga boleh menyebabkan perubahan fisiologi di dalam badan manusia sehingga meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok dan masalah jantung.

    Salah satu cara yang berkesan untuk mengawal penggunaan gula dan garam dalam makanan adalah dengan memasak sendiri di rumah.

    Jadi, adalah lebih baik jika anda boleh memberikan perhatian kepada tabiat pemakanan secara menyeluruh untuk menjaga kesihatan jantung.

    #2 Bakon, makanan berunsurkan babi yang mengancam kesihatan jantung

    makanan yang dilarang untuk penyakit jantung

    Walaupun terdapat pelbagai jenis bakon (ayam turki, daging lembu dan sebagainya) bakon sebenar diperbuat daripada babi yang telah diawet.

    Lebih separuh daripada jumlah kalori yang dibekalkan oleh bakon berasal daripada lemak tepu. 

    Ini bermakna paras kolesterol ‘jahat’ atau lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) boleh meningkat menyebabkan anda lebih berisiko untuk mendapat serangan jantung.

    Tambahan pula, proses penyediaan bakon, kebiasaannya melibatkan penggunaan garam yang banyak. 

    Perkara ini boleh mengakibatkan tekanan darah anda meningkat dan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat.

    Kesan daripada perubahan fisiologi tersebut, masalah kesihatan seperti strok, penyakit jantung dan kegagalan jantung boleh dialami.

    #3 Daging merah, punca masalah kesihatan kronik termasuklah jantung

    Pengambilan daging lembu, kambing dan babi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

    Ia bukan sahaja berkait dengan pengambilan makanan secara berlebihan. Daging tersebut juga tinggi dengan kandungan lemak tepu yang boleh meningkatkan paras kolesterol di dalam darah.

    Jika anda merupakan seorang yang gemarkan daging, hadkan jumlah pengambilan harian. Anda juga boleh cuba daging rendah lemak yang kini banyak dijual di pasaran.

    #4 Minuman bergas, tinggi gula

    Walaupun ia tidak dikategorikan sebagai makanan, namun tidak sah kalau minuman bergas tidak disebut sekali dalam senarai perkara yang perlu dihindarkan.

    Pengambilan air bergula dalam kuantiti yang sedikit tidak akan menyebabkan masalah kesihatan. Namun, jarang kita hanya menghirup sedikit minuman bergas.

    Mereka yang kerap mengambil minuman ini lebih berisiko untuk mengalami masalah obesiti yang turut berkait dengan penyakit jantung.

    #5 Biskut, tinggi lemak dan gula

    makanan yang dilarang untuk penyakit jantung

    Tidak salah untuk kita makan biskut, kek dan muffin sekali-sekala terutamanya jika anda sedang berpuasa gula untuk menurunkan berat badan.

    Pengambilan makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan yang berkait rapat dengan peningkatan berat badan.

    Bukan sahaja gula, bahan makanan seperti kek dan biskut mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

    Jika anda ingin membuat biskut atau kek, pastikan anda mengawal jumlah gula yang digunakan.

    #6 Pengambilan makanan ruji seperti nasi, roti dan seumpama perlu dikawal

    Makanan seperti nasi putih, roti putih dan pasta tidak mempunyai kandungan serat yang tinggi. 

    Ini bermakna, gula yang dihasilkan melalui proses pencernaan akan diserap masuk ke dalam salur dalam pada kadar yang sangat cepat.

    Lebihan gula yang tidak digunakan akan ditukarkan kepada sel lemak untuk disimpan

    Kajian menunjukkan individu yang banyak mengambil makanan seumpama ini mudah untuk mengalami masalah perut buncit.

    Situasi ini seterusnya meningkatkan risiko masalah kencing manis dan penyakit jantung. 

    #7  Makanan segera, pantas dan mudah tetapi membunuh

    Makanan segera sering menjadi pilihan ramai  terutamanya bagi mereka yang bekerja berikutan ia mudah dan cepat.

    Makanan seperti piza, ayam goreng Kentucky dan burger McDonald bukan sahaja kaya dengan kalori dan lemak, ia juga mengandungi garam yang tinggi.

    Jika diambil secara kerap, risiko untuk mengalami masalah kronik seperti penyakit jantung meningkat.

    Tiada masalah jika anda hendak makan makanan segera sekali-sekala. Cuma hadkan pengambilannya.

    Konklusi

    Makanan yang tersenarai di atas perlu dielakkan terutamanya jika anda mengalami masalah jantung.

    Bukan sahaja ia boleh meningkatkan risiko penyakit malah kadar mortaliti boleh jadi tinggi jika ia tidak diuruskan dengan betul.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan, ajukan kepada pakar pemakanan atau doktor perubatan bertauliah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 02/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan