backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Takut Terkena Sakit Jantung? Lebih Baik Cegah Sebelum Terlambat! Ikuti 7 Tip Mudah Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/09/2022

    Takut Terkena Sakit Jantung? Lebih Baik Cegah Sebelum Terlambat! Ikuti 7 Tip Mudah Ini

    Penyakit jantung merupakan sesuatu yang serius dan boleh merubah hidup sesiapa sahaja yang menghadapinya. Tetapi, tahukah anda, ada banyak cara mencegah penyakit jantung berbanding merawat?

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.

    Cara mencegah penyakit jantung

    Dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat, anda boleh memastikan tekanan darah, tahap kolesterol dan kadar gula dalam darah kekal normal untuk merendahkan risiko sakit jantung pada masa hadapan.

    Walaupun penyakit jantung merupakan punca nombor 1 kematian di seluruh dunia, itu bukan bermaksud penyakit ini tidak boleh dihalang. Malah, cara untuk merawat sakit jantung juga banyak tersedia.

    Jika anda inginkan jantung yang lebih sihat, jom ikuti 7 tip dan cara mencegah penyakit jantung yang kami sediakan di bawah!

    1. Jangan merokok atau menggunakan produk tembakau

    Buat penghisap rokok, berhenti merokok merupakan perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk kesihatan anda.

    Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mereka secara tidak sedar turut membahayakan nyawa insan yang mereka sayang jika kekal merokok.

    Amalan merokok merupakan faktor utama pembentukan aterosklerosis. Malah, kebanyakan penyakit jantung yang berlaku kepada mereka yang berumur bawah 50 tahun adalah disebabkan amalan merokok.

    2. Bersenam untuk cegah penyakit jantung

    Gabungan senaman dan diet yang sihat merupakan cara terbaik untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

    Seperti yang ramai sedia maklum, berat badan yang sihat akan mengurangkan risiko anda untuk mengalami penyakit jantung.

    Untuk orang dewasa, CDC mencadangkan agar anda melakukan senaman berintensiti sederhana seperti berbasikal dan berjalan setiap minggu. Kanak-kanak pula perlukan senaman sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari.

    3. Makan secara sihat

    cara mencegah penyakit jantung

    Mengamalkan pemakanan yang sihat merupakan satu cara mencegah penyakit jantung.

    Ambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan protein daripada sumber tumbuhan untuk memperbaiki tekanan darah dan kadar kolesterol dalam badan.

    Selain itu, elakkan pengambilan terlalu banyak gula di dalam diet anda.

    Gula boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap diabetes yang terbukti turut sama membuatkan anda lebih berkemungkinan untuk menghidap penyakit jantung.

    4. Kekalkan berat badan yang sihat

    Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, lebih-lebih lagi yang mempunyai perut buncit lebih berisiko untuk mengalami sakit jantung.

    Malah, bukan itu sahaja, berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan anda lebih berisiko untuk menghidap hipertensi, kolesterol tinggi dan diabetes jenis 2.

    Cara yang terbaik untuk menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang sihat ataupun tidak adalah dengan menggunakan kalkulator BMI.

    Klik pautan di bawah untuk kira BMI anda.

    [health_tool_article id=”32121″]

    5. Dapatkan tidur yang mencukupi

    Jangan ingat tidur yang sedikit itu bagus untuk anda!

    Sebenarnya, mereka yang tidak cukup tidur amat berisiko untuk mengalami obesiti, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes dan depresi.

    Oleh sebab itu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari. Jika boleh, pastikan ia merupakan salah satu keutamaan anda setiap hari. Ini merupakan salah satu cara mencegah penyakit jantung yang paling senang. 

    6. Cara mencegah penyakit jantung dengan mengurangkan stres

    Ramai orang tidak dapat menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sihat ketika stres.

    Sebagai contoh, ramai yang rasa normal jika mereka minum kopi berkali-kali sehari atau makan makanan segera dengan alasan ingin melegakan stres.

    Cuba cara alternatif yang lebih sihat untuk mengawal tekanan yang anda alami. Sebagai contoh, anda boleh cuba bersenam atau lakukan meditasi.

    7. Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap

    cara mencegah penyakit jantung

    Semua orang tahu bahawa kondisi seperti hipertensi dan kolesterol tinggi boleh mendatangkan penyakit jantung.

    Walau bagaimanapun, anda tidak akan tahu anda menghidap kondisi ini tanpa melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan.

    Oleh sebab itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan sekerap mungkin, lebih-lebih lagi jika anda tergolong dalam kumpulan berisiko.

    Kesimpulan

    cara mencegah penyakit jantung

    Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat. Malah, cara untuk mencegah sakit jantung juga lebih mudah berbanding dengan merawat.

    Jika anda mempunyai kondisi seperti kolesterol tinggi atau diabetes, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan dan mencadangkan agar anda melakukan perubahan dari segi gaya hidup.

    Oleh sebab itu, pastikan anda mengambil ubat yang diberikan oleh doktor mengikut jadual. Selain itu, jangan abaikan nasihat doktor jika mereka meminta anda untuk menjalani hidup yang lebih sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan