Apa yang berlaku pada kadar degupan jantung jika kena serangan jantung ya? Adakah denyutan akan meningkat atau tetap sama?
Umumnya, semasa seseorang mengalami sakit jantung, ia melibatkan sekatan atau penghentian darah yang mengalir ke jantung.
Denyut jantung individu semasa serangan jantung akan berbeza-beza berdasarkan tahap kesihatan keseluruhan, penggunaan ubat-ubatan dan keadaan perubatan lain.
Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Kena serangan jantung? Ini simptomnya
Terdapat beberapa gejala serangan jantung yang perlu diperhatikan, termasuklah:
- Ketidakselesaan pada bahagian tubuh berbeza, seperti pada 1 atau kedua-dua lengan, leher, punggung atau perut
- Tekanan atau rasa sesak dada
- Ketidakselesaan dada atau kesukaran bernafas
- Pening kepala
- Loya
- Peluh sejuk
Simptom yang dialami adalah berbeza bagi individu lelaki ataupun wanita. Namun terdapat kemungkinan gejala biasa terjadi adalah sesak atau sakit dada.
Wanita yang kena serangan jantung lebih cenderung mengalami beberapa gejala atipikal lain seperti ketidakselesaan seluruh tubuh.
Bagaimana pula dengan degupan jantung?
Apa berlaku kepada jantung?
Individu akan kena serangan jantung apabila organ tersebut kehilangan semua atau sebahagian aliran darah.
Darah yang mengalir ke jantung membekalkan oksigen. Tanpa oksigen, jantung tidak dapat berfungsi dengan normal.
Menurut American Heart Association, jantung menjadi rosak semasa serangan jantung.
Jumlah dan tahap keparahan kerosakan bergantung kepada:
- Jumlah aliran darah ke jantung yang tersekat
- Keperluan oksigen otot jantung
- Kepantasan mendapatkan rawatan
Selepas serangan jantung, organ tersebut akan beransur sembuh. Ada kalanya akan wujud tisu parut pada bahagian yang rosak.
Dalam beberapa kes, jantung akan menjadi lemah secara kekal dan kurang mengepam darah.
Kadar degupan jantung semasa heart attack
Denyutan jantung seseorang boleh meningkat atau tetap sama semasa serangan jantung.
Denyut jantung pada masa rawatan ada kalanya dikatakan dapat meramalkan keberkesanan proses pemulihan.
Degupan jantung yang tinggi tanda serangan jantung?
Denyutan jantung yang tinggi bukanlah tanda serangan jantung yang boleh dipercayai.
Bahkan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) tidak mengiktiraf peningkatan kadar denyutan pada jantung sebagai tanda atau gejala serangan jantung.
Serangan jantung berbeza vs kadar degupan jantung
Pada amnya, terdapat 3 jenis serangan jantung yang mempengaruhi degupan jantung tidak normal secara berlainan.
3 jenis serangan jantung itu adalah:
- ST-segment elevation myocardial infarction (STEMI)
- Mon-ST segment elevation myocardial infarction (NSTEMI)
- Kekejangan arteri koronari
STEMI boleh menjadi bentuk serangan sakit jantung paling teruk.
Kebiasaannya, ia menyebabkan kadar degupan meningkat semasa serangan.
Pun begitu, terdapat jenis STEMI tertentu yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem elektrik jantung dan melambatkan denyutan jantung.
Sakit jantung jenis NSTEMI kurang mengakibatkan kerosakan pada organ jantung, tetapi boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan.
Ada kalanya NSTEMI Jenis II berlaku akibat degupan jantung yang cepat terkesan daripada isu kesihatan seperti demam atau pendarahan, bersama masalah penyumbatan arteri koronari tetap.
Kekejangan arteri koronari berlaku apabila dinding arteri mengetat dan menyekat aliran darah ke jantung. Keadaan ini juga memberi kesan kepada degupan jantung.
Baca juga: