backup og meta

Senarai 29 Jenis Makanan Anda Mesti Ambil @ Elak Lepas Kena Serangan Jantung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2023

    Senarai 29 Jenis Makanan Anda Mesti Ambil @ Elak Lepas Kena Serangan Jantung!

    Selepas mendapatkan rawatan bagi serangan sakit jantung, anda diwajibkan untuk menukar gaya pemakanan. Ini kerana, diet sihat amat penting diamalkan selepas serangan pertama. Apakah jenis makanan sihat untuk jantung?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

    Kenapa perlu tukar kepada makanan sihat untuk jantung?

    Sebelum berlakunya serangan jantung, anda mungkin makan apa sahaja yang anda mahu. Pantang dilihat menyelerakan, pasti anda akan beli. Anda juga makan tanpa had setiap masa.

    Namun, selepas anda mendapatkan rawatan serangan jantung, banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terutamanya soal diet dan pemakanan.

    Selepas serangan sakit jantung berlaku, rawatan yang akan diberikan lebih tertumpu kepada kaedah pencegahan berbanding serangan jantung yang mungkin akan berlaku lagi kelak.

    makanan sihat untuk jantung

    Oleh sebab itu, anda diwajibkan agar menukar diet anda kepada diet makanan sihat untuk organ ini.

    Apa yang anda makan pasti akan memberi kesan kepada fungsi tubuh badan anda termasuklah jantung.

    Jika anda makan makanan yang buruk, maka kesannya kepada jantung pastilah sangat negatif.

    Namun, sekiranya anda makan makanan untuk jantung lemah, semestinya ia baik bagi kelangsungan jantung anda. 

    Senarai makanan sihat untuk jantung

    Berikut adalah senarai beberapa jenis makanan sihat untuk jantung yang boleh anda ikuti.

    • Buah-buahan
    • Sayur-sayuran
    • Daging tanpa kandungan lemak
    • Ayam atau jenis daging burung lain tanpa kulit
    • Kekacang
    • Ikan
    • Bijirin penuh
    • Minyak berasaskan tumbuhan seperti minyak sawit dan minyak zaitun
    • Produk tenusu rendah lemak
    • Telur
    • Sayur atau buah-buahan dalam tin yang tidak mengandungi gula dan garam tambahan
    • Air kosong. Boleh ditambah perahan limau atau potongan timun untuk memberikan sedikit rasa tambahan pada air kosong

    Diet makanan sihat untuk jantung yang boleh diikuti

    Selain jenis makanan, ada juga beberapa jenis pelan diet yang sangat sesuai untuk keperluan jantung anda. Antaranya diet Mediterranean dan diet DASH.

    makanan sihat untuk jantung

    Berikut adalah penerangan ringkas mengenai diet ini.

    Diet Mediterranean

    Diet Mediterranean adalah sejenis pelan pemakanan yang berasaskan makanan tradisional penduduk negara-negara Mediterranean.

    Antara negara-negara Mediterranean ialah seperti Greece, Turki, Syria dan juga Sepanyol.

    Penduduk di kawasan Mediterranean banyak mengambil sayur-sayuran dan minyak zaitun dalam pemakanan mereka.

    Makanan berprotein pula diambil dengan kuantiti yang sederhana sahaja.

    Diet Mediterranean banyak menggunakan minyak tumbuhan berbanding mentega.

    Kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan diet ini mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami serangan jantung. 

    Diet DASH

    Diet DASH adalah sejenis pelan diet yang bertujuan mengawal tekanan darah.

    DASH adalah kependekan bagi istilah ‘Dietary Approaches to Stop Hypertension’ atau pendekatan diet untuk menghentikan hipertensi.

    Diet DASH mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, selain produk tenusu rendah lemak.

    Diet jenis ini juga sangat rendah kandungan lemak tepu dan juga kolesterol.

    Sumber makanan berprotein juga dikawal pengambilannya, namun masih mengutamakan pemakanan yang tinggi kandungan serat, potasium, kalsium dan magnesium.

    Salah satu fokus utama diet DASH adalah mengurangkan pengambilan garam harian.

    Diet DASH sangat sesuai bagi penghidap serangan sakit jantung kerana ia mengawal tekanan darah dan juga kesihatan jantung disebabkan pengurangan pengambilan garam dan kolesterol. 

    Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit jantung

    Secara umumnya, bagi mereka yang baru menjalani rawatan serangan sakit jantung, anda perlu mengelakkan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak yang tidak sihat.

    makanan sihat untuk jantung

    Jika anda tidak begitu pasti apakah jenis makanan yang perlu dielakkan, lihat senarai di bawah ini:

    Buat juga aktiviti lain untuk kesihatan jantung

    Selain makanan, anda juga perlu melakukan aktiviti lain yang boleh membantu menyihatkan jantung anda. Anda tidak boleh bergantung kepada makanan sihat untuk jantung semata-mata.

    Bagi menjaga kesihatan jantung, anda disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam atau berjalan kaki.

    Anda juga boleh berenang kerana ia juga baik untuk kesihatan jantung anda.

    Namun, sebarang aktiviti yang ingin dilakukan, rujuk kepada doktor yang merawat anda terlebih dahulu.

    Doktor akan melihat kesesuaian anda untuk melakukan aktiviti seperti ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan