backup og meta

Bukan Semua Kena Elak, Ada 5 Makanan Tinggi Kolesterol Yang Baik Untuk Jantung!

Bukan Semua Kena Elak, Ada 5 Makanan Tinggi Kolesterol Yang Baik Untuk Jantung!

Makanan yang tinggi kolesterol selalu dikatakan tidak sihat untuk organ jantung. Benarkah? Sebenarnya, anda bukan sahaja kena tahu makanan perlu elak untuk kolesterol malah yang harus ambil juga!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Kolesterol, adakah ia menjejaskan kesihatan?

Mungkin anda beranggapan bahawa makanan yang tinggi kolesterol boleh menjejaskan kesihatan.

Namun maklumat daripada kajian populasi tidak menunjukkan kaitan yang kuat di antara pengambilan makanan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

Walaupun pengambilan kolesterol dalam pemakanan anda boleh mengubah paras kolesterol di dalam badan, namun perubahannya tidak begitu ketara dan bagi kebanyakan individu, perkara ini tidak menjadi satu isu.

Malah, menurut kajian yang diterbitkan oleh Universiti Connecticut pada tahun 2018, 2 per 3 populasi dunia tidak mengalami peningkatan (atau hanya sedikit) pada paras kolesterol di dalam darah walaupun mereka mengambil makanan yang kaya dengan kolesterol.

makanan yang tinggi kolesterol

Ia jelas menunjukkan ketakutan terhadap makanan tinggi kolesterol boleh dianggap sebagai tidak berasas.

Namun, anda juga perlu tahu, bukan semua makanan tinggi kolesterol adalah sihat. Berikut merupakan 5 makanan tinggi kolestrol yang patut anda ambil.

Makanan yang kolesterol tinggi #1. Telur

Telur merupakan salah satu makanan tinggi kolestrol yang sihat. Sebiji telur besar boleh membekalkan 211 mg kolesterol bagi memenuhi 70 peratus keperluan kolesterol harian.

Walaupun jumlah kolesterol yang terkandung di dalam telur ini agak tinggi, tapi ia tidak memberi kesan ketara terhadap paras kolesterol di dalam darah.

Malah pengambilannya sering dikaitkan dengan peningkatan kolesterol baik, lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang baik untuk jantung.

Makanan yang tinggi kolesterol #2. Keju

Ramai yang sangka keju adalah makanan yang tidak elok untuk kesihatan. Hakikatnya ia tidak mempengaruhi peningkatan jumlah kolesterol secara signifikan terutamanya bagi keju berlemak.

Kajian yang melibatkan 162 subjek menunjukkan, pengambilan keju berlemak pada sukatan 80 gram tidak menyebabkan peningkatan pada paras kolesterol jahat, LDL.

Perkara ini dibandingkan dengan keju rendah lemak. Keju juga merupakan sumber kepada pelbagai jenis nutrien mikro penting seperti kalsium, protein, vitamin B dan vitamin A.

#3. Organ dalaman, lebih sihat daripada yang anda sangka

makanan yang kolesterol tinggi

Ramai yang sangka organ dalaman tidak sihat. Hakikatnya, organ seperti jantung ayam mempunyai vitamin B12, zat besi dan zink serta antioksidan.

Ia sememangnya mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Dianggarkan pengambilan 56 gram organ dalam mampu memenuhi 36% keperluan pengambilan kolesterol harian.

Kajian yang dijalankan dalam kalangan 9,000 orang dewasa di Korea menunjukkan pengambilan daging organ pada jumlah yang sederhana boleh merendahkan risiko penyakit jantung.

#4. Sardin, ikan sedap dan kaya dengan kolesterol

Sardin bukan sahaja kaya dengan nutrien yang menyihatkan, ia juga mudah didapati dan sedap dimakan bersama dengan nasi atau roti.

Pengambilan ikan sardin seberat 92 gram mengandungi 131 mg kolesterol atau 44% daripada keperluan kolesterol harian.

Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin D, vitamin B12, kalsium, zat besi, selenium dan banyak lagi.

#5. Yogurt

makanan yang tinggi kolesterol

Seperti makanan tinggi kolesterol dalam senarai ini, yogurt berkrim (tinggi lemak) juga mempunyai nutrien penting lain seperti protein, kalsium, fosforus, vitamin B, magnesium, zink dan kalium.

Secawan (245 gram) yogurt mengandungi 31.9 mg kolesterol bagi memenuhi 11% keperluan kolesterol harian.

Ia juga baik untuk kesihatan usus besar berikutan yogurt boleh memberikan impak positif terhadap bakteria baik di dalam usus.

Konklusinya ada beberapa makanan yang tinggi kolesterol namun berkhasiat untuk organ jantung. Dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor untuk lebih pasti tentangnya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Heart Association Healthy Diet Guidelines, https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/ue4637, Accessed Jul 25 2021.
  2. Cholesterol: Top foods to improve your numbers, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/cholesterol/art-20045192, Accessed Jul 25 2021.
  3. AHA Diet and Lifestyle Recommendations, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2007/0515/p1573.html, Accessed Jul 25 2021.
  4. Healthy eating to protect your heart, https://www.heartfoundation.org.au/bundles/healthy-living-and-eating/healthy-eating, Accessed Jul 25 2021.
  5. Eating for lower cholesterol, https://www.heartuk.org.uk/low-cholesterol-foods/choose-low-cholesterol-foods, Accessed Jul 25 2021.

Versi Terbaru

18/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tekan Pergelangan Tangan Untuk Periksa Nadi? Ini Cara Yang Betul

Degupan Jantung Laju Normal Ke? Ini Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan