backup og meta

Cuaca Terik Elok Minum Teh Panas? Ini 10 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga!

Cuaca Terik Elok Minum Teh Panas? Ini 10 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga!

Panasnya cuaca! Tekak pun dah mula rasa haus. Tahukah anda, ada banyak makanan musim panas yang boleh membantu anda kekal hidrat? Sebenarnya, ada banyak makanan yang menyejukkan badan. Makanan ini juga mudah untuk didapati, kebanyakannya ada di pasar raya berdekatan!

Dalam artikel kali ini, kami akan bincangkan mengenai makanan cuaca panas yang sesuai untuk anda dan seisi keluarga. Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

10 makanan musim panas untuk elakkan dehidrasi

Untuk elakkan dehidrasi, anda perlu pastikan badan menerima banyak air dan cecair pada waktu panas.

Bahang matahari boleh membuatkan kita berpeluh lebih banyak daripada biasa, jadi pemilihan makanan yang betul sangat penting untuk pastikan kita tidak mengalami strok haba.

Di bawah, kami senaraikan 10 makanan yang menyejukkan badan, sesuai untuk musim panas!

1. Buah tembikai

makanan musim panas
Makan tembikai boleh melegakan tekak.

Buah tembikai sangat terkenal pada musim panas. Selain rasanya yang sedap, tembikai juga mengandungi 90% air yang dapat membantu kita menangani dehidrasi. Ia juga mengandungi serat yang dapat mengurangkan sembelit.

Likopena merupakan pigmen yang memberikan warna merah kepada buah tembikai. Pigmen yang turut terkandung dalam buah tomato, betik dan jambu batu ini juga dapat melindungi kita daripada selaran matahari!

2. Teh panas

Hah, minum air hangat pada musim panas? Betul ke boleh mengurangkan kepanasan?

Benar, minuman berais dapat mengurangkan dahaga. Namun, air hangat dapat membantu meregulasi suhu badan kita.

Teh panas merupakan sejenis diuretik. Ia akan menyebabkan anda membuang air kecil dan berpeluh dengan lebih kerap.

Badan mungkin akan kehilangan lebih banyak air, namun proses evaporasi yang berlaku melalui peluh dapat membuatkan badan anda lebih sejuk.

3. Air kelapa, makanan musim panas yang terkenal

makanan musim panas
Air kelapa bantu tubuh anda kekal hidrat.

Air kelapa merupakan antara makanan musim panas yang sangat popular. Ia juga dikenali sebagai minuman isotonik semula jadi.

Selain rasanya yang manis, air kelapa dapat mengurangkan risiko dehidrasi. Ia juga mengandungi banyak nutrien dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus dan juga potassium yang penting untuk badan.

Baca juga:

4. Timun

Timun merupakan sayuran yang sangat sesuai dimakan ketika musim panas. Sama seperti buah tembikai, timun mengandungi hampir 95% air. Kandungan air yang tinggi ini dapat memastikan badan anda sentiasa sejuk dan hidrat.

Cuba letakkan timun dalam peti ais dan makan secara mentah atau dijadikan salad. Timun lebih sesuai dimakan begitu sahaja kerana kebanyakan air di dalamnya akan hilang selepas dimasak.

5. Sup

Sup yang hangat mungkin lebih sesuai dinikmati pada musim hujan.

Walau bagaimanapun, makan nasi bersama sup bukan sahaja dapat menurunkan suhu badan anda, ia juga dapat memastikan anda kekal hidrat. Jangan lupa, cecair juga dikira sebagai air!

Sama seperti teh panas, sup akan menggalakkan anda berpeluh. Apabila peluh tersejat, badan kita akan rasa lebih sejuk.

Makanan musim panas 6: Yogurt

makanan musim panas
Yogurt juga elok diambil jika alami masalah penghadaman.

Yogurt merupakan sejenis pencuci mulut yang manis dan mudah untuk didapati. Anda boleh beli sepaket yogurt dan bawa bersama anda ke kelas, tempat kerja atau keluar bercuti.

Protein dalam yogurt dapat mengisi perut dan membuatkan anda rasa kenyang. Ia juga dapat membantu anda mengelakkan makanan yang masin dan tinggi kalori.

Malah, yogurt juga mengandungi probiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan anda sentiasa sihat.

7. Jus buah-buahan sitrus

Buah oren dan lemon kaya dengan vitamin C dan potassium, sejenis nutrisi yang sangat penting pada musim panas.

Potassium boleh keluar daripada badan melalui peluh dan tersejat. Ia membuatkan anda lebih berisiko untuk mengalami kekejangan otot.

Buah oren juga terdiri daripada 80% air. Jus oren atau lemon sangat sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Anda juga boleh tambah soda untuk rasa yang lebih sedap!

8. Mangga

makanan yang menyejukkan badan
Mangga.

Jika anda sedang mencuba untuk menurunkan berat badan, buah mangga merupakan antara makanan musim panas yang paling berkhasiat!

Mangga tidak mempunyai banyak kalori. Malah, kandungan zat besinya yang tinggi dapat membantu kita meningkatkan tahap kalsium dalam badan.

Bukan itu sahaja, jika dimakan sejuk, mangga dapat membantu mengurangkan strok haba. Ia juga mengandungi vitamin A dan C yang dapat meningkatkan sistem imun badan.

Tip beli mangga:

  1. Jangan fokus pada warna ketika memilih mangga. Warna bukanlah tanda utama buah mangga masak atau tidak.
  2. Picit mangga sedikit. Mangga yang masak rasa lembik apabila dipicit. Mangga yang belum masak pula lebih keras.
  3. Bau mangga sebelum beli. Cium pada kawasan batangnya. Jika ia berbau wangi, maksudnya ia manis dan sudah masak!

9. Jagung

Sedapnya jagung! Kalau dimakan panas-panas pada waktu petang, fuh… Jagung bukan sahaja sedap dan berkhasiat, ia juga kaya dengan serat!

Jagung dapat membekalkan badan dengan lutein dan zeaxanthin, sejenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata. Antioksidan ini juga dapat mengurangkan risiko degenerasi makula yang dapat menyebabkan kebutaan dalam kalangan warga emas.

Makanan musim panas 10: Air kosong

makanan yang menyejukkan badan

Jangan lupa, minum banyak air kosong pada musim panas. Setiap hari, kita akan kehilangan antara 2 – 2 ½ liter cecair melalui perpeluhan, pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan.

Sebab itulah, kita perlu minum 6-8 gelas air setiap hari. Namun, pada musim panas, anda mungkin perlu tambah jumlah air dan cecair yang diambil setiap hari. Air juga merupakan antara makanan musim panas yang menyejukkan badan.

Jangan risau, cecair dalam makanan seperti sup atau minuman seperti kopi, susu dan teh juga dikira. Namun, jangan biasakan diri minum banyak air manis ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 15 foods that help you stay hydrated. https://connect.uclahealth.org/2022/06/17/15-food-that-help-you-stay-hydrated/. Accessed on November 11, 2022.
  2. Avoid Dehydration by Eating Your Water. https://www.ahealthiermichigan.org/2020/05/29/avoid-dehydration-by-eating-your-water/. Accessed on November 11, 2022.
  3. Dehydrated? These 7 Foods Will Satisfy Your Thirst and Hunger. https://health.clevelandclinic.org/dehydrated-these-7-foods-will-satisfy-your-thirst-and-hunger/. Accessed on November 11, 2022.
  4. How To Choose A Mango. https://www.mango.org/choose-a-mango/. Accessed on November 11, 2022.
  5. Summer Foods: What to Eat and What Not to Eat. https://www.medindia.net/dietandnutrition/summer-foods.htm. Accessed on November 11, 2022.

Versi Terbaru

14/02/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

6 Jenis Jus Sayur @ Jus Buah Yang Boleh Bantu Anda Berdiet! No. 6 Itu Paling Sedap & Berkhasiat!

Dehidrasi Ketika Puasa Itu BAHAYA! Jom Baca Ini Untuk Tahu Cara Elak Ia Berlaku!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan