Selalunya individu yang menghidapi diabetes akan menjaga aspek pemakanan dan mengelakkan sebarang minuman manis. Tetapi boleh ke penghidap kencing manis minum air kelapa?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Selalunya individu yang menghidapi diabetes akan menjaga aspek pemakanan dan mengelakkan sebarang minuman manis. Tetapi boleh ke penghidap kencing manis minum air kelapa?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Diabetes atau penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan penyakit jantung.
Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan satu penyakit, di mana keadaan metabolisme badan terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.
Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan.
Tanpa kandungan insulin yang mencukupi, ia akan menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah.
Keadaan ini akan membuatkan penghidap diabetes berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana tiada gula dibekalkan ke dalam sel.
Terdapat beberapa faktor atau punca yang akan meningkatkan risiko diabetes kepada seseorang individu, antaranya:
Tanda dan simptom awal penyakit kencing manis adalah seperti:
Baca juga:
Anda sudah mengetahui apakah itu kencing manis, punca serta simptomnya. Jadi berbalik kepada persoalan utama, adakah boleh penghidap kencing manis minum air kelapa?
Air kelapa asli daripada sumber buah kelapa merupakan air yang selamat dan bersih untuk diminum.
Mineral air kelapa adalah sama dengan sel-sel yang anda perlukan untuk kesihatan termasuk kalsium, zat besi, kalium, natrium, tembaga dan zink.
Air kelapa, daripada kelapa hijau adalah sangat sihat. Kelapa mempunyai indeks glisemik rendah, rendah karbohidrat, serat yang tinggi dan protein.
Setiap auns kelapa parut mengandungi sekitar 5 gram serat. Anda perlu mengambil 30 – 35 gram serat setiap hari.
Kelapa mempunyai pelbagai ciri-ciri pemakanan yang boleh membantu dalam rawatan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis.
Ia merupakan satu pilihan yang baik untuk individu yang mempunyai masalah kencing manis kerana ia mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan untuk mengawal gula dalam darah.
Manfaat air kelapa termasuk:
Pesakit kencing manis biasanya akan mempunyai beberapa masalah seperti penglihatan kabur atau kebas kerana peredaran darah yang lemah.
Apabila individu yang mempunyai kencing manis minum air kelapa, ia boleh meningkatkan aliran darah dalam badan dan juga berfungsi untuk membesarkan urat yang membantu darah untuk mengalir dengan mudah.
Ia memberikan kelegaan daripada beberapa kesan sampingan penyakit.
Air kelapa boleh mengurangkan keinginan makan anda dan menghalang anda daripada memakan sebarang makanan.
Ia mempunyai kandungan baik seperti mineral, lemak baik, garam dan kolesterol.
Individu dengan kencing manis perlu memantau tahap berat badan dan gula darah mereka. Anda boleh mengambil segelas air kelapa apabila anda berasa lapar.
Air kelapa mengandungi beberapa ciri yang memberi kuasa kepada peningkatan kadar metabolik dalam badan anda.
Apabila kadar metabolisma anda mengembang, proses pencernaan gula menjadi cepat.
Akibatnya, insulin tambahan dalam darah akan terbakar dengan cepat. Ini bermakna anda akan mempunyai lebih tenaga dalam badan anda.
Oleh itu, adalah sangat bagus untuk individu penghidap kencing manis minum air kelapa, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Air kelapa adalah bahan makanan yang mengandungi rendah karbohidrat dan serat yang tinggi. Ia juga mengandungi antioksida, mineral, omega-3 asid lemak dan lain-lain.
Semua kandungan itu adalah penting untuk penghidap kencing manis mengurangkan tahap gula dalam darah dan berat badan mereka.
Air kelapa meningkatkan kadar metabolisme, sekali gus menyebabkan darah dapat membawa oksigen dengan lebih cekap.
Oleh sebab itu, anda akan lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Kelapa mempunyai sifat antivirus. Oleh yang demikian, ia membantu dalam memerangi jangkitan.
Ia juga memberi manfaat penting kepada individu dengan kencing manis yang mengamalkan meminum air kelapa.
Ia adalah minuman yang rasanya sejuk dan boleh diminum bila-bila masa.
Tetapi sentiasa ingat bahawa apa-apa yang diambil perlu berpatutan supaya tiada isu lain yang timbul pada masa depan.
Jadi minum dalam kadar yang berpatutan dan dapatkan nasihat doktor anda sebelum menambahnya ke dalam pelan diet anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen