backup og meta

Anda Pasti Tak Mahu Terlepas 7 Manfaat Saffron, Lagi-lagi Untuk Yang Berkahwin!

Anda Pasti Tak Mahu Terlepas 7 Manfaat Saffron, Lagi-lagi Untuk Yang Berkahwin!

Saffron banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan juga Asia Tengah. Walaupun sering digunakan sebagai bahan masakan, terdapat banyak kebaikan saffron yang mungkin kita belum pernah tahu. Adakah saffron itu sunnah? Apa khasiat saffron dalam Islam? Bagaimana cara minum air saffron?

Ini tujuh kebaikan minum air saffron yang ramai tidak sangka!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu saffron?

kebaikan saffron
Bunga saffron.

Adakah saffron itu sunnah? Apa khasiat saffron dalam Islam?

Saffron merupakan sejenis rempah yang dihasilkan daripada stigma sejenis bunga yang bernama Crocus sativus.

Bunga ini banyak terdapat di sekitar Asia Tengah dan ia telah ditanam sejak ribuan tahun dahulu.

Ia banyak digunakan dalam masakan, perubatan, sebagai bahan pewarna dan juga perasa.

Stigma bunga saffron ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasarkan. Biasanya, ia berwarna merah tua dan akan mengeluarkan warna kuning pekat apabila direndam di dalam air.

Ia menjadi antara bahan yang mesti ada dalam masakan masyarakat di sekitar Timur Tengah dan juga Asia Tengah.

Rempah ini juga dianggap sebagai antara jenis rempah yang paling mahal di dunia.

Harganya yang mahal ini disebabkan oleh proses untuk mendapatkannya yang agak sukar. Ini kerana kesemua kerja-kerja menuai stigma bunga saffron ini hanya dilakukan dengan tangan secara manual.

Tidak hairanlah jika harga bagi setengah kilo rempah ini boleh mencecah antara USD500-USD5,000, bergantung kepada kualiti saffron itu sendiri. 

7 kebaikan saffron yang ramai tidak tahu

kebaikan saffron
Stigma bunga saffron.

Terdapat beberapa kebaikan saffron yang telah dikaji dan diakui. Antara kebaikan rempah ini ialah:

#1. Kebaikan minum air saffron: Sebagai antioksidan

Saffron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan. Antara sebatian tersebut ialah seperti crocin, crocetin, safranal dan kaempferol.

Crocin dan crocetin dikatakan mempunyai sifat antidepresan dan melindungi sel otak daripada kerosakan progresif. 

#2. Berpotensi memperbaiki mood

Dalam satu analisis ke atas lima kajian, suplemen saffron dilihat jauh lebih berkesan daripada plasebo dalam merawat gejala kemurungan ringan hinggalah ke tahap sederhana.

Selain itu, ada juga kajian yang mendapati bahawa pengambilan 30 miligram saffron setiap hari mempunyai kesan yang sama seperti ubat-ubatan bagi rawatan depresi.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan sebelum saffron ini boleh dicadangkan sebagai rawatan dalam merawat depresi

#3. Kebaikan saffron: Mempunyai sifat untuk melawan kanser

Saffron diketahui mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini boleh membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya yang menjadi salah satu punca berlakunya kanser.

Dalam kajian makmal, saffron dan sebatiannya dilihat telah membunuh atau merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon secara selektif, tanpa membahayakan sel sihat yang lain.

kebaikan saffron
Jenis kanser paling banyak berlaku.

Kesan ini juga dapat dilihat pada sel-sel kanser lain seperti:

  • sel kanser kulit
  • prostat
  • serviks
  • paru-paru
  • payudara

Namun, masih banyak kajian lanjutan diperlukan memandangkan kajian ini masih lagi kurang dijalankan ke atas manusia. 

#4. Boleh membantu mengurangkan simptom PMS

Ada kajian yang menunjukkan bahawa saffron mungkin boleh membantu sindrom pra haid (PMS) wanita.

Dalam kalangan wanita berumur 20 hingga 45 tahun, pengambilan 30 miligram saffron setiap hari lebih berkesan berbanding plasebo dalam merawat sindrom PMS seperti sakit kepala, mudah marah dan rasa mengidam.

#5. Membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, antara kebaikan saffron ialah ia boleh membantu mengurangkan pengambilan snek dengan cara menyekat selera makan.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan selama lapan minggu, pengambilan suplemen saffron membantu mengurangkan selera makan, indeks jisim tubuh, lilitan pinggang, dan jumlah jisim lemak.

Ada teori yang menyatakan bahawa saffron meningkatkan mood anda, sekali gus mengurangkan keinginan anda untuk mengambil snek. 

#6. Boleh bertindak sebagai bahan afrodisiak

Apa itu afrodisiak? Afrodisiak merupakan bahan-bahan yang boleh membantu merangsang keinginan seksual seseorang individu.

Kajian telah menunjukkan bahawa saffron mungkin mempunyai sifat afrodisiak, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil ubat antidepresan.

Selain itu, analisis enam kajian menunjukkan bahawa pengambilan saffron boleh meningkatkan fungsi ereksi, libido, dan kepuasan keseluruhan secara signifikan. 

#7. Kebaikan saffron: Boleh memperbaiki memori pesakit Alzheimer

Antara kebaikan saffron yang kurang diketahui ramai ialah manfaatnya dalam memperbaiki fungsi otak.

Fakta

Kandungan antioksidan yang terdapat pada saffron berpotensi memperbaiki fungsi kognitif dan memori pesakit yang menghidap Alzheimer

Bagaimana untuk membuat teh saffron? 

Bagaimana cara minum air saffron?

Anda kini sudah tahu kebaikan minum air saffron. Tetapi, adakah anda tahu cara untuk menyediakan teh saffron?

Caranya amatlah mudah. Anda hanya perlu merendam helaian saffron ke dalam air panas.

Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan yang mengandungi sekitar lima helai saffron dan rendamkannya selama lima minit.

Dalam masa yang sama, masak secawan air di atas dapur dan masukkan air rendaman saffron tadi ke dalam air mendidih. Didihkan di atas dapur selama lima minit lagi.

Apabila air telah masak, tunggu ia sejuk sedikit dan tambahkan madu atau perahan limau mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Saffron (Crocus sativus L.) and major depressive disorder: a meta-analysis of randomized clinical trials. https://doi.org/10.3736/jintegrmed2013056. Accessed on June 16, 2022.

Hydro-alcoholic extract of Crocus sativus L. versus fluoxetine in the treatment of mild to moderate depression: a double-blind, randomized pilot trial. https://doi.org/10.1016/j.jep.2004.11.004. Accessed on June 16, 2022.

Crocin from Crocus sativus possesses significant anti-proliferation effects on human colorectal cancer cells. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2658895/. Accessed on June 16, 2022.

Epidemiology of Premenstrual Syndrome (PMS)-A Systematic Review and Meta-Analysis Study. https://doi.org/10.7860/JCDR/2014/8024.4021. Accessed on June 16, 2022.

Effect of saffron on fluoxetine-induced sexual impairment in men: randomized double-blind placebo-controlled trial. https://doi.org/10.1007/s00213-012-2729-6. Accessed on June 16, 2022.

Aqueous Extract of Saffron (Crocus sativus) Increases Brain Dopamine and Glutamate Concentrations in Rats. https://www.researchgate.net/publication/260080975_Aqueous_Extract_of_Saffron_Crocus_sativus_Increases_Brain_Dopamine_and_Glutamate_Concentrations_in_Rats. Accessed on June 18, 2022.

Saffron and crocin improved appetite, dietary intakes and body composition in patients with coronary artery disease. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5787332/. Accessed on June 18, 2022.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Nasi Lemak Menggemukkan? Ambil Tahu Jumlah Kalorinya Dulu!

Penghidap Diabetes Makan Buah Kurma, Yang Mana Baik, Kurma Segar @ Kering?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan