Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 6 minit bacaan
Share now

Kanser ataupun barah merupakan sejenis penyakit yang boleh bermula pada mana-mana bahagian dalam tubuh badan manusia. Apabila sel normal dalam badan bertukar menjadi kanser, ia akan membesar dan merebak tanpa kawalan.

Di Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu punca kematian terbesar dengan hampir 40 000 kes baru setiap tahun. Berdasarkan Data Registri Kanser Kebangsaan 2011, 1 daripada 4 rakyat Malaysia berisiko untuk menghidap penyakit kanser.

Penyakit kanser di Malaysia

Kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia ialah:

  1.       Kanser payudara (17.7%)
  2.       Kanser kolorektal (13.2%)
  3.       Kanser paru-paru (10.2%)
  4.       Limfoma (5.2%)
  5.       Kanser pangkal hidung (nasopharyngeal cancer) (4.9%)
  6.       Leukemia (4.4%)
  7.       Kanser serviks (4.2%)
  8.       Kanser hati (4.2%)
  9.       Kanser ovari (4.0%)
  10.       Kanser perut (3.4%)

Penyakit kanser boleh dirawat dan boleh dielakkan. Malah, ramai pesakit barah yang boleh hidup dengan normal setelah menerima rawatan kanser.

1. Penyakit kanser payudara

Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia terutama sekali dalam golongan wanita. 

Pada tahun 2018, dianggarkan hampir 627 000 wanita meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara. Jumlah ini merangkumi 15% daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kanser di seluruh dunia.

Di Malaysia, wanita berbangsa Cina mempunyai risiko yang paling besar untuk menghidap kanser payudara, diikuti dengan wanita berbangsa India dan kemudiannya wanita Melayu.

Sebanyak 40% daripada kes yang telah didiagnos setiap tahun merupakan kes yang telahpun mencapai tahap yang serius.

Oleh itu, penting untuk rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang berisiko untuk melakukan ujian saringan awal. Kanser yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk sembuh.

2. Penyakit kanser kolorektal

Kanser kolorektal ataupun penyakit barah usus besar merupakan kanser kedua yang paling lazim dalam kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita di Malaysia.

Di Malaysia, kebanyakan pesakit yang didiagnos dengan kanser kolorektal selalunya sudah berada pada tahap yang serius.

Kanser usus besar selalunya berlaku dalam kalangan individu yang sudah berusia. Namun, itu tidak bermakna kanser ini tidak menyerang golongan muda.

Tambahan pula, kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser jenis ini juga masih rendah. Ujian saringan awal untuk kanser kolorektal kurang mendapat sambutan rakyat Malaysia.

1 daripada 38 orang lelaki dan 1 daripada 50 orang wanita berisiko untuk menghidap penyakit kanser kolorektal seumur hidup.

Pesakit kanser kolorektal mempunyai banyak pilihan rawatan untuk mengawal kanser tersebut.

Antara rawatan yang diberikan untuk pesakit kanser kolorektal termasuklah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi dan juga immunoterapi.

3. Penyakit kanser serviks

Semua wanita berisiko untuk mendapat penyakit kanser serviks, terutamanya wanita yang berumur lebih daripada 30 tahun.

Punca utama kanser serviks ialah jangkitan jangka masa panjang oleh sejenis virus yang dinamakan human papillomavirus (HPV).

Virus HPV bertindak menjangkiti dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan seks . Hampir separuh wanita yang mempunyai kehidupan seks yang aktif akan dijangkiti virus HPV. 

Kanser serviks boleh terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas individu tersebut dijangkiti oleh HPV.  Namun, bukan semua wanita akan mendapat kanser serviks setelah dijangkiti HPV. 

4. Penyakit kanser paru-paru

Kanser paru-paru merupakan barah dengan jumlah kematian yang paling ramai, merangkumi 25% daripada jumlah kematian keseluruhan penyakit kanser.

Kanser paru-paru selalunya berlaku di kalangan individu yang sudah berusia. Kebanyakan individu yang didiagnos dengan kanser paru-paru berumur 65 tahun ke atas.

Merokok merupakan faktor risiko nombor satu untuk penyakit barah paru-paru. Perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser selagi mereka tidak meninggalkan tabiat ini.

Sebatang rokok mengandungi hampir 7000 bahan kimia yang toksik untuk manusia dan juga haiwan. 

Selain itu, individu yang merokok bukan sahaja membahayakan diri, malah orang yang tersayang juga berisiko untuk menghidap kanser paru-paru akibat pendedahan terhadap asap sekunder.

5. Penyakit kanser perut  

Penyakit kanser perut berlaku apabila sel barahterbentuk pada kawasan dalam lapisan perut. 

Sel ini kemudiannya akan membesar menjadi tumor secara perlahan-lahan dalam tempoh masa beberapa tahun.

Saintis masih lagi menyiasat punca sebenar kanser perut. Namun, pakar sudah mengenal pasti satu faktor risiko yang penting iaitu jangkitan bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan ulser dalam perut.

Kanser perut juga banyak berlaku di kalangan rakyat di negara Jepun akibat tabiat mereka yang gemar ambil makanan yang dijeruk ataupun disalai.

6. Penyakit kanser prostat 

Kanser prostat merupakan sejenis kanser yang lazim dalam kalangan lelaki.

Di Amerika Syarikat, kanser ini merupakan kanser kedua yang mempunyai jumlah kematian yang tinggi dalam kalangan lelaki.

Penyakit kanser prostat mempunyai kadar kesembuhan yang tinggi jika sel barah tersebut dikesan ketika ia masih lagi berada dalam kelenjar prostat.

1 daripada 9 orang lelaki berisiko untuk menghidap kanser prostat dalam hidup mereka. Namun, hanya 1 daripada 41 yang akan meninggal dunia akibat kanser ini.

7. Penyakit kanser hati

Hati merupakan organ yang paling besar dalam tubuh manusia. Tanpa hati, manusia tidak boleh hidup.

Kanser hati lebih banyak berlaku di Asia Tenggara berbanding dengan Amerika Syarikat. Di Malaysia sahaja, kanser hati merangkumi hampir 4.2% kematian akibat kanser ini. 

Simptom lazim penyakit kanser

Kebanyakan kanser merebak tanpa sebarang simptom yang ketara. Walau bagaimanapun, penting untuk setiap individu mengenali simptom lazim yang disebabkan oleh kanser.

Namun, bukan semua simptom di bawah disebabkan oleh kanser. Jika anda mengalami simptom berikut, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Mengalami perubahan dalam pola pembuangan air besar

Individu yang mengalami masalah ketika membuang air besar ataupun kerap mengalami cirit birit mungkin mengalami kanser kolorektal. Simptom lain termasuklah najis berdarah dan kerap alami rasa tidak selesa pada bahagian perut.

2. Luka yang tidak sembuh

Jika anda mengalami luka yang tidak sembuh dan kerap berdarah, itu mungkin tanda anda sedang mengalami kanser kulit. 

Jika anda seorang perokok tegar, kemudian mengalami luka pada kawasan mulut yang tidak pernah sembuh maka ia antara simptom kanser oral.

3. Pendarahan yang luar biasa

Pendarahan yang luar biasa, lebih-lebih lagi pada kawasan vagina merupakan salah satu tanda kanser serviks. 

Tanda ini selalunya disertai oleh pengeluaran cecair berwarna putih, jernih atau coklat yang berbau busuk. Kadang-kadang, cecair tersebut boleh mengandungi darah.

4. Ketulan pada bahagian payudara

penyakit barah

Ketulan pada bahagian payudara merupakan salah satu simptom kanser payudara yang diketahui umum. Walaupun ketulan pada bahagian payudara mungkin tidak berkaitan dengan kanser, wanita yang mengalami masalah ini digalakkan untuk berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.

5. Masalah pencernaan ataupun sukar untuk menelan makanan

Masalah sukar untuk menelan makanan ataupun dipanggil sebagai dysphagia merupakan salah satu simptom kanser esofagus. Masalah pencernaan pula boleh menjadi salah satu simptom kanser pancreas yang menyebabkan pesakit kerap rasa sakit pada kawasan dada.

6. Perubahan ketara pada kawasan kulit atau tahi lalat

Apa-apa perubahan pada tahi lalat ataupun mana-mana bahagian kulit dari segi warna, saiz atau bentuk perlu segera dirujuk kepada doktor. Perubahan ini merupakan salah satu simptom lazim penyakit kanser kulit.

7. Batuk yang berpanjangan dan suara menjadi garau

Batuk yang berpanjangan atau tidak pernah hilang merupakan antara simptom penyakit kanser paru-paru yang kerap diendahkan oleh pesakit. Perubahan dari segi suara seperti suara menjadi garau pula boleh berlaku pada individu yang menghidap kanser tekak. 

Baca juga:

Punca penyakit kanser

Penyakit kanser atau barah boleh berpunca daripada mutasi genetik, gaya hidup, faktor persekitaran dan jangkitan beberapa jenis virus ataupun mikroorganisma tertentu.

1. Mutasi genetik

Mutasi genetik yang diwarisi memainkan peranan penting dalam hampir semua kanser. Mutasi yang spesifik dalam DNA manusia dikesan mempunyai kaitan dengan hampir 50 jenis kanser.

Perubahan genetik ini menyebabkan sesetengah individu mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada orang lain.

Sebagai contoh, mutasi inilah yang menyebabkan individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap kanser.

2. Faktor gaya hidup

penyakit barah

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa kanser merupakan sejenis penyakit yang boleh dielakkan.

Cara yang paling mudah untuk tidak menjadi mangsa penyakit ini ialah dengan mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat.

Individu yang mengamalkan tabiat merokok, ambil makanan ringan, minum alkohol dan pada masa yang sama menjalani gaya hidup yang tidak aktif lebih berisiko untuk menghidap kanser.  

3. Faktor persekitaran

Bukan semua bahan kimia boleh menyebabkan kanser. Namun, sebahagian besar daripada bahan ini boleh membawa mudarat kepada tubuh badan manusia.

Faktor persekitaran merupakan antara punca kanser yang mungkin ramai tidak tahu. Sebagai contoh, individu yang terlalu lama terdedah kepada pancaran cahaya matahari ataupun gas radon boleh menghidap kanser.

Selain itu, pesakit yang menerima rawatan terapi radiasi untuk merawat kanser berisiko untuk mendapat kanser lain pula sebagai kesan sampingan rawatan tersebut.

4. Jangkitan virus atau mikroorganisma

Hampir 15% penyakit kanser berpunca daripada virus ataupun mikroorganisma.

Sebagai contoh, Burkitt’s lymphoma berpunca daripada virus Epstein-Barr, kanser serviks pula berpunca daripada human papillomavirus dan kanser hati berpunca daripada virus hepatitis B dan C.

Bila anda perlu berjumpa dengan doktor

penyakit kanser

Penyakit kanser mempunyai peratusan yang tinggi untuk dirawat jika ia dikesan ketika masih dalam peringkat yang awal.

Jika anda mempunyai faktor risiko seperti mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kanser ataupun mengamalkan tabiat seperti merokok atau minuman berakhohol, anda disarankan untuk melakukan ujian saringan yang sesuai.

CDC menyokong ujian saringan awal untuk kanser payudara, kanser serviks, kanser kolorektal dan kanser paru-paru.

Bergantung kepada sejarah kesihatan anda dan juga keluarga, doktor boleh mencadangkan jenis dan kekerapan ujian saringan mengikut kesesuaian anda.

Namun, jika anda mempunyai simptom kanser seperti yang digariskan di atas, anda perlu berjumpa doktor serta merta lebih-lebih lagi jika simptom tersebut berlarutan hingga lebih daripada 2 minggu.

Walau bagaimanapun, bukan semua simptom tersebut merupakan tanda anda menghidap kanser. Namun, lebih baik untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga sebelum nasi menjadi bubur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Waspada, Ini Tanda-Tanda Kanser Dan Komplikasi Yang Boleh Terjadi

Ada banyak tanda-tanda ataupun simtom kanser yang perlu anda ketahui. Simptom yang anda alami mungkin bergantung kepada jenis kanser yang dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser 17/09/2020 . 5 minit bacaan

Apa Itu Kanser Payudara : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit kanser ataupun barah payudara merupakan kanser nombor 1 dalam kaum wanita. Statistik mencatatkan 1 daripada 19 orang wanita menghidap kanser.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser Payudara, Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan pemergian Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Jom ikuti artikel ini untuk tahu bahaya kanser jenis ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser Kolorektal, Kanser 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pada payudara selepas menopaus

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
hpv adalah

Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
penghidap penyakit barah

9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan