Secara tidak langsung, semua kajian ini telah membuktikan bahawa pewarna makanan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tumbesaran anak kita!
Baca juga:
Contoh makanan yang mengandungi pewarna

Makanan yang berwarna terang seperti gula-gula atau air berkarbonat selalunya mengandungi warna sintetik.
Walau bagaimanapun, pewarna sintetik juga boleh dijumpai di dalam produk lain seperti waffle, marshmallow dan juga krim.
Disebabkan lambakan produk yang mengandungi pewarna tiruan di pasaran, kita dianggarkan mengambil 5 kali lebih banyak makanan yang mengandungi pewarna berbanding tahun 1950-an.
Kanak-kanak juga didapati mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi warna sintetik berbanding orang dewasa. Manakan tidak, kebanyakan makanan untuk kanak-kanak selalunya mempunyai warna yang menarik dan terang.
Antara produk yang mengandungi pewarna ialah:
- Minuman berperisa buah-buahan.
- Aiskrim.
- Gula-gula.
- Air berkarbonat.
- Krim dan juga dekorasi kek.
- Bijirin sarapan pagi.
- Yogurt.
Apakah cara terbaik untuk mengelakkan pengambilan pewarna makanan?
Pakar sangat menggalakkan ibu bapa mengurangkan pengambilan produk yang mengandungi pewarna.
Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu banyak produk yang mengandungi pewarna di pasaran, mungkin sukar untuk ibu bapa mengelakkannya 100%.
Namun, ada 4 strategi yang berkesan untuk mengurangkan pengambilan pewarna tiruan:
1. Baca label makanan sebelum beli

Pilih makanan yang menggunakan warna semula jadi daripada buah-buahan atau ekstrak sayur-sayuran. Lakukan pilihan yang bijak dengan membaca label makanan sebelum beli.
Ubat kanak-kanak juga kadangkala mengandungi pewarna makanan. Jadi, cuba pilih versi tanpa pewarna.
2. Buat makanan sendiri di rumah
Cara yang terbaik untuk memastikan makanan anak bebas pewarna adalah dengan memasak sendiri di rumah. Dengan cara ini, ibu bapa mempunyai kawalan penuh terhadap apa yang dimakan oleh anak.
Ada banyak alternatif yang sihat untuk menggantikan pewarna tiruan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh gunakan pewarna semula jadi.
3. Ambil makanan yang segar
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses. Makanan jenis ini selalunya mengandungi warna tiruan.
Malah, makanan yang diproses seperti sosej, nuget dan daging burger tidak baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu, kurangkan pengambilannya jika perlu.
4. Utamakan makanan yang sihat

Sebagai ibu bapa, anda perlulah menjadi role model untuk anak. Untuk pastikan anak makan makanan yang sihat, ibu bapa perlulah menjadi contoh yang terbaik.
Jelaskan kepada anak mengapa makanan yang diproses, makanan ringan serta makanan yang mengandungi warna tidak sihat untuk badan.
Galakkan juga anak untuk memilih makanan yang sihat berbanding makanan ringan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen