home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bazar Ramadan vs Bufet Ramadan

Bazar Ramadan vs Bufet Ramadan

Apabila menyebut tentang bulan Ramadan di Malaysia, yang terbayang di fikiran bukanlah sekadar lapar , dahaga dan solat terawih, sebaliknya segala sajian yang mungkin akan anda dapati di bulan puasa.

Disebabkan gaya hidup yang sibuk dan permintaan besar untuk makanan siap, kesempatan ini dimanfaatkan penyedia makanan dengan mewujudkan persekitaran ‘makanan yang melimpah’. Di samping peningkatkan kegiatan keagamaan, dua fenomena yang paling menonjol di bulan Ramadan di Malaysia adalah bazar Ramadan dan bufet Ramadan.

Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Bazar Ramadan adalah pasar makanan jalanan yang ditubuhkan di kawasan sibuk hanya pada bulan Ramadan. Biasanya, ia terdiri daripada gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman yang dikendalikan dari jam 3.00 petang (selepas zohor) hingga 8.00 pagi. (sebelum Isyak) oleh para peniaga yang perlu mengemukakan permohonan kepada majlis bandaran tempatan yang diiklankan sekitar sebulan sebelum bulan puasa.

Bazar ini memberi peluang kepada penjual makanan Muslim yang perlu menutup perniagaan mereka sewaktu bulan puasa. Bazar Ramadan bukan sahaja menarik umat Islam yang biasanya berpuasa sekitar 13 jam sehari, tetapi juga mereka yang daripada agama lain.

Terdapat beberapa perbezaan antara bazar Ramadan dan bufet Ramadan seperti yang ditunjukkan dalam Infografik. Walaupun bazar Ramadan menyediakan makanan bungkus untuk mereka yang daripada semua kelas ekonomi, bufet Ramadan biasanya digemari oleh golongan yang lebih berkemampuan disebabkan harga yang lebih tinggi dan lebih ekslusif.

Biasanya, tempoh bufet Ramadan adalah antara 7 malam hingga 9 malam. Sama seperti bazar Ramadan, bufet Ramadan bukan sahaja menarik perhatian umat Islam tetapi juga mereka yang berlainan agama. Sesetengah agensi korporat juga mengambil kesempatan ini untuk meraikan pekerja dan pelanggan mereka dengan menaja bufet Ramadan.

Tip Bersederhana

Malaysia kini berada di peringkat pertama obesiti di rantau Asia Tenggara. Berpuasa di bulan Ramadan sepatutnya menjadi peluang terbaik untuk menjaga kesihatan dengan mengurangkan kekerapan dan kuantiti pengambilan makanan, yang mungkin menyumbang kepada penurunan berat badan dan perubahan metabolik yang menggalakkan.

Walau bagaimanapun, kemungkinan penurunan berat badan semasa Ramadan mungkin agak mustahil dengan pelancaran Bazar Ramadan dan Bufet Ramadan. Ramai orang, secara amnya, cenderung untuk meluangkan masa untuk membeli lebih banyak makanan di bazar dan makan terlalu banyak apabila berpuasa. Biasanya makanan ini tinggi lemak dan kalori.

Beberapa tip boleh digunakan untuk memastikan anda tidak berlebihan di bazar Ramadan. Walaupun terdapat banyak gerai makanan di pasar, hadkan bilangan gerai makanan yang dikunjungi dan pilihan makanan yang akan dibeli setiap hari. Selain itu, adalah lebih baik untuk membawa sejumlah wang tetap untuk membeli agar tidak berlebihan. Selain itu, anda boleh memilih untuk memakan hidangan berat lebih lewat dan cukup sekadar berbuka dengan yang ringan.

Konsep “semua-anda-boleh-makan” merosakkan kesihatan kerana pengguna akan makan terlalu banyak, untuk mewajarkan wang yang telah mereka bayar tanpa mengira jumlah makanan yang dimakan dan juga untuk memenuhi selera makan mereka. Semasa bufet Ramadan, sindrom ini menjadi lebih buruk seperti tempoh makan pendek (kira-kira dua jam) dan keperluan untuk solat Maghrib boleh menyebabkan pengguna melahap dengan gelojoh. Mereka yang mempunyai diabetes jenis II dan hipertensi berada pada risiko pertambahan bacaan glukosa dan natrium yang sangat memudaratkan kesihatan mereka.

Kualiti dan kuantiti makanan semasa Ramadan tidak sepatutnya berbeza dengan diet normal yang sihat. Semasa menghadiri bufet Ramadan yang menyediakan pelbagai jenis makanan, jangan mengambil lebih daripada diet kebiasaan anda. Pastikan anda memilih hidangan seimbang, makan secara perlahan dan bersederhana.

Sekiranya anda tidak terjebak dengan tabiat membeli makanan di bazar Ramadan atau berbuka di Bufet Ramadan, anda sememangnya beruntung. Apabila anda memasak sendiri, anda sebenarnya dapat mengawal jumlah garam dan gula yang dimasukkan dalam makanan serta mengelak penggunaan perasa makanan. Anda juga dapat menetapkan waktu penyediaan makanan, mengelakkan risiko keracunan makanan kerana makanan terdedah terlalu lama di luar. Oleh itu, berbuka di rumah dengan air tangan sendiri jauh lebih baik berbanding pelbagai hidangan mengiurkan di luar sana.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Mohamed, Jan, Hamid Jan, Nurul Hidayah Nazri, and See-Ling Loy. “Ramadan Bazaar and Ramadan Buffets: The Possible Influence on Eating Behavior and Health among Malaysian Muslims.” Journal of Nutrition,Fasting and Health 1, no. 2 (December 1, 2013): 43–45. https://doi.org/10.22038/jfh.2013.2008.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 04/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x