Apakah kesan makan pil perancang? Itu pastinya antara persoalan biasa bermain di minda sebelum anda mengambil pil kontraseptif, betul tak?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah kesan makan pil perancang? Itu pastinya antara persoalan biasa bermain di minda sebelum anda mengambil pil kontraseptif, betul tak?
Secara umumnya, perancangan keluarga adalah sangat penting bagi pasangan suami isteri dan inilah sebab utama adanya kaedah kontraseptif seperti pil perancang kehamilan.
Sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil ajaib ini sebelum bersenggama, usah risau kerana ada pil perancang kecemasan yang boleh dijadikan iaitu ‘plan b’.
Pun begitu, ramai yang takut menggunakannya kerana bimbang akan kesan sampingan pil ini. Adakah ia berbahaya? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Untuk pengetahuan anda, pil perancang kecemasan adalah sejenis pil yang digunakan selepas hubungan seks tanpa perlindungan bertujuan mengelakkan kehamilan luar jangkaan.
Namanya iaitu ‘morning after pill’ mungkin agak mengelirukan kerana ia tidak semestinya diambil pada keesokan pagi namun boleh juga diambil 3 ke 5 hari selepas hubungan intim berlangsung.
Di pasaran negara kita, terdapat 2 jenis pil morning after yang utama iaitu:
Jika anda hendak mencarinya di farmasi, pil ini dikenali dengan nama Postinor atau Postinor-2.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Family Planning Victoria (FPV), pil ini dikatakan berkesan mencegah kehamilan sehingga 85%.
Pun begitu, adalah disarankan untuk kalian tidak bertangguh daripada mengambil pil ini untuk memastikan ia dapat memberikan kesan yang paling efektif.
Ini kerana pil morning after juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak membuahkan hasil lantas menyebabkan kehamilan luar jangkaan.
Baca juga:
Ya, dan terdapat beberapa faktor yang boleh membuat fungsinya kurang berkesan termasuklah:
Maka adalah sangat penting untuk anda mengambil pil ini tepat pada waktunya dan jika kalian masih ragu-ragu tentangnya, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi.
Hakikatnya, ‘morning after pill’ yang sering dijadikan ‘plan b’ ini juga mungkin akan mendatangkan beberapa kesan sampingan terhadap wanita.
Namun anda tidak perlu terlalu risau kerana ia mungkin tidaklah seteruk disangka! Apakah kesan sampingan tersebut?
Kesan sampingan yang paling utama dan biasa adalah mual-mual dan muntah-muntah yang akan menjejaskan kira-kira 25% pengguna pil ini.
Meskipun ia dianggap normal, kalian harus tahu bahawa jika termuntah 2 jam selepas mengambil pil ini, ia mungkin tidak akan berkesan secara efektif.
Disebabkan oleh ketidakstabilan hormon, anda juga mungkin akan mengalami ‘breakout’ terutamanya pada kawasan muka yang dipenuhi jerawat.
Akibat pil perancang kecemasan ini, anda juga mungkin akan mengalami kepenatan, kekejangan, dan sakit kepala yang boleh sembuh sendiri selepas beberapa hari.
Sekiranya anda mengambil pil ini dan mendapati bahawa haid tidak hadir pada waktu sepatutnya, anda mungkin akan berfikir bahawa ia tidak berkesan.
Sebenarnya, ia bukanlah begitu kerana sekitar 20 ke 30% wanita akan mengalami haid tidak teratur selepas menggunakannya dan ia adalah normal.
Ini kerana haid anda mungkin akan datang lebih awal atau lebih lewat berbanding waktu yang sepatutnya akibat reaksi daripada hormon pil ini.
Ia juga mungkin hanya akan mengambil masa sebulan lebih untuk kitaran haid itu kembali menjadi normal, jadi jangan risau ya?
Bukan sahaja haid itu akan menjadi tidak teratur malahan jika haid berlaku, ia mungkin lebih berat berbanding kadar yang normal.
Pun begitu, usah terlalu berasa risau kerana ia juga adalah kesan makan pil perancang kecemasan yang normal dan boleh diselesaikan.
Anda mungkin hanya perlu menggunakan tampon atau pad yang sedikit tebal sahaja!
Namun ia juga mungkin boleh jadi petanda penyakit berbahaya ataupun keguguran janin, jadi sila berjumpa doktor untuk lebih kepastian.
Hakikatnya, kesan makan pil perancang kecemasan ini tidak perlulah dirisaukan kerana ia tidaklah seteruk disangka.
Namun ketahuilah bahawa jangan terlalu kerap menggunakannya ekoran kos yang mahal serta mungkin wujud masalah lain yang belum diketahui.
Sebaiknya, hanya ambil satu kali setiap satu kitaran haid dan sila berjumpa dengan doktor untuk berbincang terlebih dahulu okay!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen