Ini 3 Perkara Boleh Berlaku Jika Suami Pancut Luar Untuk Elak Isteri 'Termengandung'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/02/2023

    Ini 3 Perkara Boleh Berlaku Jika Suami Pancut Luar Untuk Elak Isteri 'Termengandung'!

    Ramai pasangan yang memilih untuk mengamalkan kaedah kontrasepsi yang terbukti berkesan seperti pil perancang kehamilan dan penggunaan kondom. Namun, ada juga pasangan yang lebih suka sesuatu yang lebih mudah dan cepat seperti tidak pancut dalam. Namun jika lelaki pancut luar boleh mengandung ke?

    Persoalannya, adakah pancut luar boleh mengandung ataupun berkesan untuk mengelakkan kehamilan luar jangkaan? Untuk mengetahui sama ada ia adalah fakta atau auta, mari kita sama ikuti artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Suami isteri & perancangan keluarga

    Perancangan keluarga merupakan perkara yang sangat penting buat pasangan suami isteri terutamanya yang baharu berkahwin. Ini kerana mereka perlu bersedia terlebih dahulu dalam segenap aspek kehidupan berumahtangga seperti kewangan, kerjaya dan masa sebelum membuat keputusan untuk menimang cahaya mata.

    Terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mencegah kehamilan daripada berlaku contohnya penggunaan kondom dan pengambilan pil perancang kehamilan.

    Artikel berkaitan: Teknik untuk Pencegahan Kehamilan yang Lebih Baik

    Malahan, ada juga yang mengatakan salah satu cara untuk mengelakkan daripada cepat mengandung adalah dengan melakukan hubungan seks bukan pada waktu subur.

    Namun begitu, terdapat satu kaedah yang kononnya berkesan dalam mencegah kehamilan iaitu kaedah pancut luar. Berkesankah cara ini ya?

    Apakah itu kaedah pancut luar?

    pancut luar boleh mengandung

    Kaedah ini merupakan suatu kaedah yang memerlukan lelaki menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi semasa melakukan hubungan seks demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj.

    Ia merupakan kaedah perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat ataupun ubat. Ya, ia mungkin kedengaran seperti mudah. Namun, ia sukar untuk dilakukan jika kurang pengalaman.

    Jadi, kaedah pancut luar boleh mengandung atau tidak?

    Menurut kajian, kaedah ini mempunyai tahap keberkesanan sehingga 82% hingga 96% dan hanya 4 daripada 100 wanita yang menggunakan kaedah ini bersama pasangan mereka berjaya hamil atau mengandung.

    Namun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan dengan betul. Kaedah ini mempunyai risiko untuk gagal di atas beberapa faktor. Antara faktor yang diperkatakan itu adalah:

    • Pasangan lelaki mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
    • Air mani terpancut pada vulva iaitu bahagian permukaan faraj
    • Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar daripada zakar semasa orgasme

    Pancut luar boleh mengandung? Ini pro dan kontranya

    pancut luar boleh mengandung

    Di sebalik tahap keberkesanannya yang tinggi, kaedah ini juga mempunyai beberapa kebaikan dan keburukannya.

    Untuk pengetahuan anda, ia sangat bergantung kepada cara pasangan itu melakukan kaedah ini sama ada ia tepat atau salah.

    Jadi, sebenarnya adakah kaedah pancut luar boleh mengandung atau mencegah wanita hamil? Berikut merupakan pro dan kontra kaedah ini:

    Pro

    • Kaedah ini adalah selamat kerana tidak mempunyai sebarang kesan sampingan
    • Kaedah ini selamat dan boleh dipercayai kerana tidak memerlukan sebarang penggunaan alat atau ubat
    • Kaedah ini membenarkan hubungan seks berlaku dengan spontan dan tanpa persediaan yang rapi
    • Kaedah ini boleh digunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya sudah tiada lagi metode perancangan keluarga yang lain boleh dilakukan
    • Kaedah ini tidak akan mendatangkan sebarang kos
    • Jika anda dan pasangan mempunyai pengalaman, kepercayaan dan boleh mengawal diri sendiri, kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai buat anda

    Artikel berkaitan: Buang Air Kecil Selepas Seks TAK Boleh Cegah Kehamilan, Ini 3 Langkah Paling Berkesan

    Kontra

    • Kaedah ini tidak sesuai untuk pasangan lelaki yang mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
    • Kaedah ini tidak sesuai digunakan oleh pasangan lelaki yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam melakukan hubungan seks
    • Kaedah ini tidak sesuai digunakan oleh lelaki yang tidak memahami gerak balas seksual mereka
    • Kaedah ini memerlukan pengalaman, kepercayaan serta kebolehan mengawal diri yang tinggi

    Konklusi

    Kesimpulannya, keberkesanan pancut luar boleh mengandung atau tidak adalah 50-50.

    Ia mungkin kaedah mencegah kehamilan yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Namun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya membuahkan hasil sekiranya digunakan oleh pasangan yang mempunyai pengalaman, kepercayaan dan kebolehan mengawal diri yang tinggi.

    Jika anda masih ragu-ragu untuk mencuba kaedah yang mungkin boleh mendatang kesan jika ia dilakukan dengan tepat ini, teruskan menggunakan kaedah lain seperti penggunaan kondom atau pengambilan pil perancang kehamilan. Sudah tentu lebih selamat!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/02/2023

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan