Sedapnya kalau boleh makan sandwic telur pagi-pagi kan? Kadang-kadang, kita rasa macam ‘tak ada mood’ nak makan sesuatu yang berat ketika sarapan. Mulai hari ini, bolehlah cuba resepi sandwich telur sedap yang bakal kami kongsikan dalam artikel kali ini!
Sandwic telur merupakan antara sarapan yang paling mudah untuk disediakan. Anda cuma perlukan 5 minit, sebiji telur, mayones dan beberapa jenis bahan – dah siap!
Anda juga boleh pelbagaikan bahan atau tambah sentuhan sendiri supaya sandwic telur anda lebih sedap dan menyelerakan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Resepi sandwich telur biasa, guna 5 bahan!
Resipi sandwic ini adalah antara yang termudah dengan bahan yang paling sedikit. Anda cuma perlukan beberapa keping roti, telur, mayones, garam dan lada sulah.
Bahan-bahan
- Beberapa keping roti kosong.
- 2 biji telur.
- Mayones.
- Garam dan lada sulah secukup rasa.
Cara memasak
- Rebus telur terlebih dahulu. Kemudian, lenyek telur atau potong sehingga halus menggunakan pisau.
- Masukkan mayones dan telur dalam mangkuk. Kemudian, gaul hingga sebati.
- Tambahkan garam atau lada sulah ke dalam mangkuk tadi.
- Sapukan inti ini ke atas roti sebanyak mana yang anda mahukan. Siap!
Mudah bukan! Roti ini lebih sedap jika anda bakar atau sapukan majerin terlebih dahulu.
Baca juga:
- 5 Manfaat Durian Untuk Badan, BONUS: Cuba Resepi Serawa Durian Paling Sedap Ini!
- 7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!
Resepi sandwich telur dan bawang goreng
Jika anda sukakan resepi sandwich telur yang lebih sukar dan kompleks, anda boleh tingkatkan lagi rasanya dengan penambahan beberapa bahan.
Bawang merah yang digoreng boleh buatkan roti anda rasa lebih sedap dan berperisa.
- Beberapa keping roti.
- 2 biji bawang.
- 1 ulas bawang putih.
- 1 biji cili hijau.
- 2 biji telur.
- 3 sudu mentega.
- Mayones.
- ¼ sudu teh serbuk cili.
- Garam dan lada sulah secukup rasa.
Cara memasak
- Rebus telur. Kemudian potong telur menjadi 3 atau 4 hirisan.
- Gunakan mentega untuk menggoreng. Panaskan kuali dan tambahkan bawang merah, bawang putih, cili hijau, dan serbuk cili. Goreng sehingga berwarna keemasan. Perasakan mengikut citarasa anda.
- Pindahkan bawang ke bekas lain.
- Bakar roti sehingga perang.
- Sapukan bawang goreng ke atas roti, kemudian lapiskan dengan hirisan telur. Tambahkan selapis lagi bawang goreng.
- Sandwic telur anda siap dan sedia dimakan!
Inginkan resipi lain yang lebih menarik? Jom kongsikan resipi kegemaran anda di dalam Komuniti Keibubapaan Hello Doktor!
Resepi sandwich telur sedap bersama salad
Kali ini, kita akan cuba sediakan sandwic telur dengan salad sebagai alternatif yang lebih sihat. Sama seperti resipi yang pertama, sandwic telur ini juga sangat mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan
- Roti putih
- 2 biji telur
- Mayones.
- Daun bawang, dihiris.
- Serbuk kari.
- Garam dan lada sulah secukup rasa.
- Beberapa helai daun salad
Cara memasak
- Rebus telur. Kemudian, penyekkan dengan garpu. Campurkan mayones, telur, daun bawang, garam, lada sulah dan serbuk kari. Gaul sehingga sebati.
- Bakar roti. Kemudian, letakkan daun salad ke atas roti. Sapukan inti ke atas daun salad dan lapiskannya dengan sehelai daun salad lagi.
- Roti sudah siap! Anda boleh menikmatinya dengan secawan teh atau kopi.
Tip untuk mantapkan lagi resepi sandwich telur
1. Tambah sedikit serbuk kari
Serbuk kari boleh meningkatkan lagi rasa sandwic telur anda dan membuatkannya sedikit pedas, sesuai dengan lidah orang Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membuatkan warna kuning telur lebih menyerlah.
2. Nak letak mayones atau tidak?
Jika anda tidak sukakan mayones, anda boleh gantikannya dengan hirisan avokado. Namun, anda mungkin perlukan sedikit cuka atau jus lemon untuk pastikan sandwic anda sedikit masam.
Akan tetapi, sudah tentulah kebanyakan orang sukakan mayones! Sandwic telur paling sedap jika dihidangkan bersama inti telur dan mayones yang sangat banyak.
Berapa banyak inti? Ikut suka anda!
Baca juga:
- Anak SUSAH Nak Sarapan? Tip Berikut Boleh Membantu, #5 Paling Penting!
- Ingin Turunkan Berat Badan, Cara Mana Lebih Berkesan? Perlu Ambil Sarapan Pagi Atau Tidak?
3. Macam mana nak pastikan sandwic tak basah?
Jika anda sukakan inti yang banyak, sandwic telur anda mungkin akan menjadi basah. Jadi, apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan sandwic telur yang lembap?
Pertama sekali, pastikan anda buat ‘layering’. Pastikan anda lapiskan sandwic anda dengan salad kemudian letakkan campuran telur dan mayones dan lapiskan sekali lagi dengan salad.
Lapisan salad ini dapat mengelakkan air daripada menyerap masuk ke dalam roti.
4. Boleh sediakan resepi sandwich telur sehari awal
Untuk menjimatkan masa, anda juga boleh sediakan semua bahan sandwic sehari lebih awal.
Kemudian, masukkan ke dalam peti ais. Sebelum pergi kerja, anda boleh sediakan semuanya di bawah 5 minit!
Jadi, apa tunggu lagi! Jom cuba hari ini.
[embed-health-tool-bmi]