Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, semestinya pengambilan makanan sihat amatlah perlu. Jika kena dengan resipi sihat, pasti hasil masakannya sedap.

Ingin memulakan hari sarapan pagi dengan makanan sihat, tapi takut tidak berselera? Jangan risau, makanan sihat bukan semestinya mempunyai rasa yang tidak sedap.

Tak percaya? Anda boleh cuba membuat resepi sihat mengikut 5 senarai makanan sihat seperti yang kami sediakan di bawah ini.

Resepi sihat 1: Ayam buttermilk panggang

resepi sihat

Bahan-bahan:

Cara menyediakannya:

  1. Letakkan buttermilk, thyme, bawang putih dan garam di dalam mangkuk besar. Masukkan potongan ayam dan gaulkannya sehingga campuran buttermilk tersebut meliputi keseluruhan bahagian ayam. Perap dan sejukkannya selama sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk. 
  2. Ambil ayam yang telah diperap tadi dan panggang di atas kuali pemanggang dengan menggunakan api yang sederhana. Masak sekitar 5 hingga 7 minit sebelum membalikkannya.

Resepi 2: Keledek bakar

resepi sihat

Bahan-bahan:

  • 4 biji keledek yang telah dibersihkan (tidak dikupas)
  • Setengah cawan yogurt
  • 1 biji epal yang telah dipotong dadu
  • 2 sudu madu
  • ¼ cawan serbuk kelapa yang telah disangai

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. Letakkan 4 biji keledek pada loyang dan masukkan ke dalam ketuhar. 
  2. Bakar keledek tersebut sehingga lembut iaitu sekitar 45 minit. 
  3. Ambil pisau dan potong keledek tersebut dengan hirisan berbentuk X. Buka kulit keledek dan lenyekkan isi keledek dengan menggunakan garpu. 
  4. Letakkan bahan-bahan lain iaitu yogurt, potongan epal, madu dan juga serbuk kelapa sebagai topping keledek tersebut. 
  5. Gaulkannya sebelum anda mula menikmatinya. 

Resepi sihat 3: Telur kacau kari

senarai makanan sihat

Bahan-bahan:

  • 8 biji telur
  • ¼ cawan susu
  • Setengah sudu teh serbuk kari
  • ¼ sudu teh garam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 2 biji tomato yang dihiris dan dipotong dadu (pilihan)

Cara menyediakannya:

  1. Dalam mangkuk yang besar, pukul telur, susu, serbuk kari, garam, dan lada sulah.
  2. Letakkan kuali dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya. Sebaiknya, anda menggunakan kuali non-stick untuk hasil masakan yang lebih cantik. 
  3. Tuangkan campuran telur tersebut. Masak dan kacau sehingga telur mula menebal dan tidak ada lagi telur yang masih cair. Kemudian, tutup api.
  4. Hidangkan telur tersebut bersama dengan potongan tomato.

Resepi 4: Sandwic tomato dan avokado

senarai makanan sihat

Bahan-bahan:

  • Setengah biji avokado yang telah masak
  • 4 keping roti gandum penuh
  • 1 biji tomato yang dihiris nipis
  • 2 biji bawang merah yang dipotong dan dicincang halus
  • 2 sudu mayones

Cara menyediakannya:

  1. Lenyekkan avokado sehingga hancur menjadi seperti pes. 
  2. Sapukan pes avokado pada dua keping roti yang telah dipanggang. 
  3. Letakkan hirisan tomato dan bawang merah yang telah dicincang ke atasnya. Tuangkan sedikit mayones pada hirisan tomato tersebut. 
  4. Tutup dengan kepingan roti dan nikmati sandwic anda. 

Resepi sihat 5: Gulungan ayam pesto

resepi sihat

Bahan-bahan:

  • 4 keping hirisan dada ayam
  • Setengah cawan pesto (boleh didapati di pasar raya)
  • 50 gram cendawan yang dihiris
  • Parutan keju Mozarella
  • Secubit garam

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. Ketukkan kepingan dada ayam dengan menggunakan kayu penggelek sehingga menjadi lebih nipis.
  2. Sapukan presto pada kepingan ayam tersebut.
  3. Taburkan hirisan keju Mozarella di atas hirisan ayam tadi.
  4. Gulungkan ayam dan tusukkan pencungkil gigi pada gulungan ayam tersebut agar tidak terbuka.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar ayam dalam tempoh 30 minit sehingga ayam menjadi masak dan berwarna putih.
  6. Setelah ayam masak, keluarkan ayam tersebut daripada ketuhar dan tuangkan baki sos presto pada ayam tersebut bersama dengan hirisan keju.
  7. Tukarkan tetapan ketuhar kepada ‘broil’ dan masukkan kembali ayam ke dalam ketuhar untuk seketika waktu lagi. Biarkan keju menjadi cair dan sedikit perang dalam tempoh 3 hingga 5 minit sebelum dikeluarkan.
  8. Tanggalkan pencungkil gigi dan potong gulungan ayam tersebut. Hidangkan. 

Kesimpulan

Senarai makanan sihat dalam resepi yang dikongsikan di atas ini boleh didapati dengan mudah di pasar raya.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mencari pesto yang dibotolkan bagi memasak gulungan ayam pesto, anda boleh membuatnya di rumah dengan menggunakan bahan-bahan segar.

Banyak resepi pesto yang boleh didapati di internet untuk kegunaan anda. Kongsikan senarai makanan sihat ini bersama rakan-rakan anda jika anda rasakan ia amat bermanfaat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

Anda datang bulan? Rasa sakit badan dan ingin makan sesuatu yang sihat? Cuba 7 makanan ini untuk bantu anda kurang berasa sakit ketika haid!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/06/2020 . 3 minit bacaan

AWAS! Jangan Ambil 5 Makanan Sihat Ini Masa Anda Sakit Di Rumah! #StayAtHome

Pengambilan makanan sihat yang betul penting ketika anda sedang sakit. Jika diambil pada waktu yang salah, makanan sihat boleh menyebabkan simptom.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 09/03/2020 . 3 minit bacaan

Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

Makan secara sihat bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, malah untuk kesejahteraan mental anda. Percaya atau tidak, makanan boleh mempengaruhi mood anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 08/01/2020 . 4 minit bacaan

4 Resepi Bubur Bayi 6 Bulan Yang Anda Boleh Cuba, Si Manja Pasti Suka!

Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui resepi bubur bayi 6 bulan mereka. Oleh itu, ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 27/07/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan diet eat clean

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan diet malam

Orang Nak Kurus Tak Boleh Makan Malam? SALAH! 6 Snek Ini Buat Anda Kenyang & Mudah Tidur

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
makanan untuk otak

Nak Otak Cerdas Dan Ingatan Kuat? Amalkan Makan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
kanser kolorektal

Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Dielakkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan