backup og meta

Jangan Abaikan Sarapan Pagi Ya? Ini Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Skip Breakfast!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    Jangan Abaikan Sarapan Pagi Ya? Ini Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Skip Breakfast!

    Sarapan pagi mungkin merupakan hidangan paling penting dalam satu hari kerana ia adalah makanan pertama yang anda ambil selepas bangun daripada tidur.

    Permulaan hari yang baik bermula daripada sarapan yang berkualiti.

    Banyak kajian telah menemui hubungan antara sarapan pagi dengan kesihatan yang baik termasuk memori dan fokus meningkat, kadar kolesterol LDL lebih rendah dan kurang risiko kencing manis, penyakit jantung dan terlebih berat badan.

    Sarapan pagi mengawal pola makan anda

    sarapan pagi

    Selepas bangun dari tidur, kadar gula dalam darah adalah rendah untuk otak dan otot berfungsi dengan baik.

    Hidangan yang diambil semasa sarapan pagi akan memberikan gula serta tenaga.

    Jika melangkau sarapan, anda akan kekurangan tenaga untuk bekerja dan fokus.

    Kesannya, anda akan cepat lapar dan mengambil banyak snek kurang berkhasiat sebelum tiba waktu makan tengah hari.

    Anda juga mungkin akan makan dalam kadar yang lebih banyak di waktu tengah hari.

    Ramai orang yang memberi alasan tidak cukup masa untuk mengambil sarapan di waktu pagi kerana berkejar ke tempat kerja atau sekolah.

    Apa pun alasannya, hidangan ini perlu diberikan prioriti untuk memastikan tenaga dan pola makan yang sihat.

    Ia sangat penting khususnya bagi kanak-kanak dan remaja

    sarapan pagi

    Menurut tinjauan yang dilakukan di peringkat nasional, sarapan adalah waktu makan paling kerap ditinggalkan oleh remaja sekolah menengah di Malaysia, iaitu sebanyak 7 daripada 10 remaja.

    Apabila mereka gagal mengisi perut di waktu pagi, prestasi di sekolah akan merudum kerana mereka kurang tenaga dan fokus.

    Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung mengambil makanan ringan dan berisiko mengalami berat badan berlebihan.

    Umur kanak-kanak dan remaja adalah saat yang penting dalam proses pembesaran fizikal dan mental.

    Jika mereka tidak mahu makan sarapan di rumah, berikan mereka bekal untuk dibawa ke sekolah supaya boleh dimakan antara kelas.

    Sekurang-kurangnya anda memberikan mereka makanan yang berkhasiat.

    Oleh itu, jangan sesekali anda sengaja meninggalkan sarapan lagi kerana tanpanya maka mungkin hari anda akan terjejas!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan