backup og meta

Ada Resipi Pulut Kuning Tanpa Santan, Tak Perlu Kukus? Ini Caranya, Baik Untuk Jantung

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    Ada Resipi Pulut Kuning Tanpa Santan, Tak Perlu Kukus? Ini Caranya, Baik Untuk Jantung

    Apabila menyebut mengenai resepi pulut kuning, pastinya terbayang pulut berlemak dek kerana penggunaan santannya, betul tak? Tetapi sebenarnya, anda juga boleh menghasilkan pulut yang sihat tanpa menggunakan santan. 

    Ingin tahu bagaimana caranya? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu pulut?

    Sebelum dikongsikan resepi pulut kuning yang sihat, jom kita ketahui terlebih dahulu apakah kebaikan pengambilan pulut ini.

    Eh, ada ke manfaat makan pulut? Jangan tak percaya, pulut pun ada kebaikan untuk kesihatan.

    Turut dikenali dengan nama seperti sticky rice atau glutinous rice. Apabila menyebut glutinous rice pasti terfikir ia mengandungi gluten, betul tak? Tapi sebenarnya tidak.

    Pulut sebenarnya terdiri daripada beras tertentu yang ditanam di negara Asia Tenggara. Bijian ini adalah unik legap dan menghasilkan konsistensi sangat melekit – seperti gam – apabila dimasak.

    resepi pulut kuning

    Resepi pulut kuning: Manfaat kesihatannya

    Beras pulut mempunyai kandungan nutrisi unik termasuk tahap protein yang tinggi, pelbagai vitamin B, selenium, zink, magnesium, tembaga dan fosforus.

    Beras jenis ini mungkin mengandungi serat tetapi tidak sebanyak yang terdapat dalam beras perang atau beras putih lain. Namun dipercayai tiada jenis lemak atau kolesterol dalam beras ini.

    Pulut mempunyai banyak kesihatan kerana sifat antioksidan – yang membantu mengurangkan tekanan oksidatif, antaranya:

    Mencegah penyakit kronik

    Selenium, pelbagai vitamin dan mineral lain dalam beras pulut memainkan peranan penting untuk ciri antioksidan – boleh mengurangkan risiko penyakit kronik dan mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan.

    Mengurangkan diabetes

    Terdapat kajian menunjukkan pengambilan beras pulut sehari boleh meningkatkan kawalan indeks glisemik pada pesakit diabetes jenis 2 – ini merupakan hasil pemantauan glukosa berterusan.

    resepi pulut kuning

    Menyembuhkan keradangan

    Tembaga, zink dan vitamin B dalam bentuk beras berpotensi meningkatkan sistem imun yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan tekanan pada fungsi badan.

    Resepi pulut kuning sihat #Meningkatkan ketumpatan tulang

    Beras pulut juga dikatakan dapat membantu membina tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila usia semakin meningkat.

    Meningkatkan kesihatan jantung

    Tidak mengandungi lemak atau kolesterol, beras pulut mungkin pilihan bijak buat mereka yang mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi atau bergelut dengan isu berat badan.

    Meningkatkan metabolisme

    Banyak vitamin B yang terdapat dalam beras pulut yang mungkin membantu secara langsung berkaitan metabolisme badan, termasuk penghasilan enzim, keseimbangan hormon dan proses metabolik penting lain.

    Baca juga:

    Resepi pulut kuning sihat

    Biasanya untuk memasak pulut, kita akan menggunakan santan. Tetapi untuk resipi kali ini, kita jadikan ia lebih sihat tanpa santan. 

    Sedap ke kalau tidak menggunakan santan? – Pastinya ini antara persoalan yang bermain di minda anda, betul tak?

    Jangan risau. Hasil pulut yang dimasak tanpa santan ini masih sedap, lembut dan enak! Bahkan, ia mudah disediakan, kerana bahan yang diperlukan juga tidak banyak.

    Bahan-bahan:

    • 1 cawan – beras pulut
    • 1 sudu besar – serbuk kunyit
    • 1 helai – daun pandan
    • 2 cawan – air
    • Sedikit garam
    • Sedikit gula

    Cara penyediaan:

    1. Basuh pulut seperti biasa, kemudian masukkan air bersama serbuk kunyit dan daun pandan. Gaulkan agar warna kuning kunyit itu sekata pada pulut.
    2. Kemudian masukkan pulut ke dalam periuk bersama garam. Biarkan masak sampai mendidih airnya – jangan terlalu lama agar pulut tidak terlalu kembang.
    3. Apabila sudah ditapis, masukkan pulut ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) tanpa air.
    4. Tunggu sehingga masak – daripada butang ‘cooking’ menjadi ‘keep warm’ – biasanya antara tempoh 10 hingga 15 minit, bergantung kepada jumlah pulut yang dimasak.
    5. Kalau anda ingin pulut anda berkilat cantik, anda boleh menambah sedikit gula dan gaulkan dengan rata. Kemudian anda perlu tutup sekejap periuk nasi.
    6. Kini pulut anda sedia untuk dinikmati bersama lauk pilihan seperti ikan masin goreng, rendang ayam mahupun daging.

    Bagi yang tidak mahu menggunakan serbuk kunyit mahupun gula, anda boleh memilih untuk tidak memasukkannya dan melangkau bahagian tersebut.

    Oleh sebab kebiasaannya kita akan menyediakan resepi pulut kuning dengan rendang, jadi sebagai tambahan, disediakan juga resipi rendang daging salai yang sihat untuk anda cuba.

    resepi pulut kuning

    Resipi rendang daging salai

    Bahan-bahan:

    • Daging salai – dihiris nipis
    • Cili kering
    • Bawang merah
    • Bawang putih
    • Lengkuas
    • Serai
    • Halia
    • Kunyit
    • Daun kunyit – dihiris
    • Asam jawa
    • Garam
    • Gula
    • Air

    Cara penyediaan:

    1. Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, halia dan kunyit.
    2. Kemudian gaulkan bahan yang dikisar bersama daging salai.
    3. Perasakan dengan asam jawa, gula dan garam. Gaul rata.
    4. Masukkan juga daun kunyit dan gaulkan sekali lagi. Biarkan ia seketika.
    5. Langkah terakhir adalah untuk memasukkan daging ke dalam kuali dan tuang air sehingga daging tenggelam.
    6. Sekali-sekala, gaulkan daging hingga masak.
    7. Sedia untuk dimakan!

    Selamat mencuba resepi pulut kuning sihat ini!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan