Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Khas buat anda yang sedang mengamalkan diet sihat ini, sudah pasti anda pernah terfikir atau tertanya-tanya jika terdapat resepi eat cleanbajet. Kaedah diet ini bukan sahaja boleh bantu perut anda, tetapi juga poket anda.
Persoalannya, apa contoh menu diet resepi eat clean menjimatkan yang anda boleh cuba? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klikdi sini.
Apa itu diet eat clean dan manfaatnya?
Untuk pengetahuan anda semua, diet ini sudah lama dicipta dan diamalkan sejak tahun 1960 lagi. Ia adalah idea ciptaan Tosca Reno dalam tulisan buku ‘Eat Clean Diet‘.
Diet clean eatingadalah pola makan yang bertujuan bukan hanya untuk bantu menurunkan berat badan, malah mengatur gaya hidup agar tubuh badan individu menjadi lebih sihat.1
Prinsip dasar pola makan ini adalah hanya mengambil hidangan dari bahan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijian serta sumber daging haiwan.1
Apa yang paling penting adalahpengamal diet ini tidak akan makan hidangan yang telah melalui proses penyediaan atau perkilangan seperti snek, makanan yang diproses, awet, tin, sejuk beku dan sebagainya.2
Food and Nutrition Research juga telah mengakui bahawa kaedah eat clean ini adalah salah satu daripada jenis diet terbaik.
Adakah anda sedang mencari produk penapis air alkali? Boleh pertimbangkan produk ini:
Bagaimana cara amalkan diet eat clean?
3 Cara untuk kurangkan berat badan dengan cepat.
Seperti yang dinyatakan di atas, diet clean eating ini diamalkan dengan cara hanya makan hidangan segar, bersih, suci dan sihat, sesuai dengan namanya.
Petua penting diet eat clean
Meningkatkan pengambilan serat
Mengutamakanpengambilan karbohidrat
Menilai setiap zat-zat dalam hidangan
Mengawal waktu dan kuantiti hidangan
Memasak makanan dengan cara sihat
Minum air kosongsecukupnya
Dengan mengamalkan tip-tip di atas ini, anda mungkin sudah boleh bergelar pengamal resepi diet eat clean.
Contoh resepi eat cleanbajet
Jika anda ingin menjimatkan duit, tetapi dalam masa yang sama mahukan perut yang sihat, anda boleh cuba resepi eat clean yang berikut:
Resepi eat clean #1. Nasi putih dengan lauk daging dan ulam
Namun, ia perlu dimasak secara sihat seperti menggunakan kaedah merebus, kukus atau bakar, disertakan bersama dengan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.
#2. Nasi putih dengan lauk ayam dan ulam
Selain menggunakan daging, anda boleh tukar resipi kepada ayam. Nasi putih yang dimakan bersama dengan lauk ayam pasti boleh membangkitkan selera anda yang sedang berdiet.
Namun, bagi mengikut kaedah diet eat clean ini, elakkan menggoreng ayam. Sebaliknya, ayam perlulah dimasak dengan cara merebus, kukus ataupun bakar. Lengkapkan hidangan anda dengan ulam-ulaman dan buah-buahan segar.
#3. Nasi putih dengan lauk ikan dan ulam
Jika sudah jemu makan daging atau ayam, anda juga boleh makan nasi putihbersama dengan lauk ikan rebus, kukus atau bakar.
Jangan lupa letakkan sekali hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.
Resepi eat clean #4. Bubur nasi dan sup
Sudah bosan makan nasi? Cuba resipi bubur pula. Gunakan kreativiti anda dengan menambah ramuan sihat ke dalam hidangan bubur seperti sayur, buah, daging serta apa-apa sahaja asalkan ia menyelerakan serta menyihatkan.
Ramuan sihat untuk hidangan bubur nasi.
Resepi sayur eat clean
Sayur-sayuran hijau merupakan komponen yang paling penting dalam diet anda.4 Diet sayur-sayuran ini dapat mengurangkan risikosakit jantung, diabetes dan juga kanser.5
Ia boleh disediakan dengan pelbagai cara seperti yang berikut:
Resepi eat clean #1. Salad telur
Jika anda sudah bosan dengan nasi, apa kata cuba salad yang dicampursayur-sayuran hijau, buah-buahan segar, telur serta sos atau krim kegemaran? Cara penyediaannya juga mudah.
Anda cuma perlukan sayur salad, timun, tomato, jagung, dan ditambah dengan buah lemon, tembikai atau apa sahaja ikut citarasa anda.6 Ia memang mudah dan sihat.
Resepi eat clean #2. Sandwic telur
Selain salad, anda juga mungkinboleh cuba makan sandwic telur tidak kira sewaktu sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam kerana ia kaya dengan nutrisi.
Bahan yang anda perlukan juga cukup senang iaitu hanya roti, telur dan ditambah pula dengan variasi sayur-sayuran dan buah-buahan serta sos atau krim mengikut citarasa anda.7
Memilih air yang bersih untuk menu eat clean 30 hari anda!
Membilas sayur-sayuran sebelum memasak dapat menanggalkan segala kotoran yang terdapat pada permukaan sayur.
Tahukah anda bahawa pemilihan air yang berkualiti ketika memasak dan menyediakan makanan juga penting untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat dan cergas.
Cara terbaik anda boleh lakukan dalam menyediakan resepi eat clean adalah dengan menggunakan penapis air alkali semasa penyediaan dan memasak makanan.
Untuk makluman anda, air alkali mempunyai kadar pH yang lebih tinggi daripada air paip biasa dan boleh membantu menurunkan keasidan sesetengah makanan.8
Secara umumnya, kadar pH air alkali adalah sekitar 8 hingga 9, tetapi air paip kebiasaannya berada pada kadar pH sekitar 7.0 dan ke bawah.9
Air alkali juga dapat membantu sistem penghadaman, melambatkan proses penuaan, dan menjamin kesihatan tulang serta penghidratan anda.9
Untuk anda yang sedang mencari penapis air alkali, anda boleh menggunakan produk penapis air UltraFiltration Alkaline Water Ionizer TK-AS700 keluaran baharu daripada jenama Panasonic.
Model penapis air ini dapat membekalkan anda dengan 7 jenis air yang berbeza (4 tahap alkali, 2 tahap asidik dan 1 air tulen).
Antara manfaat jika pengamal diet eat clean menggunakan produk penapis air ini adalah:
Menyingkirkan rasa kelat dan bahan tercemar pada sayur-sayuran dan buah-buahan
Mengurangkan bau makanan laut dan melembutkan daging
Meningkatkan rasa dan tekstur makanan seperti nasi
Baik untuk sistem penghadaman anda
Sesuai dan bersih untuk membuat susu bayi
Membantu dalam penjagaan kesihatan kulit anda
Penapis ini merupakan pilihan yang baik untuk anda sekeluarga yang menginginkan kehidupan yang lebih sihat.
Tunggu apa lagi? Klik di sini untuk mendapatkan penapis air alkali anda!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
What is clean eating?,https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/clean-eating-what-does-that-mean, Accessed Nov 2 2023.
Healthy eating. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-eating.htm. Accessed Nov 2 2023.
Vegetables and Fruits, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/vegetables-and-fruits/#:~:text=A%20diet%20rich%20in%20vegetables,help%20keep%20appetite%20in%20check, Accessed Nov 2 2023.
Vegetarian diet: How to get the best nutrition, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/vegetarian-diet/art-20046446, Accessed Nov 2 2023.
Why salads are good for you, https://dressings-sauces.org/why-salads-are-good-for-you/, Accessed Nov 2 2023.
Building a healthier sandwich, https://eatsmartmovemoreva.org/building-a-healthier-sandwich/, Accessed Nov 2 2023.
Is alkaline water better for you than plain water?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/alkaline-water/faq-20058029, Accessed Nov 2 2023.
Alkaline water: Miracle or Marketing?, https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/alkaline-water-benefits, Accessed Nov 2 2023.
Versi Terbaru
25/03/2025
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman