backup og meta

6 Resipi Diet Eat Clean Bajet, Poket Jimat, Perut Pun Sihat!

6 Resipi Diet Eat Clean Bajet, Poket Jimat, Perut Pun Sihat!

Khas buat anda yang sedang mengamalkan diet sihat ini, sudah pasti anda pernah terfikir atau tertanya-tanya jika terdapat resepi eat clean bajet. Kaedah diet ini bukan sahaja boleh bantu perut anda, tetapi juga poket anda.

Malahan, jenis diet yang satu ini juga adalah salah satu daripada cara makan yang paling sihat serta tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan seperti diet lain.

Persoalannya, apa contoh menu diet resepi eat clean menjimatkan yang anda boleh cuba? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu diet eat clean dan manfaatnya?

Untuk pengetahuan anda semua, diet ini sudah lama dicipta dan diamalkan sejak tahun 1960 lagi. Ia adalah idea ciptaan Tosca Reno dalam tulisan buku ‘Eat Clean Diet‘.

Diet clean eating adalah pola makan yang bertujuan bukan hanya untuk bantu menurunkan berat badan, malah mengatur gaya hidup agar tubuh badan individu menjadi lebih sihat.1

Prinsip dasar pola makan ini adalah hanya mengambil hidangan dari bahan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijian serta sumber daging haiwan.1

Apa yang paling penting adalah pengamal diet ini tidak akan makan hidangan yang telah melalui proses penyediaan atau perkilangan seperti snek, makanan yang diproses, awet, tin, sejuk beku dan sebagainya.2

Food and Nutrition Research juga telah mengakui bahawa kaedah eat clean ini adalah salah satu daripada jenis diet terbaik.

Bagaimana cara amalkan diet eat clean?

resepi eat clean

Seperti yang dinyatakan di atas, diet clean eating ini diamalkan dengan cara hanya makan hidangan segar, bersih, suci dan sihat, sesuai dengan namanya.

Dalam pada itu, ada juga beberapa petua penting jika anda mahu bereksperimen dengan diet ini:

Dengan mengamalkan tip-tip di atas ini, anda mungkin sudah boleh bergelar pengamal resepi diet eat clean

Contoh resepi eat clean bajet

Jika anda ingin menjimatkan duit, tetapi dalam masa yang sama mahukan perut yang sihat, anda boleh cuba resepi eat clean yang berikut:

Resepi eat clean #1. Nasi putih dengan lauk daging dan ulam

Sebagai makanan ruji masyarakat kita, anda boleh cuba makan nasi putih bersama lauk daging merah seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain.3

Namun, ia perlu dimasak secara sihat seperti menggunakan kaedah merebus, kukus atau bakar, disertakan bersama dengan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.

#2. Nasi putih dengan lauk ayam dan ulam

Selain menggunakan daging, anda boleh tukar resipi kepada ayam. Nasi putih yang dimakan bersama dengan lauk ayam pasti boleh membangkitkan selera anda yang sedang berdiet. 

Namun, bagi mengikut kaedah diet eat clean ini, elakkan menggoreng ayam. Sebaliknya, ayam perlulah dimasak dengan cara merebus, kukus ataupun bakar. Lengkapkan hidangan anda dengan ulam-ulaman dan buah-buahan segar.

#3. Nasi putih dengan lauk ikan dan ulam

Jika sudah jemu makan daging atau ayam, anda juga boleh makan nasi putih bersama dengan lauk ikan rebus, kukus atau bakar.

Jangan lupa letakkan sekali hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.

Resepi eat clean #4. Bubur nasi dan sup

Sudah bosan makan nasi? Cuba resipi bubur pula. Gunakan kreativiti anda dengan menambah ramuan sihat ke dalam hidangan bubur seperti sayur, buah, daging serta apa-apa sahaja asalkan ia menyelerakan serta menyihatkan.

pelan diet

Resepi sayur eat clean

Sayur-sayuran hijau merupakan komponen yang paling penting dalam diet anda.4 Diet sayur-sayuran ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan juga kanser.5

Ia boleh disediakan dengan pelbagai cara seperti yang berikut:

Resepi eat clean #1. Salad telur

Jika anda sudah bosan dengan nasi, apa kata cuba salad yang dicampur sayur-sayuran hijau, buah-buahan segar, telur serta sos atau krim kegemaran? Cara penyediaannya juga mudah.

Anda cuma perlukan sayur salad, timun, tomato, jagung, dan ditambah dengan buah lemon, tembikai atau apa sahaja ikut citarasa anda.6 Ia memang mudah dan sihat.

Resepi eat clean #2. Sandwic telur

Selain salad, anda juga mungkin boleh cuba makan sandwic telur tidak kira sewaktu sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam kerana ia kaya dengan nutrisi.

Bahan yang anda perlukan juga cukup senang iaitu hanya roti, telur dan ditambah pula dengan variasi sayur-sayuran dan buah-buahan serta sos atau krim mengikut citarasa anda.7

Memilih air yang bersih untuk menu eat clean 30 hari anda!

diet sihat

Tahukah anda bahawa pemilihan air yang berkualiti ketika memasak dan menyediakan makanan juga penting untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat dan cergas.

Cara terbaik anda boleh lakukan dalam menyediakan resepi eat clean adalah dengan menggunakan penapis air alkali semasa penyediaan dan memasak makanan.

Untuk makluman anda, air alkali mempunyai kadar pH yang lebih tinggi daripada air paip biasa dan boleh membantu menurunkan keasidan sesetengah makanan.8

Secara umumnya, kadar pH air alkali adalah sekitar 8 hingga 9, tetapi air paip kebiasaannya berada pada kadar pH sekitar 7.0 dan ke bawah.9

Air alkali juga dapat membantu sistem penghadaman, melambatkan proses penuaan, dan menjamin kesihatan tulang serta penghidratan anda.9

Untuk anda yang sedang mencari penapis air alkali, anda boleh menggunakan produk penapis air Ultra Filtration Alkaline Water Ionizer TK-AS700 keluaran baharu daripada jenama Panasonic. 

Model penapis air ini dapat membekalkan anda dengan 7 jenis air yang berbeza (4 tahap alkali, 2 tahap asidik dan 1 air tulen).

Antara manfaat jika pengamal diet eat clean menggunakan produk penapis air ini adalah:

  • Menyingkirkan rasa kelat dan bahan tercemar pada sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Mengurangkan bau makanan laut dan melembutkan daging
  • Meningkatkan rasa dan tekstur makanan seperti nasi
  • Baik untuk sistem penghadaman anda
  • Sesuai dan bersih untuk membuat susu bayi
  • Membantu dalam penjagaan kesihatan kulit anda

Penapis ini merupakan pilihan yang baik untuk anda sekeluarga yang menginginkan kehidupan yang lebih sihat. 

Tunggu apa lagi? Klik di sini untuk mendapatkan penapis air alkali anda!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is clean eating?, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/clean-eating-what-does-that-mean, Accessed Nov 2 2023.
  2. Healthy eating. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-eating.htm. Accessed Nov 2 2023.
  3. 7-Day Clean Eating Challenge & Meal Plan, https://www.beautybites.org/7-day-clean-eating-challenge/, Accessed Nov 2 2023.
  4. Vegetables and Fruits, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/vegetables-and-fruits/#:~:text=A%20diet%20rich%20in%20vegetables,help%20keep%20appetite%20in%20check, Accessed Nov 2 2023.
  5. Vegetarian diet: How to get the best nutrition, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/vegetarian-diet/art-20046446, Accessed Nov 2 2023.
  6. Why salads are good for you, https://dressings-sauces.org/why-salads-are-good-for-you/, Accessed Nov 2 2023.
  7. Building a healthier sandwich, https://eatsmartmovemoreva.org/building-a-healthier-sandwich/, Accessed Nov 2 2023.
  8. Is alkaline water better for you than plain water?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/alkaline-water/faq-20058029, Accessed Nov 2 2023.
  9. Alkaline water: Miracle or Marketing?, https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/alkaline-water-benefits, Accessed Nov 2 2023.

Versi Terbaru

09/11/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

6 Manfaat Chia Seed Yang Tak Ramai Orang Tahu, No. 2 Confirm Anda Suka!

7 Punca Badan Naik Bintik-Bintik Merah, Jaga-jaga Dengan Sumber Air Mandian Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan