Benarkah wanita gemuk adalah lebih banyak jumlahnya berbanding lelaki?
Setiap kali berbicara tentang perihal berat badan, sudah pasti ramai yang berasa malu atau tidak yakin dengan diri sendiri bukan?
Salah satu daripada masalah berat badan yang sering berlaku dan berleluasa dalam kalangan masyarakat kita adalah obesiti!
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya dengan lebih mendalam lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Apa maksud gemuk?
Sebelum pergi dengan lebih terperinci lagi mengenai kebenaran benarkah lebih banyak wanita gemuk berbanding lelaki, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi sebenar istilah ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, gemuk (obesiti atau berat badan berlebihan) merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai banyak lebihan lemak dalam badan.
Apa yang lebih membimbangkan adalah kegemukan bukan sahaja akan menjejaskan aspek imej dan emosi malahan juga tahap kesihatan seseorang itu.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), obesiti dalam kalangan penduduk dunia telah meningkat 3 kali ganda sejak tahun 1975.
Di Malaysia pula, 1 daripada 2 orang dewasa mengalami masalah berat badan berlebihan!
Wanita gemuk daripada lelaki? Ketahui cara mengukur tahap berat badan
Mungkin ada yang keliru dengan istilah kegemukan ini dan tidak tahu sama ada dirinya tergolong dalam kategori yang mana satu.
Ini kerana ada yang beranggapan berat badan mereka normal dan bukan berada dalam kategori tidak sihat yakni; kurang berat badan @ lebih berat badan.
Persoalannya, bagaimana ia diukur?
Jawapannya adalah berat badan perlu diukur menggunakan prinsip Body Mass Index (BMI).
Apa itu BMI?
Buat anda yang mungkin belum tahu mengenai prinsip ini, ia adalah satu kaedah ukuran berat badan individu yang dibandingkan dengan ketinggiannya.
Semakin tinggi skor BMI anda, maka semakin tinggi juga jumlah lemak badan anda!
Rujuk senarai di bawah ini.
- Kurang berat badan: Bawah daripada nilai 18.5
- Sihat: Nilai antara 18.5 hingga 24.9
- Lebih berat badan: Nilai antara 25 hingga 29.9
- Obesiti: Nilai 30 dan ke atas
Dalam erti kata lebih mudah, mereka yang mempunyai nilai skor 25 ke atas sudah boleh dianggap mengalami masalah kegemukan.
Apa punca gemuk?
Ya, tentu sekali kegemukan adalah berpunca daripada pemakanan individu yang tidak teratur dan tidak seimbang.
Sekiranya anda mengambil makanan dan minuman yang tinggi kadar lemak dan gula namun ia tidak dibakar dalam tubuh badan, maka kalian berisiko tinggi untuk menjadi gemuk.
Ini disebabkan oleh bekalan tenaga yang diterima melalui pengambilan diet tidak dibakar dengan melakukan aktiviti fizikal atau senaman secara berkala.
Konklusinya, punca gemuk adalah terlalu banyak mengambil sajian namun terlalu malas membuat senaman!
Benarkah wanita gemuk lebih ramai berbanding lelaki?
Baiklah, sekarang kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah wanita gemuk lebih ramai berbanding lelaki?
Jawapannya adalah subjektif kerana kita tidak boleh mengandaikan bahawa kesemua kaum hawa adalah lebih gemuk berbanding lelaki!
Namun ia mungkin ada kaitan dengan kajian yang menyatakan ia mungkin merupakan salah satu daripada faktor risiko kegemukan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh University of New South Wales (UNSW), kaum hawa mungkin lebih mudah gemuk berbanding lelaki.
Ini disebabkan oleh hormon oestrogen yang terdapat di dalam tubuh badan kaum hawa dan tidak terdapat dalam tubuh badan lelaki.
Baca juga: