Orang kata kalau kita semakin tua semakin gemuk. Ini adalah hipotesis yang sangat popular. Namun, adakah ia fakta atau mitos?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Orang kata kalau kita semakin tua semakin gemuk. Ini adalah hipotesis yang sangat popular. Namun, adakah ia fakta atau mitos?
Siapa sahaja yang tidak mengenali aktor Brad Pitt yang popular menerusi pelbagai filem lakonannya seperti Mr. & Mrs. Smith dan World War Z.
Jika diperhatikan, semakin tua usianya, semakin tampan rupanya.
Begitu juga dengan bentuk badannya yang masih maintain dan fit, meskipun usianya kini sudah mencecah 5 dekad.
Persoalannya, adakah semua individu akan kekal mempunyai bentuk badan yang menarik apabila tua kelak atau sebaliknya?
Kini, terdapat satu kajian yang mengatakan kita sebenarnya mungkin akan menjadi semakin gemuk apabila semakin tua!
Ingin tahu kesahihannya? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Karolinska Institutet di Sweden, ia adalah benar. Mereka juga telah menemui apakah punca sebenar ia terjadi.
Sebenarnya, punca kita menjadi semakin gemuk apabila semakin tua adalah disebabkan oleh kitaran semula lemak di dalam tisu tubuh badan kita akan berkurangan.
Ia adalah seiring dengan peningkatan usia sekali gus menyebabkan berat badan kita lebih mudah meningkat meskipun anda tidak makan banyak dan lebih kerap bersenam pada usia senja anda.
Kajian ini dijalankan dengan meneliti sel lemak pada 54 lelaki dan wanita selama kira-kira 13 tahun.
Seiring dengan perjalanan usia mereka, didapati bahawa kitaran semula lemak di dalam tisu akan berkurangan tidak kira sama ada berat badan mereka meningkat atau tidak.
Ini menunjukkan bahawa memang faktor usia adalah salah satu faktor yang menyebabkan kita menjadi semakin gemuk.
Pun begitu, ia juga sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang lain seperti gaya hidup dan paling penting, pemakanan.
Siapa sahaja yang mahu menjadi gemuk seperti karikatur yang terdapat dalam lambang jenama tayar terkemuka dunia, Michelin apabila tua nanti, bukan?
Oleh itu, ada beberapa perkara yang anda perlu patuh dan buat untuk sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal, termasuklah:
Secara teorinya, kita memang akan menjadi semakin gemuk apabila semakin tua ekoran daripada kitaran semula lipid dalam tisu yang akan berkurangan.
Pun begitu, kita masih berpeluang menjaga atau mengawal berat badan kita dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
Jadi, impian anda untuk tampak segak walaupun sudah tua seperti Brad Pitt masih wujud asalkan anda kekal positif dalam penjagaan berat badan anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen