backup og meta

Penat Bersenam TAPI Kenapa Berat Sama Saja? Jangan Risau, Ini Cara Tepat Nak Ukur

Penat Bersenam TAPI Kenapa Berat Sama Saja? Jangan Risau, Ini Cara Tepat Nak Ukur

Apabila sudah rajin bersenam, rasa macam ada penurunan berat badan. Tetapi kenapa semasa timbang, kenapa berat tak turun? Bertenang, mungkin anda patut kira berat dengan cara lain.

Bagaimana? Teruskan membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Kenapa berat tak turun?

Apabila bercakap mengenai mengurangkan berat badan, selalunya apa yang dimaksudkan adalah anda mahu melangsingkan tubuh.

Anda mungkin mahu menurunkan berat pada bahagian sekitar pinggul, paha, perut dan lengan.

Hakikatnya, ada satu perkara pelik tentang pelangsingan badan yang mungkin tidak difahami.

Mempunyai tubuh yang langsing tidak selalunya bermakna akan berlaku penurunan berat badan pada penimbang.

Ia bererti anda mungkin menjadi kurus tanpa dapat melihat perubahan pada berat badan.

Pelik, kan?

Keadaan ini berlaku apabila anda kehilangan lemak badan semasa menghasilkan otot.

kenapa berat tak turun

Sekiranya berat tetap sama, walaupun ada kehilangan inci daripada segi ukuran tubuh, itu tandanya anda berada di landasan yang betul.

Mengetahui perbezaan antara penurunan berat badan dan pengurangan lemak dalam tubuh dapat mengubah cara anda melihat diri dan kemajuan yang dicapai.

Penimbang berat biasa hanya menunjukkan jumlah berat tubuh. Tetapi tidak menyatakan jumlah otot, lemak, air, tulang atau organ.

Memahami tentang komposisi tubuh adalah maklumat penting jika anda benar-benar ingin mendapatkan hasil terbaik.

Bahkan alat penimbang berat juga sering memaparkan jumlah berat yang sentiasa berubah.

Anda boleh melihat perubahan berat sepanjang hari yang bergantung kepada apa dan berapa kerap anda makan mahupun minum, pergi ke bilik air atau jumlah penyimpanan air dalam tubuh. 

Jadi apakah cara terbaik kira berat yang boleh dilakukan?

Kenapa berat tak turun: Fokus pembakaran lemak badan

Penggunaan penimbang berat bukanlah alat terbaik untuk individu yang baru ingin memulakan program penurunan berat badan.

Sekiranya penggunaan alat tersebut tidak membantu anda untuk kekal di landasan dan mencapai matlamat, mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil pendekatan lain bagi menilai tahap kemajuan diri.

Meletakkan fokus pada pembakaran lemak adalah jauh lebih penting berbanding menumpukan kepada penurunan berat badan semata-mata. 

Baca juga:

Apabila kehilangan lemak badan, bermakna anda sedang melakukan perubahan kekal dalam tubuh serta mengubah komposisi badan sehingga mempunyai hanya sedikit lemak dan lebih banyak otot.

Sebaliknya jika kehilangan berat, anda mungkin bukan sahaja kehilangan air malahan juga otot.

Cara mengukur yang lebih baik

Semasa memulakan program penurunan berat badan, anda memerlukan banyak dorongan tambahan untuk meneruskannya dan memperolehi hasil yang diingini. 

Alat penimbang berat mungkin tidak dapat memberikan sokongan yang anda perlukan. 

Jadi anda perlu menggunakan kaedah lain bagi mengukur kemajuan untuk menjadikan diri sentiasa bermotivasi dan membantu menyedari bahawa berlakunya perubahan pada tubuh.

Perkara penting perlu anda fahami adalah pengurangan berat badan adalah berdasarkan jantina, usia, genetik dan beberapa faktor lain yang tidak boleh dikawal. 

Pertimbangkan kaedah lain untuk kira berat atau perubahan diri yang berjaya dicapai, seperti:

1. Baju yang dipakai

Perhatikan pada pakaian anda. Jika berat tak turun tapi baju longgar, bermakna anda berada di landasan yang betul.

Cuba lakukannya sebulan sekali. Percayalah pakaian tidak akan menipu anda!

kenapa berat tak turun

2. Ukur lilit

Apa kata anda membuat pengukuran untuk melihat sama ada terdapat pengurangan inci pada tubuh.

Mengukur badan pada titik yang berbeza membantu anda mengetahui sama ada anda kehilangan lemak badan ataupun tidak. 

Sudah tentu, perkara tersebut akan mendorong anda untuk lebih bersemangat melakukan senaman!

Kenapa berat tak turun #3. Penimbang impedans bioelektrik

Anda boleh menimbang berat dan mengukur lemak badan menggunakan impedans bioelektrik. 

Alat  ini dapat memberikan gambaran lebih tepat sama ada anda kehilangan lemak dan menambah otot atau tidak.

Ia biasanya boleh didapati di pasaran atau terdapat di gim mahupun kelab kesihatan.

4. Kalkulator dalam talian boleh bantu persoalan kenapa berat tak turun

Ia cuma sekadar anggaran. 

Namun jika menggunakan kalkulator dalam talian yang sama secara kerap, pastinya anda dapat melihat pengurangan jumlah lemak badan semakin rendah.

kenapa berat tak turun

5. Letakkan matlamat

Daripada anda bimbang mengenai penurunan berat badan atau kehilangan lemak, alihkan fokus kepada jumlah senaman yang boleh dilakukan saban minggu.

Sebagai contoh, catatkan berapa banyak tekan tubi yang boleh anda lakukan untuk minggu ini dan seterusnya. Bandingkan perbezaannya sama ada semakin bertambah atau tidak.

Pastinya cara ini adalah lebih mudah untuk dicapai dan dapat memberikan anda lebih kepuasan berbanding alat penimbang berat.

Percayalah, hasil kira berat yang diperolehi bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur kejayaan anda. Jadi persoalan kenapa berat tak turun tidak harus menjadi kebimbangan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. The Real Reason You’re Not Losing Weight In spite of Exercising. https://www.medanta.org/patient-education-blog/the-real-reason-youre-not-losing-weight-after-exercising/, Accessed on Feb 9, 2021.
  2. How to Lose Weight and Keep It Off. https://www.helpguide.org/articles/diets/how-to-lose-weight-and-keep-it-off.htm, Accessed on Feb 9, 2021.
  3. 6 Surprising Reasons You Can’t Lose Weight. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2020/lose-weight.html , Accessed on Feb 9, 2021.
  4. Why Am I Losing Inches But Not Weight. http://www.actforlibraries.org/why-am-i-losing-inches-but-not-weight/ , Accessed on Feb 9, 2021.
  5. Waist vs. Weight: How to Lose Inches, Not Just Pounds. https://lec.org/blog/waist-vs-weight-how-to-lose-inches-not-just-pounds/  , Accessed on Feb 9, 2021.
  6. 10 Reasons You’re Not Losing Weight. https://www.denverhealthmedicalplan.org/blog/10-reasons-youre-not-losing-weight , Accessed on Feb 9, 2021.

Versi Terbaru

12/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selalu Sahaja Rasa Sakit Perut? Kenal Pasti 7 Tanda Yang Tidak Normal Ini, BAHAYA!

Sembelit Kronik Boleh Jadi Punca Perut Kembung, Ini 6 Rawatan Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan