backup og meta

Wanita Yang Nak Turunkan Berat Badan, Buat 3 Senaman Paling Berkesan Ini, Gerenti Menjadi!

Wanita Yang Nak Turunkan Berat Badan, Buat 3 Senaman Paling Berkesan Ini, Gerenti Menjadi!

Selain daripada meningkatkan kesihatan jantung, senaman amat dikenali sebagai satu kaedah berkesan dalam menurunkan berat badan. Tidak bersenam punca obesiti yang semakin meningkat di seluruh dunia. Bagi anda khususnya wanita yang mencari kaedah senaman terbaik, ini idea senaman untuk wanita obesiti yang boleh anda lakukan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Tidak bersenam punca obesiti

Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah obesiti, anda pasti tahu ketidakselesaan yang anda alami sepanjang masa.

Sebagai contoh, anda berasa agak sukar untuk duduk terlalu lama, tidak gemar untuk duduk atas lantai kerana berasa senak malah cepat berasa letih disebabkan berat badan yang berlebihan ini.

Obesiti bukan hanya menyebabkan masalah-masalah luaran seperti ini, tetapi ia juga boleh menjejaskan dalaman tubuh badan anda. Ini termasuklah penyakit jantung, kencing manis dan juga strok.

Pemakanan yang tidak terkawal berserta tidak bersenam punca obesiti menjadi semakin teruk.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk kerap bersenam setiap hari.

Bersenamlah, kerana tidak bersenam punca obesiti jadi lebih teruk

tidak bersenam punca obesiti

Dua resepi utama dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Malah, kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam mampu mengurangkan atau membalikkan semula kesan sesetengah penyakit.

Sebagai contoh, jika anda mengalami tekanan darah tinggi sebelum ini, senaman mampu untuk menurunkan tekanan darah anda sekali gus mengelakkan serangan jantung yang boleh berlaku secara tiba-tiba.

Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa, bersenam juga mampu mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser tertentu seperti kanser kolon dan payudara.

Tidak dinafikan bahawa aktiviti senaman sememangnya boleh membantu menurunkan berat badan sekali gus mengelakkan obesiti.

Ini kerana aktiviti senaman membuatkan tubuh badan anda membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan metabolisme tubuh. 

Berapa banyak senaman diperlukan untuk turunkan berat badan?

Ramai yang bertanya kepada kami, berapa kerap perlu bersenam untuk menurunkan berat badan?

Untuk mendapatkan kesan seperti yang diharapkan dalam menurunkan berat badan, seseorang individu tersebut disarankan untuk bersenam aerobik sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Setiap sesi mestilah dilakukan selama sekurang-kurangnya 20 minit. Jika dilakukan lebih daripada 20 minit, ia adalah lebih baik.

tidak bersenam punca obesiti

Selain daripada senaman aerobik, anda juga boleh cuba bersenam dengan hanya melakukan aktiviti berjalan kaki.

Anda boleh meluangkan masa selama 15 minit setiap hari dengan hanya berjalan kaki semampu anda.

Ini juga akan membantu membakar kalori dengan lebih banyak. 

Jenis senaman untuk wanita obesiti

Bagi wanita yang mula ingin melibatkan diri dalam menurunkan berat badan, anda boleh mencuba tiga jenis senaman ini.

Pilih jenis senaman untuk wanita obesiti yang anda suka dan lakukannya dengan kerap untuk menurunkan berat badan anda.

Senaman untuk wanita obesiti 1: Aerobik

Senaman aerobik boleh membantu degupan jantung anda meningkat naik selain meningkatkan pengepaman darah.

Senaman aerobik boleh melibatkan beberapa kaedah seperti berenang, menari, berjoging, berjalan kaki, dan berbasikal.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bantuan alat kecergasan seperti mesin treadmill

Senaman untuk wanita obesiti 2: Yoga

Walaupun yoga mungkin tidak mempunyai kadar intensiti yang tinggi, namun ia sebenarnya boleh membantu mengurangkan berat badan anda.

Kajian menunjukkan bahawa, mereka yang melakukan senaman yoga lebih berjaga-jaga dan beringat dengan apa yang mereka makan.

Dengan itu, secara tidak langsung mereka dapat mengurangkan risiko untuk mendapat obesiti.

Senaman untuk wanita obesiti 3: Latihan beban

Apabila anda cuba melakukan aktiviti work out, ia bukan sahaja membantu membakar lebih banyak kalori tetapi juga membina otot anda.

Pembinaan otot juga sebenarnya boleh membantu membakar kalori.

Anda boleh melakukan senaman dan latihan beban ini sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. 

Periksa diri anda sebelum memulakan senaman

tidak bersenam punca obesiti

Apa pun yang anda ingin lakukan, anda perlu memastikan tahap kesihatan anda sebagai langkah yang paling utama.

Begitu juga dengan aktiviti senaman, anda perlu mengetahui keadaan semasa diri anda bagi mengelakkan sebarang kesan buruk atau risiko ketika bersenam.

Apatah lagi jika ia melibatkan aktiviti yang berintensiti tinggi dan mengambil masa yang lebih lama.

Sekiranya anda ada menghidap penyakit jantung, diabetes, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang dan arthritis, maka anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman.

Begitu juga dengan mereka yang sudah lama tidak aktif, anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum bersenam.

Ketika bersenam, perhatikan sebarang tanda atau isyarat yang diberikan oleh tubuh badan anda.

Jika ia menunjukkan tanda yang agak kurang baik, maka hentikan senaman anda perlahan-lahan.

Selain itu, lakukan senaman mengikut fasa dan kemampuan anda.

[health_tool_article id=”94632″]

Elakkan daripada terus melakukan fasa senaman dengan intensiti tinggi kerana ia boleh mencederakan diri anda sendiri.

Hentikan senaman yang dilakukan dengan serta-merta sekiranya anda mengalami sesak nafas, kecederaan atau sebarang kesakitan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.cdc.gov/obesity/data/adult.html

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/exercise/art-20047414

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/exercise-intensity/art-20046887?pg=2

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/16779-aerobic-exercise–heart-health

https://www.fredhutch.org/en/news/releases/2009/08/yoga.html

Versi Terbaru

10/08/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Nak Bersenam Turunkan Berat Tapi Risau Semput? Cuba Ikut Tip Ini, Barulah Tak Sesak Nafas

Bersenam Untuk Sihat, Tapi Kalau Berlebihan, Buruk Padahnya! Ini 5 Tanda Terlebih Senaman Kardio


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan