backup og meta

Bolehkah Pesakit Kencing Manis Melakukan Bekam? Ini Fakta Yang Perlu Diketahui

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2022

    Bolehkah Pesakit Kencing Manis Melakukan Bekam? Ini Fakta Yang Perlu Diketahui

    Adakah dibolehkan melakukan bekam untuk pesakit diabetes? Jika boleh, apakah pantang larang selepas bekam darah dilakukan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Penerangan ringkas mengenai bekam

    Amalan bekam tidak hanya wujud dalam budaya orang Melayu sahaja, tetapi juga budaya-budaya lain di seluruh dunia.

    Bekam dalam budaya lain dikenali dengan nama-nama berbeza seperti hijamah, gak hoi, kuyukaku, bantusa, badkesh dan lain-lain lagi.

    Bekam adalah kaedah di mana cawan akan ditekapkan pada kulit dan dikeluarkan udaranya untuk menghasilkan udara bertekanan rendah.

    Ini menjadikan kulit kita seolah-olah disedut oleh cawan bekam tersebut.

    Terdapat dua jenis rawatan bekam yang tersedia iaitu bekam kering dan juga bekam basah.

    Bagi bekam kering, cawan bekam hanya diletakkan di atas permukaan kulit tanpa dicucuk atau dilakukan sebarang torehan untuk mengeluarkan darah.

    Bagi bekam basah pula, beberapa torehan akan dilakukan bagi mengeluarkan darah menerusi pengepaman cawan bekam.

    Antara tujuan rawatan bekam ini dilakukan adalah untuk mengeluarkan inflamasi daripada dalam badan ke luar badan agar lebih mudah untuk dirawat.

    Selain itu, kaedah bekam juga bertujuan untuk mengalirkan aliran darah yang lebih lancar kepada organ yang bermasalah.

    Bekam juga dilakukan untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh.

    Bolehkah dilakukan bekam untuk pesakit diabetes? Adakah terdapat sebarang pantang larang selepas bekam darah?

    pantang larang selepas bekam darah

    Pesakit kencing manis atau diabetes termasuk dalam kelompok yang perlu diberikan perhatian ketika melakukan rawatan bekam.

    Ini bermakna, pesakit diabetes dibolehkan untuk melakukan rawatan bekam, namun pengamal bekam mestilah berhati-hati ketika melakukannya.

    Jika anda adalah seorang pesakit diabetes dan membuat keputusan untuk melakukan bekam, sila rujuk dan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat.

    Doktor lebih mengetahui keadaan sebenar anda selain mengetahui kesan bekam untuk pesakit diabetes.

    Ada juga mereka yang menghidap diabetes ini berasa risau sekiranya luka lambat sembuh selepas melakukan bekam.

    Oleh sebab itu, konsultasi dan nasihat daripada pihak doktor amat diperlukan sebelum menjalani rawatan bekam.

    Bagi pengamal bekam, ada beberapa kawasan di bahagian tubuh yang perlu diielakkan daripada ditoreh.

    Antara kawasan tersebut ialah:

  • Bahagian bawah belakang badan jika seseorang itu sedang hamil
  • Di kawasan yang baru sahaja mengalami trauma seperti kecederaan atau luka
  • Kawasan kulit yang pecah, merekah atau mempunyai ulser
  • Kawasan kulit yang mempunyai gelembung cecair yang terkumpul
  • Kawasan di mana salur darah membesar atau trombosis
  • Di kawasan dada
  • Di kawasan tekak
  • Pantang larang selepas bekam darah

    pantang larang selepas bekam darah

    Bagi pengamal bekam, semasa menjalankan proses bekam darah, jumlah darah yang keluar perlulah dipantau.

    Sekiranya darah yang keluar itu berlebihan, maka rawatan bekam perlulah dihentikan dengan segera.

    Jumlah darah yang selamat untuk dikeluarkan bagi seorang pesakit dalam satu sesi rawatan mestilah tidak melebihi 10 ml/kg.

    Selepas sesi bekam tersebut, pengamal perubatan masih perlu memantau pendarahan yang berlaku agar tidak melebihi 15 minit.

    Jika pendarahan masih berlaku dalam tempoh yang panjang, pesakit perlu dibawa ke klinik atau hospital berdekatan dengan segera.

    Bagi anda yang menjalani rawatan bekam pula, selepas melakukan proses bekam terutamanya bekam darah, anda perlu memantau diri anda untuk melihat sebarang komplikasi yang mungkin berlaku.

    Jika anda adalah penghidap diabetes, anda perlu memantau berapa lamakah tempoh yang diambil untuk luka torehan bekam kembali sembuh.

    Jika ia mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

    Ini adalah salah satu pantang larang selepas bekam darah yang paling penting. 

    Pantang larang selepas bekam darah, untuk elak komplikasi lanjutan

    Pesakit diabetes perlulah mengikuti pantang larang ini untuk mengelakkan komplikasi lain yang boleh berlaku.

    Perlu juga diketahui, ada kajian yang menunjukkan keberkesanan bekam dalam menurunkan paras gula darah bagi pesakit diabetes.

    Namun, rawatan bekam ini hanyalah satu kaedah rawatan komplimentari atau alternatif sahaja.

    Anda perlu ingat, kaedah bekam untuk pesakit diabetes bukanlah rawatan utama dalam merawat penyakit diabetes. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan