backup og meta

Membimbangkan, Kajian Kata Obesiti Boleh Sebabkan 13 Jenis Penyakit Kanser Ini!

Membimbangkan, Kajian Kata Obesiti Boleh Sebabkan 13 Jenis Penyakit Kanser Ini!

Mungkin ramai orang akan menyalahkan rokok sebagai punca kanser terjadi. Namun tahukah anda masalah berat badan berlebihan atau obesiti punca kanser juga?

Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan masyarakat di negara kita masih tidak cakna tentangnya dengan terus menghisap rokok dan mengabaikan berat badan mereka!

Jika benar obesiti faktor kanser berlaku pada individu, sesuatu perlu diubah segera agar 13 jenis kanser ini tidak akan terus dihidapi dan menghantui penduduk Malaysia.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Malaysia adalah antara negara obes?

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 menyatakan bahawa setiap seorang dalam dua orang dewasa di negara kita adalah obes.

Ini sekali gus menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di benua Asia (33% berat badan berlebihan dan 18% obesiti).

Angka yang dilihat akan bertambah ini adalah sangat membimbangkan kerana obesiti diketahui mampu membawa kepada pelbagai jenis penyakit kronik.

Antara yang paling ditakuti adalah obesiti punca kanser dan kajian juga telah mengesahkan bahawa 13 jenis kanser mungkin boleh terjadi angkaranya.

Obesiti punca kanser, ada 13 jenis!

obesiti punca kanser

Institut Kanser Kebangsaan melalui dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 13 jenis kanser yang dikaitkan dengan obesiti. Apakah ia?

#1. Kanser payudara

Khusus buat kaum wanita (lelaki juga boleh kena), obesiti mungkin boleh meningkatkan risiko kanser payudara terutamanya jika anda sudahpun mencapai usia menopaus.

Ini adalah disebabkan payudara anda yang banyak lemak gara-gara obesiti akan menghasilkan lebih estrogen – punca kepada peningkatan risiko kanser payudara.

#2. Kanser rahim

Khusus buat kaum wanita (lelaki tidak akan kena), obesiti juga boleh meningkatkan risiko kanser rahim yang didalangi oleh sel kanser merebak pada dinding rahim.

Selain estrogen yang dirembeskan oleh lebihan tisu lemak, dipercayai juga bahawa sel kanser turut boleh membiak disebabkan oleh kerintangan insulin pada tubuh badan.

#3. Obesiti punca kanser ovari

Juga khusus buat kaum wanita, kanser ovari adalah lebih tinggi risiko buat mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti atas alasan yang sama.

Ia adalah disebabkan oleh perembesan estrogen terlalu banyak akibat tisu lemak serta disfungsi metabolik angkara kerintangan insulin yang dialami tubuh badan.

#4. Obesiti punca kanser kolon

Mereka yang obesiti adalah 30% lebih tinggi risiko terkena kanser kolon berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal angkara kerintangan insulin.

Selain itu, tisu lemak berlebihan pada tubuh badan mereka ini juga akan merembeskan hormon bernama adipokines yang akan menggalakkan pembiakan sel kanser.

#5. Obesiti faktor kanser tekak

Kanser yang turut dikenali sebagai esophageal adenocarcinoma ini bermula apabila wujud sel kanser pada tekak yang berfungsi menghasilkan mukus kahak.

Obesiti dan GERD dikatakan adalah punca yang membawa kepada masalah ini dan lebih membimbangkan adalah kedua-dua kondisi ini sering berlaku secara serentak.

obesiti punca kanser

#6. Kanser hempedu

Risiko anda terkena kanser hempedu akan meningkat sebanyak 20% jika anda mempunyai berat badan berlebihan serta sebanyak 60% jika anda obesiti.

Dalam pada itu, batu karang pada hempedu juga dikaitkan dengan punca kanser hempedu dan ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang alami masalah berat badan.

#7. Kanser hati

Mereka yang obesiti adalah dua kali ganda lebih berisiko menghidap kanser hati dan para pengkaji menyatakan terdapat beberapa punca lain juga yang boleh menyebabkannya.

Antaranya adalah Hepatitis C, Cirrhosis, parut pada organ hati serta alkohol yang akan menyebabkan keradangan kronik padanya lantas mencetus pembiakan sel kanser.

#8. Obesiti punca kanser buah pinggang

Antara jenis kanser yang popular, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti berisiko dua kali ganda lebih tinggi mengalaminya selain kerintangan insulin.

Ia adalah disebabkan keradangan tisu lemak yang terdapat pada buah pinggang lantas mengakibatkan penderita lebih berisiko dijangkiti sel kanser pada organ itu.

#9. Obesiti punca kanser otak

Kanser otak akan bermula pada meninges, membran yang meliputi otak dan saraf tunjang serta akan membiak dengan perlahan namun berbahaya jika dibiarkan.

Apa yang lebih menakutkan adalah risiko terkena kanser meningioma akan meningkat 20% jika mempunyai berat badan berlebihan dan jika obesiti pula sebanyak 50%.

#10. Obesiti faktor kanser darah

Multiple myeloma adalah jenis kanser darah yang akan menjejaskan sel plasma dan akan meningkat risikonya sebanyak 10% ke 20% jika anda ada masalah berat badan.

Ia dipercayai adalah akibat keradangan yang berpunca daripada tisu lemak lantas menyebabkan sel kanser ini membiak dan merebak pada darah.

obesiti punca kanser

#11. Kanser pankreas

Pankreas diselaputi dengan tisu lemak (lebih banyak jika berat badan tinggi) dan ia akan menyebabkan risiko kanser pada organ ini menjadi lebih tinggi.

Ini terjadi ekoran keradangan pada organ pankreas yang seterusnya akan menjejaskan fungsi lantas menyebabkan pertumbuhan sel-sel kanser padanya.

#12. Obesiti punca kanser perut

Individu yang obes adalah dua kali ganda lebih berisiko alami kanser cardia yang berlaku pada bahagian perut atas ekoran gangguan pada fungsi mikrobiom.

Selain menyebabkan keradangan padanya, keseimbangan bakteria baik dan jahat juga akan terganggu lantas mengakibatkan sel kanser lebih mudah menjangkiti.

#13. Obesiti faktor kanser tiroid

Akhir sekali, obesiti juga mungkin boleh tingkatkan risiko anda terkena kanser tiroid sebanyak 10% dan ini adalah disebabkan oleh ketidakstabilan hormon.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/obesity/obesity-fact-sheet
  2. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/diet-physical-activity/body-weight-and-cancer-risk/effects.html
  3. https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/how-does-obesity-cause-cancer.h27Z1591413.html
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5712448/
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4142931/

Versi Terbaru

14/12/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Alami Berat Badan Berlebihan @ Obesiti? Ini Maklumat Lengkap Yang Anda MESTI Tahu!

Ini 13 Tanda Utama Untuk Tahu Jika Anda Alami Obesiti Atau Tidak. Semak Di Sini Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan