backup og meta

Ini 13 Tanda Utama Untuk Tahu Jika Anda Alami Obesiti Atau Tidak. Semak Di Sini Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2022

    Ini 13 Tanda Utama Untuk Tahu Jika Anda Alami Obesiti Atau Tidak. Semak Di Sini Sekarang!

    Ada beberapa tanda berat badan naik yang boleh dikenali bagi seseorang individu yang mengalami obesiti. Ciri ciri gemuk air seperti ini boleh dikelaskan kepada ciri yang biasa berlaku dan juga yang jarang berlaku.

    Tanda berat badan naik ini juga sedikit berbeza bagi individu dewasa dan juga kanak-kanak.

    Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, mari kita semak apakah tanda berat badan naik yang sebenar. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Ulang kaji semula apakah itu obesiti

    Individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar dikenali sebagai mereka yang mempunyai obesiti.

    Namun, ada juga individu yang masih mengalami obesiti walaupun fizikal tubuhnya kelihatan seperti orang normal yang lain.

    Secara umumnya, obesiti berlaku apabila seseorang itu mengambil lebih banyak kalori daripada kemampuan tubuh untuk membakar kalori tersebut.

    Kalori yang berlebihan ini kemudiannya akan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak.

    Apabila anda mengambil kalori secara berlebihan setiap hari, maka jumlah lemak ini akan bertambah di dalam tubuh badan anda.

    Inilah yang menyebabkan berlakunya obesiti kepada seseorang individu tersebut. 

    Tanda berat badan naik yang boleh dikenal pasti

    Terdapat beberapa tanda berat badan naik atau ciri ciri gemuk air yang boleh anda lihat bagi menentukan sekiranya seseorang itu mengalami obesiti atau tidak.

    Tanda berat badan naik ini pula boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu simptom yang sering berlaku dan gejala yang jarang berlaku.

    Jom kita semak apakah ciri ciri gemuk air yang biasa dan jarang berlaku ini.

    Tanda berat badan naik yang sering berlaku

    Terdapat beberapa tanda atau ciri ciri gemuk air yang kerap berlaku dalam kalangan individu yang mengalami obesiti. Berikut adalah sembilan tanda-tandanya:

    #1. Pengumpulan lemak yang berlebihan

    tanda berat badan naik

    Bagi mereka yang mempunyai obesiti, pertambahan berat badan boleh dilihat dengan jelas melalui pengumpulan lemak di sekitar tubuh badan.

    Lemak akan lebih banyak terbentuk di sekitar pinggang dan juga perut hadapan. Biasanya, perut akan menjadi lebih buncit dan menggeleber.

    Bentuk tubuh badan individu yang mempunyai obesiti juga kelihatan seperti buah epal.

    #2. Sesak nafas

    Seseorang individu yang mempunyai obesiti juga cenderung untuk mengalami sesak nafas.

    Keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila dia melakukan sebarang aktiviti yang menyebabkan degupan jantung menjadi lebih laju.

    Mereka yang mempunyai obesiti lebih mudah untuk tercungap-cungap kerana keletihan berbanding individu yang tidak mempunyai obesiti. 

    #3. Berpeluh

    Berpeluh dalam konteks ini bukanlah bermaksud berpeluh seperti biasa. Ia adalah keadaan berpeluh yang lebih banyak berbanding daripada kadar normal.

    Seseorang yang mempunyai lemak yang berlebihan dalam tubuh badan lebih mudah keletihan apabila melakukan sesuatu.

    Oleh itu, tidak mustahil jika dia berpeluh lebih banyak daripada biasa. 

    #4. Berdengkur

    Individu yang mempunyai obesiti juga lebih mudah untuk berdengkur sewaktu tidur.

    Ia berkaitan berat badan berlebihan yang boleh menyebabkan dengkuran menjadi lebih kerap. 

    #5. Sukar tidur malam

    Ada kajian yang menyatakan bahawa keadaan obesiti boleh mengubah metabolisme badan selain kitaran tidur dan bangun.

    Dengan itu, ia boleh menjejaskan kualiti tidur seseorang individu tersebut. 

    #6. Mengalami masalah berkaitan kulit

    Apabila seseorang itu mengalami obesiti, akan berlaku perubahan pada keadaan fisiologi kulit tubuh.

    Ini akan menyebabkan seseorang individu itu cenderung untuk mendapat penyakit berkaitan kulit seperti psoriasis dan luka lambat sembuh. 

    #7. Tidak mampu melakukan tugas yang mudah

    Disebabkan berat badan yang meningkat, seseorang individu tersebut mungkin akan mengalami kesukaran untuk melakukan sesuatu perkara yang mudah.

    Bagi individu yang normal, ia bukanlah satu masalah.

    Namun, bagi mereka yang mengalami obesiti, ia agak sukar untuk dilakukan olehnya seperti mengangkat barang atau berjalan laju. 

    #8. Keletihan

    Keletihan juga adalah antara tanda berat badan naik yang mudah untuk dikenal pasti.

    Seseorang yang mempunyai obesiti lebih mudah atau cenderung untuk mengalami keletihan walaupun hanya melakukan sesuatu perkara dalam tempoh yang sekejap sahaja. 

    #9. Kesakitan

    tanda berat badan naik

    Individu obes juga lebih mudah untuk mengalami kesakitan pada bahagian tubuh yang tertentu.

    Ini termasuklah sakit belakang dan juga sakit pada bahagian sendi disebabkan beban tubuh yang berlebihan. 

    #10. Kesan psikologi

    Selain daripada itu, obesiti juga boleh menyebabkan kesan terhadap psikologi manusia. Antaranya seperti kemurungan, berasa malu dan pengasingan sosial. 

    Tanda kenaikan berat badan yang jarang berlaku

    Selain daripada itu, masalah gangguan genetik juga boleh menyebabkan obesiti awal dalam kalangan kanak-kanak. Antara masalah gangguan genetik ini adalah:

    #1. Obesiti kekurangan pro-opiomelanocortin (POMC)

    Antara simptom yang berlaku ialah kelaparan yang melampau, obesiti awal dan masalah berkaitan hormon.

    #2. Obesiti kekurangan reseptor leptin (LEPR)

    Antara simptom yang berlaku ialah hiperfagia, obesiti awal yang agak teruk, hipogonadisme dan hipogonadotropik. 

    #3. Sindrom Bardet-Biedl (BBS)

    Antara simptom yang boleh berlaku ialah obesiti awal, hiperfagia, gangguan penglihatan dan kecacatan pada buah pinggang. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan