Hati-Hati Jika Kerap Sakit Kepala Waktu Pagi, Ini Salah Satu Tanda Kanser Otak!

Simptom kanser otak|Punca-punca|Faktor risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan Gaya Hidup dan Rawatan Sampingan
    Hati-Hati Jika Kerap Sakit Kepala Waktu Pagi, Ini Salah Satu Tanda Kanser Otak!

    Kanser otak merupakan ketumbuhan sel kanser yang tidak normal atau tumor pada otak. Terdapat dua jenis kanser ini iaitu:

    • Kanser primari, ia jarang berlaku dan bermula dari otak
    • Kanser sekunder, juga dipanggil metastatik yang bermula pada bahagian badan yang lain dan merebak ke otak serta selalu berlaku

    Kanser jenis ini sukar disembuhkan tetapi kadar jangka hayat boleh ditingkatkan dengan pengesanan awal. Sila berbincang dengan doktor tentang bagaimana anda boleh mendapatkan ujian saringan yang betul.

    Kanser sekunder lebih banyak berlaku kepada orang dewasa, manakala kanser primari lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur 20 tahun.

    Malah, kanser jenis ini juga merupakan salah satu penyebab utama kematian. Ketahui simptom kanser otak dan punca-puncanya di sini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

    Simptom kanser otak

    kanser otak

    Simptom yang biasa berlaku adalah:

    • Sakit kepala di waktu pagi
    • Loya dan muntah
    • Perubahan pada keupayaan untuk bercakap, mendengar atau melihat
    • Masalah dengan keseimbangan atau berjalan
    • Masalah dengan memori atau berfikir
    • Rasa letih dan mengantuk
    • Perubahan pada mood atau tingkah laku

    Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom tertentu, sila hubungi doktor dengan segera.

    Bilakah saya harus berjumpa doktor?

    Anda harus hubungi doktor apabila mempunyai sebarang simptom yang berikut:

    • Simptom tidak berkurangan atau bertambah teruk
    • Sakit kepala kerap berlaku dan mengganggu aktiviti seharian
    • Jika anda mempunyai serangan sawan dengan kerap

    Baca juga:

    Punca-punca

    Kanser otak

    Dalam kebanyakan kanser otak primari, punca sebenar masih belum diketahui. Sesetengah kanser primari mungkin disebabkan oleh mutasi pada sel tisu.

    Ini mengakibatkan perkembangan sel kanser tidak normal pada kadar yang lebih laju. Bahkan, terdapat pelbagai jenis kanser primari dan ia bergantung pada jenis sel yang terlibat.

    Sementara itu, Kanser jenis sekunder pula berlaku disebabkan oleh sel kanser daripada bahagian tubuh badan lain yang merebak (metatasis) ke otak.

    Ini selalunya berlaku kepada pesakit yang mempunyai sejarah kesihatan kanser seperti:

    Faktor risiko

    Walaupun sukar untuk menentukan punca sebenar, namun doktor telah mengenal pasti beberapa faktor risiko iaitu:

    • Umur: Risiko anda terhadap tumor otak meningkat dengan usia, manakala terdapat beberapa jenis tumor yang hanya berlaku kepada kanak-kanak
    • Terdedah kepada radiasi
    • Sejarah kesihatan keluarga yang mempunyai kanser ini

    Diagnosis dan Rawatan

    Apakah diagnosis kanser otak yang boleh dilakukan?

    Kanser otak

    Untuk mendapatkan diagnosis tepat, doktor mungkin akan menjalankan ujian berikut:

    • Pemeriksaan medikal dan fizikal
    • Biopsi tumor otak untuk memeriksa sel tisu otak
    • Pengimejan magnetik resonan (MRI)
    • Scan tomografi berkomputer (CT scan)

    Bagaimanakah kanser otak dirawat?

    Pilihan rawatan bagi kanser jenis ini mungkin melibatkan satu atau lebih daripada yang berikut:

    Pembedahan

    Melalui pembedahan, jenis dan posisi tumor akan menentukan sama ada prosedur ini boleh menyembuhkan pesakit atau tidak. Tambahan pula, pembedahan boleh membantu diagnosis kanser dan mengurangkan tekanan kepada otak.

    Radiasi

    Rawatan radiasi dilakukan oleh ahli profesional dan radioterapi kepada tumor yang tidak boleh dibuang selepas pembedahan dijalankan.

    Kemoterapi

    Kemoterapi adalah pilihan yang biasa dijalankan sebagai rawatan kanser tetapi ia tidak digunakan kepada kanser jenis primari.

    Ubat anti epilektik seperti phenytoin selalunya digunakan sebelum dan selepas pembedahan untuk menghalang serangan sawan.

    Bagi bengkak di kepala, doktor mungkin akan memberikan steroid (dexamethasone).

    Perubahan Gaya Hidup dan Rawatan Sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup untuk tangani kanser otak?

    Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin membantu anda menangani kanser jenis ini:

    • Dapatkan kumpulan sokongan untuk membantu anda menjalani rutin seharian dan memberikan sokongan emosi
    • Berjumpa doktor selalu untuk memantau keadaan anda
    • Berkomunikasi dengan doktor tentang simptom baru atau jika gejalanya bertambah teruk
    • Berjumpa doktor segera jika anda mempunyai sawan atau sakit kepala yang baru terjadi untuk menghalang komplikasi penyakit

    Jika mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor untuk mencari penyelesaian terbaik untuk anda.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 5 hari lalu
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor