Kedua pula adalah ujian darah yang dikenali sebagai ujian PSA (prostate specific antigen), yang mengukur tahap protein yang selalunya lebih tinggi dalam lelaki dengan kanser prostat.
PSA boleh meningkat atas sebab-sebab selain daripada kanser prostat. Oleh sebab itu terdapat beberapa kumpulan doktor mengatakan bahawa lelaki yang mempunyai risiko biasa penyakit ini tidak perlu menjalani ujian ini.
Jika anda memerlukan ujian, anda perlu berbincang dengan doktor anda atau maklumkan kepadanya sekiranya anda mempunyai sebarang masalah seperti masalah kencing dan kencing berdarah. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser atau masalah prostat lain.
Kanser Tiroid
Mereka yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis: 97.9%
Apa yang membuatkan ia boleh dirawat?
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di leher anda yang menghasilkan hormon yang diperlukan untuk membakar kalori, mengawal degupan jantung, dan banyak lagi.
Jenis kanser tiroid yang paling biasa ialah kanser tiroid papillary, yang tumbuh dengan perlahan. Walaupun tumor telah membesar atau mula merebak ke dalam tisu berdekatan, doktor masih boleh merawat dan menyembuhkan penyakit ini dengan pembedahan membuang kelenjar tersebut. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil ubat untuk menggantikan hormon tiroid.
Doktor juga sudah dapat mengesan kanser tiroid lebih awal dari sebelum ini, yang menjadikan ia lebih mudah dirawat.
Apa yang membuatkan ia kurang boleh dirawat?
Sejenis penyakit yang dipanggil kanser tiroid anaplastik mempunyai kadar kelangsungan hidup 5 tahun hanya 7%, tetapi ia adalah sangat jarang berlaku.
Adakah ujian saringan membantu?
Tiada ujian saringan disyorkan untuk kanser tiroid. Kebanyakan orang mengetahui jika mereka mempunyai tumor apabila mereka (atau doktor) merasakan bejolan atau bengkak di leher.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen