backup og meta

Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa orang yang gemuk makin gemuk. Jika lemak itu menyimpan tenaga, bukankah orang gemuk boleh menggunakan tenaga tersebut jika tahap glukosa di dalam darah habis? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

Glukosa punca kegemukan dalam kalangan orang gemuk

orang gemuk

Fakta ini sudah diketahui ramai, Malaysia masih lagi merupakan negara tergemuk di Asia Tenggara. Apa yang menyebabkan kegemukan ini? Adakah disebabkan oleh pengambilan kalori berlebihan oleh populasi rakyat Malaysia memandangkan kita mempunyai pelbagai jenis variasi makanan?

Atau adakah puncanya disebabkan oleh kecenderungan kita untuk mengambil nutrien makro berlebihan seperti karbohidrat atau lemak? Sebelum kita memahami perihal punca kegemukan dalam kalangan mereka yang obes, mari fahami berkenaan dengan mengapa individu menjadi gemuk.

Glukosa adalah punca kegemukan utama di Asia Tenggara memandangkan kita sering mengambil makanan yang tinggi karbohidrat sebagai makanan ruji. Nasi lemak, nasi goreng, dan bihun sup, kesemua makanan ini mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.

Nutrien makro ini berasal daripada monomer glukosa dan pengambilannya mendorong kepada rembesan insulin. Rembesan ini bagi membantu pergerakan glukosa masuk ke dalam sel memandangkan ia tidak boleh duduk di dalam salur darah untuk jangka masa yang lama.

Reaksi di antara glukosa dan protein atau lemak yang beredar melalui sistem salur darah ini boleh menghasilkan molekul berbahaya digelar advanced glycation end product (AGE).  

Molekul ini boleh menyebabkan proses oksidasi yang mampu merosakkan salur darah, sel-sel kulit menyebabkan penuaan dan kesan buruk yang lain. Apabila sel sudah mempunyai jumlah glukosa yang mencukupi, lebihan glukosa akan disimpan di dalam otot dan hati sebagai glikogen.

Ini merupakan bentuk simpanan yang boleh digunakan pada waktu yang lain jika badan kehabisan sumber glukosa. Jika masih ada lebihan glukosa? Monomer tersebut akan disimpan sebagai lemak melalui proses pembuatan lemak (De Novo Lipogenesis). Pengambilan karbohidrat atau kalori berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Halangan lipase untuk menggunakan sel lemak

orang gemuk

Jika anda seseorang yang ingin membakar lemak, anda mesti pernah terdengar nasihat seperti “lemak cuma akan terbakar selepas 30 minit anda bersenam”, bukan? Walaupun terdapat perbezaan di antara masa untuk badan mula membakar lemak, ia disebabkan oleh penggunaan glukosa terlebih dahulu sebelum badan mula menggunakan sumber tenaga yang lain.

Insulin merupakan hormon yang menggalakkan pengambilan gula agar sel-sel badan dapat menerima sumber tenaga yang mencukupi.

Namun, bagi mereka yang berbadan besar, selepas pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, jika bekalan glukosa habis, lemak badan tidak boleh ditukarkan kepada tenaga kerana hormon yang bertanggungjawab, lipase, sensitif terhadap insulin.

Lipase tidak akan bekerja saat hormon insulin tinggi di dalam darah. Ini kerana kehadiran hormon insulin memberi isyarat bahawa badan sudah mempunyai sumber tenaga yang mencukupi walaupun pada hakikatnya, tidak.

Akibatnya, badan akan menggunakan protein daripada otot untuk ditukarkan kepada glukosa dalam proses yang dipanggil sebagai gluconeogenesis, proses pertukaran sumber selain karbohidrat kepada glukosa. Metabolisme badan akan menurun.

Ini akan membuatkan individu tersebut keletihan walaupun terdapat banyak sumber tenaga dalam bentuk lemak. Apa yang mereka akan buat? Mereka akan makan bagi memastikan bekalan glukosa stabil dan jika ia berlebihan, sel lemak akan menjadi destinasi pilihan insulin untuk menyimpan monomer tersebut.

Akhirnya mereka yang gemuk akan bertambah gemuk. Apa yang akan terjadi jika mereka tidak mengambil makanan ketika mereka kehabisan sumber glukosa? Tahap insulin akan menurun dan akhirnya, lipase akan mula bekerja. Badan akan mendapat tenaga daripada lemak badan yang diproses menjadi keton di organ hati.

Konklusi

gula

Bagi mereka yang mengalami masalah untuk menurunkan berat badan, ketahuilah bahawa senaman hanya berkesan jika anda mempunyai tabiat pemakanan yang betul. Jika anda mengambil kalori atau karbohidrat melebihi keperluan harian, anda akan menjadi gemuk.

Oleh sebab itulah ramai individu yang berjaya menurunkan berat badan melalui puasa secara berkala. Ia akan memberikan kestabilan hormon insulin dan dalam masa yang sama, menggalakkan penggunaan lemak badan sebagai sumber tenaga.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Advanced Glycation End Products (AGE) and Diabetes: Cause, Effect or Both? (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3903318/). Diakses pada 30 Oktober 2019.
  2. Insulin mediated inhibition of hormone sensitive lipase activity in vivo in relation to endogenous catecholamines in healthy subjects. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11549649). Diakses pada 30 Oktober 2019.
  3. When does glucose convert to fat? (https://www.livestrong.com/article/231986-when-does-glucose-convert-to-fat/). Diakses pada 30 Oktober 2019.

Versi Terbaru

15/05/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Penyakit Yang Disebabkan Oleh Obesiti - No 3 Paling Ramai Tak Sangka!

Ada Anak Bersekolah Rendah? Ini 6 Perkara Yang Boleh Buatkan Anak Anda Jadi Obes!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 15/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan