brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Makan Ubat Kurus Atau Amalkan Diet Sihat Untuk Kurus Dengan Lebih Cepat?

Makan Ubat Kurus Atau Amalkan Diet Sihat Untuk Kurus Dengan Lebih Cepat?

Dalam masa seminggu, berat badan anda akan turun sebanyak 10kg! Ramai yang mudah tergoda dengan janji-janji manis yang dipaparkan oleh pelbagai ubat kurus di pasaran. Namun, persoalannya adakah ia benar-benar selamat dan berkesan untuk jangka masa panjang? Atau diet sihat sebenarnya pilihan yang lebih bijak? Mari kita kupas dengan lebih mendalam supaya anda tidak tersilap langkah dalam menurunkan berat badan dan ketahui ubat kurus paling berkesan!

Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.

Godaan ubat kurus: Cepat, tapi berisiko?

Masyarakat sering nampak ubat kurus sebagai ubat kurus paling berkesan. Tambahan lagi, ia sering dipasarkan sebagai solusi mudah tanpa perlu bersenam atau mengawal pemakanan. Iyalah, siapa yang tidak mahu kurus dengan cepat, bukan?

Ada ubat kurus yang berfungsi mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme atau menghalang penyerapan lemak. Walaupun hasilnya mungkin cepat, kesannya tidak semestinya berkekalan. 

Lebih membimbangkan, sesetengah ubat kurus mengandungi bahan yang boleh memberi kesan sampingan seperti jantung berdebar, insomnia, cirit-birit atau masalah hormon. Tanpa pemantauan doktor, pengguna berisiko mengalami komplikasi kesihatan yang lebih serius. Tambahan pula, berat badan sering kembali naik selepas anda berhenti mengambil ubat.

Kajian yang dilakukan terhadap ubat kurus

Dalam 37 kajian termasuk 9,341 orang dewasa, berat badan mereka meningkat secara purata 0.4 kg sebulan selepas berhenti mengambil ubat kurus badan. Penyelidik menganggarkan bahawa, pada kadar ini, individu akan kembali ke berat permulaan mereka dalam tempoh 1.5 hingga 2 tahun.

Berita baiknya ialah apabila pengambilan ubat digabungkan dengan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti fizikal, ubat kurus ini membantu sesetengah individu menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan!

ubat kurus paling berkesan
Berat badan sering kembali naik selepas anda berhenti mengambil ubat.

Diet sihat, ubat kurus paling berkesan!

Berbeza dengan ubat kurus, diet sihat dan seimbang memberi fokus kepada perubahan gaya hidup. Ia melibatkan pengambilan makanan seimbang seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak dan karbohidrat.

Anda harus mengehadkan pengambilan alkohol dan makanan yang mengandungi lemak tepu dan tambahan gula dan garam.

Walaupun hasilnya mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun, diet ini selalunya memberikan kesan yang lebih stabil dan berkekalan. Anda bukan sahaja menurunkan berat badan, malah dapat meningkatkan kesihatan keseluruhan seperti tahap tenaga, kualiti tidur dan fungsi sistem imun.

Mental yang kuat untuk capai impian

Tidak dinafikan ramai yang gagal menurunkan berat badan kerana inginkan hasil yang cepat, tiada sokongan dan sebagainya. 

Ambil nafas dan cekalkan semangat anda. Anda perlu ingat semula sebab utama yang membuatkan anda membuat keputusan untuk mendapatkan berat badan ideal. Anda boleh!

Inginkan alternatif selain cara cepat kurus di atas? 

Anda pernah dengar suntikan penurunan berat badan? Suntikan kurus ini telah mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Ubat kuruskan badan ini merupakan rawatan baharu yang berkesan untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. 

Bagi sesetengah orang, ini adalah ubat kurus paling berkesan untuk mereka. Tetapi suntikan kurus ini bukanlah solusi yang cepat untuk anda turunkan berat badan. Institut Kebangsaan untuk Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan (NICE) mengesyorkan anda yang mengambil suntikan ini untuk makan makanan diet rendah kalori dan melakukan banyak aktiviti fizikal. 

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai rawatan obesiti.

Pilih ubat kurus paling berkesan yang selamat dan berkekalan 

Walaupun ubat kurus nampak menarik dengan janji hasil segera, ia masih ada risikonya. Diet sihat pula mungkin mengambil masa, tetapi ia lebih selamat, berkesan dan memberi manfaat jangka panjang.

Ingat, menurunkan berat badan bukan sekadar untuk mendapatkan badan yang baik tetapi untuk kesihatan di masa hadapan!

medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 21/05/2026